Bab dua puluh lima

11.6K 388 19
                                    

Beberapa tahun dulu

Faliq menghulurkan sapu tangan. Seorang perempuan yang lepas dibuli itu mengangkat wajahnya. Matanya masih merenung huluran sapu tangan yang belum lagi diambil. Dia tak tahu nak buat apa.

"Ambil. Lap air mata kau. They didn't deserve your tears," ujar Faliq. Dia hanya memerhatikan lagak senior perempuan dia yang kaki buli. Kerana keluarga mereka ternama, sekolah sanggup membutakan mata. Sungguh cliché.

"Kenapa awak kasihan dekat saya? Ramai tak suka saya." Mata Faliq memandang name tag yang disemat ditudung.

"Hashifa, aku ada belas kasihan. Tak patut diorang buli kau. Kau tak nak ke lawan balik? Ambil sapu tanganni, penat tangan aku nak hulur." Hashifa mengambil sapu tangan yang dihulur.

"Saya tak berani. Diorang ramai sangat." Faliq memandang Hashifa dengan pandangan kasihan sebelum dia melangkah meninggalkan Hashifa.

Mata Faliq terpandang beberapa rakan tingkatan dia tengah sedap menghisap rokok. Dia menaikkan hujung bibir dia apabila melihat ketua pengawas sekolahnya juga turut menghisap rokok

"Sedap ke kau hisap rokok tu?" Puntung rokok yang ada dibibir ketua pengawa ditarik dan dipijak.

"Apa masalah kau ni Faliq?!" Kolar baju Faliq dicengkam.

"Orang bawa rokok kau rampas, lepastu kau hisap rokok diorang? Kau miskin sangat ke?!" jerkah Faliq. Dia pantang apabila ada yang berkuasa menindas yang bawahan tetapi yang berkuasa juga melakukan yang sama! Munafik!

"Kalau kau nak juga bagitau! Aku dapat kongsi! Beng, kasi dia satu pun-" Tumbukan diberi kepada ketua pengawas.

"Kau kenapa sial!" Mereka berbalas tumbukan.

"Weh guru disiplin!" Terus bekas rokok dimasukkan dalam poket Faliq dengan pantas tanpa Faliq sempat bertindak.

"Cikgu! Faliq bawa rokok tetapi bertumbuk dengan ketpeng cikgu!" Ketpeng singkatan ketua pengawas.

"Kenapa korang biarkan?! Faliq! Ikut cikgu!"

Faliq keluar dari bilik disiplin dengan rasa tidak puas hati. Tahu ketua pengawas tu dapat dipercayai tetapi takkan cikgu tak dapat hidu bau rokok dari baju ketua pengawas?

"Awak, sakit ke pipi tu?" Hashifa berdiri dihadapan Faliq. Dia memegang tepi bibir Faliq yang luka. Terus kepala Faliq menjauh.

"Jangan pegang lelaki yang bukan mahram kau. Berdosa," tegur Faliq. Tanpa menghiraukan Hashifa terus dia masuk ke dalam tandas.

Hari demi hari hubungan Faliq dan Hashifa kian merapat sejak Faliq menolong dia daripada ingin diganggu oleh samseng jalanan. Sehingga kedua ibu bapa Faliq dipanggil ke sekolah kerana Faliq membelasa beberapa samseng jalanan dengan kayu.

"Kau dah makan ke?" soal Faliq. Dia duduk berhadapan dengan Hashifa tetapi matanya memandang bukunya.

"Dah. Saya ada bekalkan awak nasi goreng." Faliq memandang nasi goreng tersebut.

"Terima kasih. Lepasni jangan masakkan aku lagi."

"Tak sedap ke?" Faliq menghembuskan nafasnya.

"Aku tak nak susahkan kau," balas Faliq.

"Faliq, saya nak tanya. Saya seorang je ke kawan perempuan awak?"

"Sejak bila kita kawan?" Soalan dibalas soalan. Faliq hanya berniat ingin bergurau.

"Habistu kita ni apa?" Jantung Hashiga berdegup menunggu jawapan dari Faliq.

"Entah. Kau rasa." Faliq berdiri dan terus meninggalkan Hashifa yang terkedu. Faliq suka dia ke? Pipinya semakin membahang.

Selepas itu, hubungan mereka seperti sedia kala. Faliq tetap dingin dan hanya melayan karenah Hashifa selagi tidak melampaui batas.

"Kau ada apa-apa ke dengan Faliq?" Tudung Hashifa dicengkam kuat.

"A-akak, s-s."

"Gagap pula! Apa kau ingat kau siapa?" Hashifa disiram dengan air tandas.

"Kau bagitahu sesiapa, nahas kau!"

Hashifa menangis dalam tandas. Dia melihat badannya yang sudah lecun dengan air. Kenapa dia sering dibuli sedangkan dia tidak ada buat salah apa-apapun dekat mereka?

Faliq memandang seniornya yang keluar dari tandas. "Apa buruk sangat perangai korang ni," sindirnya.

"F-Faliq." Gagap pula seniornya berkata. Member sudah terkulat-kulat. Kalau Faliq berani membelasah samseng jalanan, inikan pula mereka yang perempuan.

"Lari!" Nak ketawa dibuatnya.

"Bodoh," makinya. Dia terus pergi masuk dalam kelas. Hashifa kena berani buat apa-apa seorang diri.

Faliq memegang bola sepaknya. Hari ni dia kena jalan kaki disebabkan kedua ibu bapanya tak dapat ambil dia, begitu juga abangnya kena ambil adik dia lagi.

"Woi!" Faliq hanya membiarkan. Malas nak layan perangai orang jalanan yang tak cukup kasih sayang. Kesian nak menagih simpati orang dekat jalan.

"Woi budak hingusan!" Bahu Faliq ditarik dan terus wajah Faliq ditumbuk.

"Ini dia bos! Budak yang berani kacau kami!"

"Lemah, dah besar tetapi kuat mengadu!" ejek Faliq. Tangannya memegang pipi dia yang terasa bengkak.

"Kau budak mentah apa kau tahu? Kau tahu tak diorang ni budak aku? Kau tahu tak aku ni siapa?" Faliq memandang lelaki yang separuh umur itu dari atas sampai bawah.

"Oh saya kenal pakcik. Kalau bukan orang, mungkin pakcik ni jin kot," balas Faliq selamba.

"Belasah dia!" Namun Faliq cukup tangkas mengelak tumbukan dan sepakan yang diberikan kepadanya. Cepat-cepat dia melarikan diri apabila nampak sahaja peluang. Dia masih belum gila lagi nak berlawan dengan mereka semua lagi-lagi bos diorang tu pegang parang. Sangat menakutkan.

"Di usia aku yang sebegini dah belasah orang tua. Berdosa aku ni." Faliq berlari tak cukup tanah. Bola sepak yang dipegang entah jatuh kemana dia juga tak tahu.

Pada hari seterusnya, dia ditarget oleh samseng-samseng jalanan. Hubungan dia dan Hashifa juga semakin renggang tetapi dia tidak kisah. Dia hanya niat nak tolong, bukan jatuh cinta.

Hashifa memandang Faliq yang berseorangan, kerap juga dia ingin mendekati Faliq namun Faliq melarikan diri. Ketika itu dia tekad hendak mengubah dirinya menjadi seorang yang pemberani selepas SPM, tahu-tahu Faliq lepas SPM terus pindah kampung dan pada hari yang sama juga dia dijadikan bahan permainan oleh samseng tersebut. Maruah dia sudah diambil secara paksa. Ini semua disebabkkan Faliq tetapi dia sedar, dia sudah jatuh cinta dekat Faliq. Jadi sebesar salah apa Faliq, dimatanya Faliq ialah jodohnya.

If she can't have him, then no one can. 

Ustaz Aku Bad Boy ©Where stories live. Discover now