Chapter 21

321 48 5
                                    

Kini merupakan hari kedua mereka berada di Langkawi. Masing² seronok dapat bercuti. Tambah² tiga orang gadis itu.

Habis segela jenis chocolate di borong mereka. Niat ingin sedekahkan pada orang kampung.  Baik sebenarnya hati bebudak ni. Tapi dtang dekat tingkah laku.

Masyaallah.

Sedangkan Wanna One hanya membeli serba sedikit barangan yg boleh dijadikan kenangan untuk mereka setelah pulang ke Korea nanti. 

" Cikgu apa kata kita pergi Pulau Payar . Boleh la main air dekat sna. "

Cadang Daehwi yg sememangnya sudah lama mencari lokasi menarik untuk mereka kunjungi.  Cikgu Botak seakan berfikir.

" Ok. Kita p sana lepaih beli barang ni. "

Lantas sahaja Daehwi melonjak teruja. Ini merupakan hari terakhir mereka berada di Langkawi. Tinggal empat hari sahaja mereka akan menetap di Kedah.  Dan selepas itu mereka bebas.

" Cantik. Peah..Bariah satg kita P beqenang. Pelampung hampa bawak dak? "

" Awai g kami bekai dlm poket "

Jawab Bariah. K Bariah K. Pelampung simpan dalam poket.

Besar benar kau punya poket Bariah.

" Pelampung hg simpan dlm poket? "

Peah menyoal. Seakan tak percaya cerita bohong sahabatnya.

" Pelampong lego friend punya aku calaih. Tu yg celuih uh. "

Tanpa rasa bersalah gadis ini menjawab. Malah sempat lagi mempamerkan senyuman khasnya.

" Uhhh tak sangka hg kuruih dah Bariah.  "

Entah itu satu pujian atau sindiran yg telah keluar dari mulut Bedah.  Sedangkan Bariah masih tersengeh sumbing.

Ajiaaa ada ka?

" Diorang borak apa la dari tadi lagi. Sudahlah satu bas penuh dengan barang diorang je. Habis barang kita ni nk letak mana. Nasib sikit. Klau banyak?  "

Jisung memulakan aktiviti membebelnya. Panas hati apabila melihat bonet bas penuh dengan barang ketiga gadis itu. Sudahlah cuaca panas tambah dengan panas hati. Lagi marak la jawabnya.  Nasib barang yg dibeli tidak terlalu banyak.

" Sabar hyung. Kejap lagi kita kurangkan sikit rasa panas hyung tu. Barang kita masukkan jer dalam bas. Sikit je ni. "

Minhyun cuba memujuk. Krang lagi menyucuh lagi marak api kemarahan si Jisung ni.

" Kita nak pergi mana? "

" Kita nak P Pulau Payaq. "

Bukan Minhyun yg menjawab.  Malah Peah yg menjawab. Minhyun sontak memandang Peah.  Jisung menjeling. Makin berlama makin panas pulak. 

Tanpa menghiraukan Peah dan kedua sahabatnya. Dia lantas menarik lengan Minhyun untuk masuk ke dalam bas.

" Ouhhhh juai mahai. Sekilo bqapa woi. Mahai sangat aihhh "

Sempat lagi Peah menambah rasa panas pada lelaki itu. Sedangkan Jisung hnya mengendahkan. Lagi melayan lagi menjadi. Lebih baik hiraukan.
.
.
.
Skip
.
.
.
Kini tibalah mereka ke destinasi yg ingin mereka tuju. Iaitu Pulau Payar.  Dengan cuaca yg panas memang sesuai untuk mereka bermain air.

Wanna One dari jauh dapat melihat tiga gadis itu datang dengan pakaian lengkap alat keselamatan. Dengan jeket keselamatan,  Kaki itik, Pelampung sudah cukup selamat bagi mereka.

" Gila apa diorang ni. Kalau dah pakai jaket tu apa gunanya pelampung."

Terlihat jelas Jisung masih lagi marah pada ketiganya.

" Ok masing² boleh buat aktiviti sendiri. Tapi ingat, jaga keselamatan masing² "

Pesan Cikgu Botak sebelum melepaskan anak muridnya bermain. Bagai melepaskan budak tadika bermain di Taman Permainan.

" Baik cikgu! "

Semangat sahaja balasan dari semuanya. Ma tidak semangat. Dalam fikiran macam² aktiviti hendak mereka lakukan.

Sedangkan ketiga gadis itu sudah terkangkang berlari menuju ke arah air. Sudah pakai kaki itik tu, berlari pun terkangkang la. Manakala Daniel yg melihat sudah terkekeh ketawa.

Kelakar baginya.

Lagi kelakar klau ketiga gadis tu yg memakai.

" Susah² la ketawa niel. Hilang gigi bunny kau tu nanti. "

Ancam Jisung. Entah kenapa mood lelaki ini hilang pada hari ni. Sementara Daniel lantas menutup rapat mulutnya .  Risau kehilangan gigi bertuahnya.

" Asal dengan hyung tu? "

Bisik Daniel pada Minhyun.

" Ini semua salah tiga orang gadis tu ar.  Sebab diorang Jisung hyung hilang mood. "
" Apa yg diorang buat? "

" Diorang bu..."

" Korang gosipkan apa tu? "

Belum sempat menghabiskan percakapan. Teguran Woojin yg separa menjerit menghentikan semuanya.  Jarak Woojin dengan mereka berdua tidak lah terlalu jauh. Hanya tersisa lapan langkah dari mereka.

" Nanti la aku cerita. Sekarang jom main air. "

" Arrrrghhhhhhhh "

Tersentak kesemua member Wanna One tatkala mendengar jeritan semua pengunjung yg sedang berenang di dalam air.  Daniel dan Minhyun yg baru hendak membuka langkah turut terhenti

Masing² sudah terpinga².

" Asal tu? "

Seongwoo sedaya upaya mencari alasan kenapa pengunjung semua menjerit.

" Ada jerung!!!! "

Jeritan seorang pengunjung berjaya menghentikan tanda tanya bagi kesebelas namja itu. Namun riak terkejut masih setia terhias di wajah.

" Jerung?? "

" Baby shark ke? Kejap!! "

" Huwat!!!! Shark!!!

" Cikgu ada jerung!!! "

Jerit Daehwi penuh histeria. Dia baru sedar dari alam nyata.

Papp!!!

Daehwi lantas berhenti menjerit tatkala mendapat pukulan maut dari Woojin di kepalanya.

" Gedik tu simpan sikit. Lama lagi nak guna "

" Tapi mcm mna boleh ada jerung. Aku tak caya la. Air jernih mcm ni ada jerung?  "

Tanpa mempedulikan pergaduhan dua sahabatnya, Jihoon cuba mencari jawapan tentang kehadiran jerung.

" Ehhh kejap. Korang tengok tu. "

Kini kesemua mata memandang ke arah yg ditunjukkan oleh Baejin.

" Huwaaaa lega aihh!! Aittt mna P semua orang. Tadi qamai ja. "

Bedah memandang sekeliling. Hanya tingal mereka bertiga di dalam air. Pengunjung yg lain sudah hilang entah kemana.

" Tak tau kat lepa. Lepa balik keih lapaq kot. Tapi hg dapat mna pelampung sirip jequng ni wey.  Hebat ahhh "

Bariah dan Peah mula memandang ke arah sirip Jerung yg dipakai oleh Bedah.

" Aku calaih yg spa tau tadi. "

Sedangkan Wanna One yg melihat sudah membutang. Kini sudah tertangkap 'jerung' yg sebenar.

' jerung bertina'

TBC.

Lambat update guys. Maaf noh.

Chap ni hambar.

Papepon vote comment la noh.

Wanna One Ke Kedah. [✔]Where stories live. Discover now