-Kim Taehyung | Adv1400-
+Ring
_______________
Author's POV
Yeri melangkah masuk kedalam rumah Taehyung. Semua bahan bukti yang menunjukkan bahawa Taehyung seorang agent sebelum ini harus dibawa keluar dan segera dihapuskan. Sesekali dia mengeluh perlahan.
Hati siapa tidak sedih kalau orang yang dicintai sudah tiada?
Walaupun dia hanya berlakon semata-mata mahu menjauhkan Taehyung dari Ryujin dahulu, mustahil jiwa perempuannya langsung tidak terusik dengan ketampanan dan kebaikan Taehyung.
Taehyung langsung tidak bersalah dalam hal ini. Dia hanya rasa buntu untuk membuat keputusan sama ada betul atau salah. Malangnya dia buat keputusan yang salah.
"Saya rindukan awak Taehyung". Gambar mereka berdua diatas meja belajar Taehyung ditenung. Tak sangka dia masih simpan gambar mereka berdua.
"Misi atau tidak, saya masih cintakan awak". Dia duduk diatas katil Taehyung. Bingkai gambar tadi diambil lalu ditenung lagi.
Flashback
"Putus? Tapi kenapa?". Yeri menyoal Taehyung. Taehyung suruh datang kerumah dia semata-mata untuk putus? Apa yang dia mengarut?
"Aku tahu kau dan Yoongi agent dari A.E. dan Baekhyun pun akan tahu tak lama lagi. Kalau dia tahu apa yang kau cuba lakukan untuk halang semua rancangan dia, dia akan bunuh kau. Jadi ini langkah terbaik".
Taehyung menolak badan Yeri keluar dari rumahnya. Dia memalingkan badannya. Baru sahaja dia mahu masuk kedalam semula, lengannya ditahan.
"Tapi, saya jujur suka kan awak. Bukan sebagai kawan mahupun agent, tapi saya betul-betul suka". Terang Yeri bersungguh.
YOU ARE READING
[C] Half Wife Half Agent | Jeon Jungkook
Fanfiction"Buat mission ni dan kau dengan suami kau selamat-" Start: 3 March 2018 End: 30 July 2018 ___________________ ©sthyne2018√ Status: completed√ Highest ranking; #4 - jeonjungkook [270221] #1 - agent [070821]