Author's POVRyujin memandang Jungkook yang sentiasa memeluk erat pinggang dia sejak dari mereka keluar dari kereta. Nak pimpin gamaknya. Macam tak mahu lepas sampai bila bila.
"Jungkook". Panggil Ryujin.
Jungkook memandang Ryujin sambil menjungkit kening sebelahnya.
"Berilah saya jalan macam biasa. Saya rasa kaki ni macam dah okay sikit"
"Sikit. Bukan sepenuhnya". Potong Jungkook laju.
Ryujin mencebik.
Dia bukan apa. Cuma malu. Malu kerana ramai yang dah pandang mereka siap berbisik lagi.
"Yow!". Jimin muncul dihadapan Jungkook.
"Kenapa lambat? Aku ingatkan kau sampai paling awal memandangkan kau bos dan apa yang- eh ehhh Ryujinn". Pandangannya terus ditumpukan pada Ryujin yang berada dalam pelukan Jungkook.
"Hai Jimin opp-". Kata kata Ryujin terhenti apabila Jungkook mengetatkan lagi pelukannya.
Ryujin memandang Jungkook pelik. Tetapi Jungkook tetap memandang Jimin dengan muka kosongnya.
"Hai Ryujin. Lama tak jumpa". Sapa Jimin mesra. Eyesmilenya ditunjukkan.
Ryujin membalas dengan sengihan dan lambaian kecil.
"Ryujin dah sihat? Sakit lagi tak kaki tu?". Tanya Jimin.
Baru sahaja Ryujin mahu membuka mulut, Jungkook terlebih dahulu menyampuk.
"Dia sihat. Kau tak nampak dia berdiri sebelah aku ni. Kalau tak, tak adanya dia tersengih macam kerang busuk sekarang ni". Jungkook sempat menjeling Ryujin.
"Err.. ha Ryujin! Apa kata kita lepak dulu dekat satu café ni sementara nak tunggu announcement. Boleh kita borak borak"
"Ha boleh boleh-"
"Tak boleh". Balas Jungkook.
Ryujin memandang Jungkook tak puas hati.
"Kau ni memang pantang jumpa isteri aku ke Jimin. Tak habis lagi nak mengorat?". Kata Jungkook dingin.
Jimin menelan air liurnya lalu tersenyum hambar.
"A-aku pergi dulu. N-nanti jumpa eh kook. Ha Ryujin. Bye". Jimin dah tergagap bila dapat death glare dari Jungkook. Cepat sahaja dia beredar.
Ryujin memerhatikan Jimin dengan senyuman manis sehingga namja itu hilang dari pandangan.
"Aduh!". Pinggang Jungkook dicubit sekilas.
"Awak ni apasal ha? Nak halang saya cakap dengan Jimin? Kesian Jimin tahu tak. Dia tu baru je nak berborak dengan saya. Cemburu ke awak ni?". Soal Ryujin geram.
"Tak. Mana ade". Kata Jungkook berlagak cool. Ryujin mengajuk kata kata Jungkook dengan gerak mulutnya. Apabila Jungkook memandangnya terus dia acah acah tengok kuku.
"Kalau aku dapat tahu kau menggatal dengan namja syarikat aku, jangan haraplah aku bagi diorang kerja dekat syarikat aku lagi"
"Ah wae?? Diorang kerja cari rezeki. Bukannya tikam belakang awak!". Bantah Ryujin.
"Menggatal dengan isteri aku bermakna mereka tikam belakang aku". Jungkook merenung mata Ryujin. Nak tercabut jantung Ryujin buatnya.
"Aigoo.. awak jangan risaula. Saya tak menggatal punya. Saya kan awak punya?". Ryujin mengangkat keningnya beberapa kali. Jungkook menjeling Ryujin menyampah.
"Ahaha ada pasangan home sawit home lah kat sini. Begitu romantik ya you dua olang?". Seseorang menyampuk.
"Hani?". Jungkook bersuara. Senyuman manis dilemparkan kepada Jungkook.
YOU ARE READING
[C] Half Wife Half Agent | Jeon Jungkook
Fanfic"Buat mission ni dan kau dengan suami kau selamat-" Start: 3 March 2018 End: 30 July 2018 ___________________ ©sthyne2018√ Status: completed√ Highest ranking; #4 - jeonjungkook [270221] #1 - agent [070821]