Special Chapter

844 79 25
                                    


Happy 1k readers 🎉🎉🎊 Heheh. Seperti yang dijanjikan, special chapter bila dah dapat 1k. Thank you so much. Enjoy reading~

Ryujin's POV

Aku dah penat. Aku fed up dengan Jungkook.

Ada ke patut dia lebih pilih kerja berbanding aku yang kelaparan ni? Hubungan dia dengan kertas memang tak boleh dicerakinkan. Dia lebih sayangkan kertas-kertas tu!

Tadi baru aku call dia, suruh dia cepat balik. Memandangkan aku malas nak masak dinner, aku ingatkan dia setuju nak dinner luar sama-sama. Rupanya sangkaanku meleset sama sekali!

Dia laki tak guna.

Dia suruh aku pergi beli megi dekat 7e lepastu call sape-sape yang boleh teman aku makan.

Masalahnya siapa?!

Aku ada siapa je sekarang ni? Takkan aku nak ajak cashier 7e tu balik rumah jamu sekali megi dengan aku pastu borak tentang masa silam kau gila?

"Seriously Jungkook? Haih..". Aku merenung gambar perkahwinan kami yang tergantung di dinding.

Akhirnya aku mencapai hoodie yang tergantung di belakang pintu lalu memakainya. Nak tak nak kena lah jugak makan. Sian baby dalam perut kelaparan.

Pasal baby ni pun Jungkook tak tahu lagi. Dia sibuk dengan kerja, kerja dan kertas tak guna tu. Nasiblah aku ni baik hati lagi takdanya sampai nak mogok makan tanda protes. Aku ada hati perut lagi dekat baby aku.

Jungkook apa tahu?

Huh-

***

"7 hinggit". Kata Cashier itu. Aku pun malas nak fikir apa terus hulur duit walaupun pelik megi 2 cup dah cecah 7 hinggit.

"Puan nak plastik?"

"Ha? Oh boleh lah".

"Plastik kami caj 20 sen sebab gst"

"Aik? Bukan gst dah bubar ke?".

"Ini demi kebaikan pelanggan juga Puan". Banyak lah bongak kau. Nak temberang aku agak ah. Ada yang aku terajang nanti.

"Tak pe lah. Saya lebih rela pegang dari bayar 20 sen semata-mata untuk plastik yang akhirnya menjejaskan alam sekitar. 20 sen tu saya boleh beli kopok lekor 1 tau. Lagi untung- hmph!". Aku menayang muka menyampah lalu mengambil 2 cup megi itu dari tangannya.

" batak, 20 sen je pun". Sempat aku dengar sindirannya.

"Eh eh, mestilah batak. Sekurang-kurangnya aku tak telan duit orangg". Terus aku keluar dari kedai itu tanpa sempat cashier itu membalas apa-apa.

"Pebende lah orang zaman sekarang. Plastik pun nak berkira". Aku berdecit sambil menggeleng.

***

Jungkook's POV

"Terima kasih sekali lagi sebab sudi bekerjasama dengan kami Mr. Jeon. I really appreciate it". Aku berjabat tangan dengan salah seorang wakil syarikat Park's Holding.

"No problem. Hal kecil je". Ketampanan kena lah jaga.

Apabila semua sudah balik, aku terus terduduk atas kerusi sambil membetulkan urat-urat badan. Lenguh gila. Mesyuarat bukan main lama.

[C] Half Wife Half Agent | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now