Ryujin's POV"Jeon Ryujin, ppali!!". Suara Jungkook diluar tandas kedengaran. Aku mencebik sambil mengeringkan rambut.
"Sabarlah japp!!". Sahut aku dari dalam.
"Aku pergi dulu lah! Kau lambat sangat. Pandai-pandai lah kau cari aku nanti". Sejurus itu, kedengaran pintu chalet tertutup rapat.
Aku menghela nafas berat. Haih, apalah salahnya kalau dia tunggu aku sekejap. Aku bersiap bukan lama.
Tanpa aku sedar, tuala kecil ditangan aku, aku genggam kuat.
"Jungkook, awak betul-betul pergi ke??". Tiada sahutan. Betul lah Jungkook pergi.
Kenapa aku rasa emo semacam ni? Jungkook cuma pergi dulu sebab aku lambat je. Bukannya dia pergi cari perempuan lain.
Tapi aku masih rasa tak sedap hati.
Aku buka pintu tandas dan melihat setiap sudut chalet. Jungkook tak ada. Ye lah, manatahu dia saje nak main sorok-sorok dengan aku ke.
"Tak apalah". Aku berjalan lemah untuk siapkan diri. Tiba-tiba rasa tak bersemangat nak pergi dinner.
***
Author's POV
Ryujin berjalan laju selaju yang boleh. Kalau ikutkan, ingin sahaja dia berlari tapi disebabkan dia tengah pakai dress labuh, dia batalkan niatnya.
Ye lah, takkan nak lari waktu pakai dress tu kot, kau rasa? Mahunya dia jatuh tercium pasir. Laginya dengan kasut tumit dia. Ee naya.
"Ish ni kasut ni punya pasal lah! Dah ah ketat! Susah gila nak masukkan. Kan dah ambik masa aku. Menyusahkan betul!". Kakinya dihentak kuat diatas pasir semata-mata nak balas dendam pada kasut.
Malah kaki dia pula yang sakit.
"Ah- appo". Dia membongkok dan mengusap buku lalinya. Apa yang ada dalam kotak fikirannya, dia menyesal.
Menyesal menyesal menyesal dan menyesal sebab pakai kasut tu. Tahu je jadi macamtu, baik dia pakai selipar jepun dari awal. Tapi tu lah, tak sopan.
"Cik, cik okay?". Seorang lelaki menegurnya. Terus dia berdiri tegak.
"Err okay! Saya okay je". Balasnya sambil memberi senyuman kecil.
Lelaki itu membalas senyumannya.
"Cik cari siapa petang-petang ni? Dengan bersiap cantik-cantik. Ada date ke?". Soal lelaki itu tanpa berselindung.
"S-saya... Err.. Aah..". Tergagap Ryujin dibuatnya bila tak tahu nak jawab apa.
"By the way, nama saya Hwang Minhyun. Owner tempat ni. Nice to meet you". Tangannya dihulur. Ryujin teragak-agak mahu menyambut. Tapi dia salam juga sebagai memberi hormat. Itu pun untuk 0.02 saat terus dia tarik tangannya semula.
"J-jeon Ryujin"
"Ryujin? Cantik nama. Macam orangnya". Senyuman yang diberikan Minhyun membuatkan bulu romanya menaik setegak tiang.
"O-oh ya? A-awak pun handsome. Tapi maaflah, suami saya lagi handsome rasanya". Sebaik Ryujin berkata seperti itu, senyuman di bibir Minhyun menjadi lebar.
YOU ARE READING
[C] Half Wife Half Agent | Jeon Jungkook
Fanfic"Buat mission ni dan kau dengan suami kau selamat-" Start: 3 March 2018 End: 30 July 2018 ___________________ ©sthyne2018√ Status: completed√ Highest ranking; #4 - jeonjungkook [270221] #1 - agent [070821]