Astrid
Tubuhku disandar pada kabinet sambil menikmati minuman di dalam gelas yang aku pegang. Mata aku perhati sahaja orang ramai yang makin memenuhi setiap sudut rumah Pack Gerald.
Maklumlah, malam ini merupakan malam istimewa yang diadakan oleh Pack Gerald sekali setiap tahun. Parti yang mengumpulkan semua ahli Pack Gerald yang tinggal berjauhan dari Firewood.
"Astrid!" Salah seorang kawan ayah mengangkat gelas wainnya ke udara tanda turut meraikan kehadiran aku. Aku hanya membalasnya dengan senyuman kecil.
Aku tak sepatutnya dikenali ramai kerana aku hanya seekor Omega kecil yang tak berdaya. Yang membuatkan aku tak tersisih daripada pack ini ialah kerana aku anak kepada ketua pack ni.
Ya, ayah aku seekor Alpha manakala ibu aku seekor Beta. Sepatutnya, gabungan itu akan melahirkan seekor Alpha tetapi aku tak pasti darah Omega ni sesat mana. Walau bagaimanapun, ayah atau ibu tak pernah mempersoalkan takdir aku sebagai seekor Omega.
Itu yang membuatkan pack ini lebih kuat. Ayah selalu ingatkan aku yang nak jadi kuat, tak semestinya perlu berpangkat Alpha, cuma perlukan latihan yang banyak dan semangat yang kuat.
Aku telah diberi pendidikan sempurna sepanjang berada dalam pack ni. Aku belajar cara menyerang musuh, mengatur strategi dan yang paling penting adalah cara menangkap makanan sebab tanpa makanan, boleh ke kau hidup? Setakat ini makanan kegemaran aku adalah rusa mentah. Okay, boleh buat biodata diri aku lepasni.
Tiba-tiba penglihatan aku menjadi gelap.Ada tangan yang menutup kedua-dua belah mataku. Bau manis campuran strawberi dan vanilla menusuk ke dalam hidungku. Aku kenal pemiliknya.
"Teka siapa?" Pemilik bau itu berbisik di telingaku. Aku tersengih kerana tekaan aku memang tepat. Tangannya aku tolak daripada terus menutup mataku. Aku berpusing ke belakang lantas memeluk gadis berambut blonde tersebut.
"Audrey, aku rindu kau!" ucapku, masih mengekalkan pelukannya.
Audrey, sepupu aku yang paling aku sayang, paling aku cinta dan yang paling aku-oh dah terlebih.
"Bila masa je kau tak rindu aku?" Dia melonggarkan pelukan untuk bertentang mata denganku.
"Bila kau buat perangai taik," jawabku selamba.
Audrey menampar bahuku perlahan dan tertawa. Dia turut mengambil gelas yang tersusun di atas kabinet dan menuang minuman yang dia mahu.
"So, dah jumpa si 'dia'?" tanya Audrey.
"Si 'dia'?" Kening aku hampir bertaut.
Audrey mengeluh sebelum berkata lagi. "Yes, kau punya mate. Jangan buat tak tahu. Kau tu dah 18 tahun."
Haih, dia buka dah topik tentang mate. Aku paling menyampah kalau cakap tentang mate. Selama aku hidup 18 tahun ni, aku tak pernah terfikir pun tentang siapa aku perlu jatuh cinta. Aku nak jatuh cinta pada lelaki atau perempuan, semua tu aku tak terfikir. Apa yang seronok sangat bila ada mate pun aku tak tahu. Mungkin aku dah biasa hidup keseorangan sepanjang hidup, jadi aku tak kisah sangat jika ada kawan atau tak.
"Kalau tak ada mate, agaknya aku mati tak?" Nadaku penuh sarkastik menyoalnya.
"Tentulah, tak. Kau takkan mati." Audrey menggulingkan bebola matanya. "Benda sekarang, kau dah semakin tua. Kau tak teringin ke teman hidup?"
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampire[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...