Aku melihat rupa serigala Isaac yang berlalu pergi meninggalkan kawasan rumah Pack Gerald. Sebaik saja mendapati yang dia telah jauh, aku melihat sekeliling aku untuk memastikan tiada sesiapa di sekitar kawasan tersebut sebab aku nak guna kelajuan vampire aku ni.
Okay cun. Semua dah masuk rumah, baik aku berambus sekarang.
Sampai saja di hadapan Motel Casavilla, aku membuka pintu gerbang bangunan untuk melangkah masuk. Namun, aku tak dapat mara ke hadapan seperti ada dinding yang berada di muka pintu.
Pintu motel ni dibina menggunakan teknologi dinding halimunan ke?
Oh, baru aku ingat yang jadi vampire ni kena beradab sikit.
Nak masuk tempat orang kena minta izin dulu.
"ZACH! AKU DAH SAMPAI!" jeritku sekuat hati namun, tiada balasan. Ada orang ke tak dalam motel ni? Ke Zach ni sengaja nak kenakan aku?
Bunyi seseorang menapak menyebabkan aku berpusing ke belakang. Gerangan Zach memakai pakaian kasualnya berjalan ke arah aku.Semuanya hitam dari atas sampai bawah kecuali t-shirtnya yang berwarna kelabu seperti warna rambutnya.
"Awal 5 minit." Zach tersenyum bangga seperti selepas dapat 4 flat.
"Kau memang sayang darah kau, betul tak?"
"Of courselah! Cepatlah, jemput aku masuk." Kerongkongku tidak tertahan lagi dengan bau darah yang datang dari dalam bangunan itu.
"Masuklah," katanya seraya duduk di atas kerusi bar. Uish, motel kecil ni pun ada bar. Orangnya menghilang entah ke mana.
Tanpa berlengah aku melangkah masuk ke dalam motel tersebut. Aroma darah cepat sahaja menyinggah deria bauku. Secara automatiknya taring aku tumbuh, bernafsu untuk meneguk darah-minuman kegemaran baru aku setakat ini.
Sebelum ni teh o ais kosong aje. Bosan.
Aku ingin ke belakang kaunter bar tetapi Zach cepat-cepat berdiri di hadapanku, menyebabkan langkah aku terhenti.
"Aku nak darah! Tepilah!" Taring aku ditayangkan kepadanya. Zach masih tenang menahan bahuku padahal dia tahu aje yang aku akan naik angin.
"Kita kena cakap teng-"
Aku menolaknya ke tepi dan segera masuk ke dalam kaunter.
"Whoa!" Zach terkejut dengan tindakan aku yang selamba. Tiada masa untuk berbincang apabila aku kelaparan. Aku menangkap aroma darah yang datang dari peti sejuk lantas membuka pintunya.
Pelbagai jenis darah dalam paket tersusun kemas mengikut kategori jenis darah. Aku tak sangka vampire ni sistematik juga.
Aku mengambil darah jenis AB negatif kerana itu ialah jenis darah aku. Bau darah tu memang mengugat nafsu aku. Taring aku terus menebuk lubang pada paket tersebut walaupun ada saluran untuk menyedutnya.
Tempat yang berlubang aku masukkan ke dalam mulut aku dan membiarkan darah licin itu melegakan kekeringan tekak aku. Dah lama aku teringinkan benda ni dan akhirnya aku puas!
Aku boleh habiskan satu paket dalam masa lima saat sahaja. Aku mencapai beberapa lagi paket darah dan meneguknya rakus, penuh bernafsu.
Sebelum ni, aku memang sedikit fobia dengan darah. Tetapi sekarang aku anggap dia macam satu-satunya penawar bagi diri aku. Aku tak pernah sangka yang darah rasa sesedap ni.
Bekas paket yang telah kering aku hanya mencampakkannya ke atas lantai.Lega weh lepas minum 5 paket darah dalam masa 25 saat. Aku menjilat jari-jemari tangan kanan aku yang diselaputi baki darah. Aku menutup pintu peti sejuk sebelum berpusing ke belakang dan menyedari kewujudan Zach yang duduk di atas kerusi bar tenang melihat aku. Di tangannya terdapat segelas wain.
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampire[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...