Astrid
Terlopong aku mendengar cerita Sofea. Maksudnya Isaac telah dibunuh oleh Katrina?
"Astrid, it's okay. Sekarang kita semua selamat kan?" Sofea meraih tanganku. Aku termenung kosong melihat dinding Motel Canvilla. Isaac dah mati.
Woah, what?
"Astrid, cakaplah sesuatu..." Kai yang duduk bertentangan denganku melambaikan tangannya di hadapan wajahku.
"Dia setuju ke untuk dibunuh dalam rancangan ni?" tanyaku.
"Well, dia cakap dia sanggup buat apa saja untuk bebaskan kau." Natasha mencelah dan aku teringat kata-kata Isaac tadi. Dia memang betul-betul nak kena bunuh atau memang dia sengaja nak ambil perhatian Katrina supaya tak bunuh aku?
Cakap fasal Katrina, perempuan tu dah dikurung di bawah tanah kedainya sendiri. Padan muka. Dia memang tak layak pun hidup. Tapi lepas dia bocorkan rahsia yang aku ni sebenarnya Eleonora, aku pening tahap nak migraine. Macam tak percaya yang aku ni Eleonora.
Aku adalah salah seorang daripada keluarga Lowell. Adakah itu istimewa?
"Kitorang buat yang terbaik untuk selamatkan kau, okay? " Natasha mengusap-usap belakangku.
"D... dan aku minta maaf tentang apa yang menimpa Isaac. Kitorang pun tak expect yang semua ni boleh berlaku. Katrina sangat berkuasa dan aku tak boleh nak lawan semula kuasa dia."
Bila aku fikir semula, nak marah semua orang pun tak guna. Isaac sendiri cakap yang dia nak diri dia kena bunuh. Aku harap dia maksudkan apa yang dia cakap.
"Tak apalah, benda dah nak jadi..." aku mengeluh.
Keadaan menjadi senyap seketika.
"So, welcome back Eleonora!" Kai bangun daripada duduknya dan mendepakan tangannya. Bibirku secara automatiknya mengoyak senyuman sebelum mengangkat punggung dan mendakap lelaki yang selama ini aku tidak tahu dia darah daging aku.
Selepas melepaskan Kai, Natasha yang berdiri di sebelahnya pula aku peluk.
"Kakak rindu adik," dia mengucup kepala aku sambil tangannya mengusap-usap tepi bahuku.
Aku melepaskan pelukan. "Tolong jangan panggil adik, please?"
"Yeah, sure whatever, kiddo!" Natasha menggulingkan matanya. Aku menggulingkan mata mendengar perkataan kiddo manakala Natasha tertawa kerana dapat kenakan aku.
Lucien orang yang peluk seterusnya. Ini adik aku? Tak pernah dalam hidup aku yang aku ada seorang adik. Rasa macam pelik aje.
"Asal kau tinggi daripada aku?" Aku mendongak ke atas untuk memandang wajahnya. "Kau sepatutnya pendek sebab kau adik aku,"
"Aku nak buat apa? Kau tulah yang kena jadi tinggi. Makan vitamin ke apa ke?" Aku tergelak mendengar kata-kata Lucien.
Macam mana aku nak makan vitamin kalau apa yang aku lapar darah aje. Lagipun tumbesaran aku dah terbantut pada umur 18 tahun ni.
"Family reunion aje lupa aku, family reunion aje lupa aku," rungut suara Ivan yang datang entah dari mana. Apabila aku berpusing ke belakang, lelaki itu berdiri di hadapanku dengan tangannya disimpan ke dalam poket seluar. Dia ni memang berlagak. Menyampahlah juga kadang-kadang.
"Mengadalah kau ni. Kau tu yang tak nak join." Aku membuat muka.
"Kau pun nak palau aku jugak lepas ni?"
"Ergh, gedik! Sini cepat peluk aku!" Aku mendepakan tangan.
"Ivan tak suka peluk-peluk orang," Natasha mencelah. Oh okay, itu menjelaskan kenapa dia tak bergaul dengan adik-beradik sendiri.
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampiros[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...