12 : Dinner

526 61 1
                                    

Selepas pergaduhan kecil aku dan Audrey tadi, Audrey berkelakuan seperti normal kembali. Nampaknya taktik mengawal fikiran aku berhasil tanpa rantai di lehernya itu.

Rantainya sudah aku simpan di dalam closet aku. Aku rasa itulah tempat paling selamat yang aku boleh sorok daripada dia.

Sewaktu keluar daripada rumah, kelihatan Isaac sedang berlatih seni mempertahankan diri dengan ayah. Jangan-jangan dia nak impress ayah aku entah.

Aku cuma janji dengan dia untuk buktikan kepada ayah yang aku mate sahaja. Datang pagi-pagi buta nak tunjuk hebat memang tak malampaui batas.

Aku berjalan ke arah mereka dan mereka pun terhenti lalu mengalihkan pandangan kepadaku.

"Nak join?" tanya Isaac yang masih mengambil nafasnya. Peluh yang mengalir di dahinya menyebabkan aroma pudinanya bertambah kuat. Bau itu menjadi gangguan kepadaku untuk mengesan bau darahnya.

Sekarang ni, ke mana-mana pun aku ketagihkan darah sehinggakan tidak boleh mengawal deria bauku daripada mengesan bau darah makhluk di sekelilingku.

"Tak, Astrid kena pergi se—"

"Sebenarnya ayah... Astrid nak panaskan badan sekejap." Pantas saja aku memotong ayah.

"Sekarang?" tanya ayah lagi, tidak pasti.

"Yeah," aku melepaskan beg sekolah yang digalas tadi ke atas tanah. Ayah tidak menghalang, ini memang perkara baik.

Isaac menghalakan pandangan ke arahku, tajam. Kepala aku disengetkan ke kiri dan ke kanan untuk meregangkan otot.

Tanpa amaran, dia mengambil kayu di atas tanah dan menyerang aku dengannya. Cekap tanganku menahan kayu itu sebelum ia hibggap di wajahku.

"Woah!" Isaac terpegun dengan aksi aku.

Kemudian, aku rampas kayu itu dan memukul peha dan lengan berototnya berulangkali. Semakin aku memukul, semakin dia mengelak dengan tangannya sambil berundur ke belakang. Akhirnya dia tersandar pada pokok dan aku meletakkan batang kayu yang panjang itu dilehernya, menyebabkan segala pergerakannya terkunci.

"You lose." Senyuman bangga aku ukir sambil mengatur nafas. Aku dapat rasakan ayah masih memerhati gerak-geri kami berdua.

Dada bidang Isaac berombak laju sambil dia menatap wajahku. Perlahan-lahan senyuman sinis terkoyak di bibirnya. Langsung aku keliru.

Tiba-tiba Isaac memegang hujung kayu. Dengan pantasnya dia membuat aku membelakanginya dan giliran leherku pula ditahan olehnya.

"Tak terlalu pantas, serigala kecil," bisik suara halusnya dekat dengan telinga aku. Tak dapat aku nafikan lagi yang Isaac agak mahir dalam memanipulasi fikiran aku dengan menunjukkan kelemahannya dahulu sebelum kekuatannya.

Mahu saja aku melawannya kembali tetapi mata aku bertembung dengan Audrey yang duduk di tangga, memerhati aku dan Isaac. Tengok ekspresinya saja sudah aku tahu yang dia cemburu melihat pendampingnya bersama aku.

"Lepaskan aku. Aku kena pergi." Aku menolak kayu yang menghalang segala pergerakan aku tadi. Beg di atas tanah aku galas ke bahu semula.

Aku mengucapkan selamat tinggal kepada ayah dan Isaac sebelum meninggalkan kawasan rumah.

SEMASA waktu rehat, aku tidak ada selera untuk makan makanan di kantin. Semuanya aku nampak jijik. Oleh itu, aku mengajak Sofea untuk ke perpustakaan.

Kalau boleh aku nak ceritakan kepada Sofea tentang apa yang terjadi kepada aku. Aku ingin menceritakannya tentang perubahan aku dari seekor serigala jadian kepada seekor vampire. Dan sekarang aku sedang membuat kajian tentang keluarga vampire yang pertama. 6Sayang sekali, Sofea takkan faham satu habuk pun tentang dunia aku.

Hybrid Yang Hilang ✔Where stories live. Discover now