Zach
Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengan Astrid. Aku buat panggilan tetapi dia tak jawab apatah lagi ingin membalas pesanan ringkas yang aku hantar setiap hari. Makin risau aku dibuatnya. Entah-entah dia dah kena culik dengan ahli sihir.
Berkemungkinan juga Katrina dah ambil dia sebab Katrina pun dah lama tak berhubung dengan aku. Dia tak ugut aku tentang kematian lagi. Namun, aku masih tak rasa selamat.Ada sesuatu yang tak kena.
Aku masih lagi berhutang dengan keluarga Lowell kerana tidak bertanggungjawab dalam menjaga Eleonora. Dalam kes ini, mak aku yang sepatutnya dipersalahkan.
Sekarang aku tak boleh buat apa-apa selain mencari jalan untuk ke rumah ahli sihir dengan membawa Astrid ke sana.
"Zach, puak vampire kat bandar kena serang dengan ahli sihir. Kau kena bertindak pantas." Tasha meletakkan kunci keretanya di atas meja bar sebelum duduk di atas kerusi.
Aku sempat menghabiskan sisa wain di dalam botol sebelum berjalan keluar daripada kaunter bar dan duduk di atas sofa yang tidak jauh dari bar.
"Apa yang dah terjadi pada kau? Minum aje kerja. Kau nak jadi apa? Alcoholic?" tanya Tasha bertubi-tubi dengan kerutan di dahinya.
Aku pun tak tahu sejak bila aku jadi alcoholic. Apa yang aku tahu ialah alkohol dapat buat aku lupakan semua masalah. Aku selalu tertidur dengan keadaan mabuk. Kadang-kadang aku tertidur di atas lantai, kadang-kadang sampai atas bumbung.
"That bitch, Astrid... kita perlu bawa dia ke ahli sihir." aku meletakkan botol di atas lantai. "Tu barang tebusan untuk dapatkan Eleonora."
"Sekarang baru kau nak bagitahu aku? Asal kau tak tangkap perempuan tu dari dulu?"
"Sofea tak bagi."
"Lembablah kau ni! Sofea tu tak kuat mana pun!" rungut Tasha.
"Sekarang macam ni. Aku, Kai dan Ivan akan jampi Sofea tu. Kau dan Lucien akan ambil budak Astrid tu."
Aku mengeluh. Serious ke dia nak jalankan rancangan ni sekarang? Aku tengah mabuk kot. Aku sendiri tak boleh nak imbangkan badan. Buatlah esok ke lusa ke.
"Mana Lucien?" tanyaku sambil mengambil bir yang terletak di atas meja.
"Dia akan datang sini kejap lagi." Tasha yang ternampak aku menyentuh botol bir tersebut lantas merampasnya daripada tanganku.
"Kau dah cukup mabuk. Jangan nak pergi round kedua pulak!"
Aku menggulingkan mata mendengar kata-kata Tasha. Dia ni dah macam mak aku pulak. Nak halang aku buat tu, halang aku buat ni.
Makin lama mata aku semakin kuyu. Kepala aku terasa berat memaksa aku untuk tidur.
***
Astrid
Ketukan di tingkap menyebabkan aku terkejut daripada pembacaanku yang asyik.
Aku sangkakan angin kencang yang membuat bunyi tersebut tetapi ianya Sofea. Seluruh tubuhnya basah kuyup akibat meredah hujan untuk datang ke rumah barangkali.
Tingkap aku terkunci. Macam mana aku nak bagi Sofea masuk?
Aku ambil satu kertas dan tulis; Tingkap aku terkunci.
Apabila aku tunjuk pada Sofea yang berada di luar, dia mengeluh. Macam mana kalau aku yakinkan ibu dan ayah yang Sofea tu kawan aku?
Aku memberi isyarat tangan tanda sekejap.
Anak tangga aku turuni satu persatu dan bertembung dengan ibu yang sedang mengasah lembingnya di tepi pintu gelongsor. Tak tempias ke?
"Kenapa Astrid?" tanya ibu sebaik saja perasan akan kehadiran aku.
"Boleh tak Astrid nak kunci tingkap. Kawan Astrid nak masuk," jujur aku. Buat apa aku nak tipu.
"Kawan mana?"
"Sofea yang selalu hantar dan ambil Astrid tu."
"Kenapa dia tak masuk guna pintu depan?" Mata ibu melirik ke arah pintu.
"Dia takut ibu tak bagi masuk," kali ini aku mereka-reka alasan. "Lagipun dia basah. Dia tak nak satu rumah ni banjir."
"Haih, kejap ibu pergi ambil kunci." Ibu bangun dan meluru ke meja di tepi sofa, di mana sebuah bekas yang menyimpan segala jenis kunci diletakkan.
Ibu berpusing ke belakang dan aku berharap agar ibu akan memberikan kunci itu kepada aku namun dia berjalan melepasi aku dan terus menuju ke bilik aku. Aduh, kalau Sofea tiba-tiba hilang macam mana?
Walau bagaimanapun, aku menyusul di belakang ibu hingga ke bilik. Mujur Sofea masih menunggu di tingkap. Ibu dengan segeranya membuka kunci tingkap itu dan membenarkan Sofea yang basah kuyup masuk.
"Kenapa kamu tak masuk guna pintu depan? Tak ada banjirlah rumah ni," ibu sempat bergurau.
Aku mengambil tuala yang terlipat di dalam wardrobe dan membalut tubuh Sofea."Astrid, kau kena pergi sekarang. Diorang akan ambil kau tak lama lagi." Sofea cemas. Ibu lantas bertembung mata denganku. Aduh, Sofea asal kau tiba-tiba jadi lembab ni? Kau nak bocorkan identiti kau ke?
"Diorang? Siapa diorang?" tanya ibu.
"Ahli sihir."
"Ma... macam mana kamu tahu?" Lagi terkejut ibu memandang Sofea.
"Saya yang lindungi Astrid selama ni supaya dia tak diambil oleh ahli sihir."
Wow, Sofea lindungi aku selama ni? Aku tak sedar pun. Yang aku tahu dia seorang kawan palsu.
Tak sangka dia masih datang untuk selamatkan aku selepas apa yang aku dah buat pada dia. Aku rasa tak berlaku adil di sini.
"Sekarang kita nak bawa Astrid ke mana?"
Belum sempat Sofea menjawab soalan ibu, angin ribut yang datang mengejut memecahkan tingkap di hadapan kami. Tubuhku melayang dan terhentak pada dinding sebelum punggung aku menyentuh lantai.
Aku tak dapat lihat situasi di hadapan aku dengan jelas kerana angin yang masuk dari tingkap amat dahsyat. Baru aku tersedar yang ianya bukan angin normal.
Tiba-tiba tubuhku ditarik oleh seorang perempuan yang berdiri tidak jauh daripadaku.
Dengan menggunakan kuasa sihirnya, petikan jarinya sudah membuatkan aku tidak sedar diri lagi.
***
hello, saya rasa lama dah tak menulis.harap maaf, saya memang sibuk hujung tahun ni.
cerita ni habis dah.actually ini short story je sementara saya menulis KGP.
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampiros[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...