Zach
Aku terjaga dan mendapati diri aku terbaring di atas tanah. Masih lagi di sekolah rupanya. Langit yang kekuningan menandakan waktu senja. Burung-burung pun melebarkan sayap mereka untuk pulang ke rumah. Dah berapa lama aku pengsan?
Aku bangun dan memegang leher aku yang terasa tegang. Bodoh siapa yang patahkan leher aku. Mata aku melilau ke sekeliling pula.
Eh, mana Si Hybrid tu pergi?
Lagi sikit je aku boleh rasa darah dia buat kali kedua. Sekarang dah terlepaslah pulak. Entahlah aku ada peluang ke tak kalau Si Hybrid tu kena ambil dengan Katrina.
Katrina ialah seorang ahli sihir yang kejam. Dialah yang sumpah Astrid tu menjadi seekor Hybrid. Sepatutnya dia dah mati tapi dengan kuasa ahli sihirnya, dia melompat ke dalam jasad orang lain untuk kekal hidup. Sebenarnya, itu dah melanggar peraturan dalam dunia dia.
Sekarang ni, dia suruh aku bawa Astrid tu kepada dia. Menurut Katrina, Astrid tu barang dia. Memang aku tak setuju langsung dengan rancangannya. Tetapi jika aku tak akur, dia akan seksa aku dengan menggunakan jampi serapah yang lebih teruk.
Aku tak nak mampus lagi. Aku baru hidup 680 tahun. Bagilah aku nikmati hidup sekejap.
Tiba-tiba pintu bangunan sekolah di hadapan aku ditolak oleh seseorang. Aku masih serabut memikirkan masalah yang bakal aku hadapi, dia ni datang pulak. Lagi bertambahlah masalah aku.
"Aku dah call kau sepanjang hari. Mana kau pergi?" tanya Sofea sambil melangkah dekat ke arahku.
Ya, Sofea kawan baik Astrid tu. Tapi lebih kepada kawan baik palsu Astrid.
Aku merenungnya lama. Pada mulanya, aku minta bantuan Sofea untuk perangkap Astrid dengan berkawan dengannya. Tetapi makin lama makin rapat dan elok je persahabatan diorang. Oleh sebab Sofea seekor vampire yang Noble, dia cakap yang dia tak sanggup nak tikam belakang Astrid macam tu. Sekarang dia cuba halang aku daripada ambil Astrid.
Ironi dari sepuak menjadi musuh.
"Jawablah!" Sofea menyilangkan tangannya ke dada, mencerlung aku dengan geram.
"Aku nak tangkap Astridlah. Bodohlah dia asyik terlepas!"
Sumpah aku bengang dengan gadis itu. Kalau sehari tak menyusahkan aku, memang tak sempurna hidupnya!
Sofea menepuk dahi mendengar jawapan selamba aku.
"Zach, kenapa kau buat semua ni? Astrid tu Hybrid yang naif. Kau tahu yang kau tak payah seksa diri kau ikut cakap Kat."
"Dia mungkin naif sekarang! Kau tak boleh jangka apa yang dia boleh buat bila generasi dia merebak!" Jariku ditunding tepat ke wajah Sofea yang tenang.
"Apa? Kau takut vampire pupus?" Sofea mara ke hadapan lalu aku menurunkan jariku.
Aku tidak menjawab soalannya. Bukannya aku takut spesies vampire pupus, tidak sama sekali.
Aku cuma tak nak kena seksaan ahli sihir Katrina tu.
Jangan fikir aku pengecut.
"Kau tak faham. Kalau kau tak nak tolong aku, tak payah dekat dengan aku lagi." Aku mengusirnya buat kali terakhir dan berpusing ke belakang untuk melangkah pergi.
"Aku nak tolong kau.Tapi bukannya dengan cara ni," tambah Sofea lantas langkah aku terhenti.
Tubuhku dipusing ke belakang untuk melihatnya yang berdiri jauh daripada aku. Aku tersengih sinis. Banyak akal betul minah ni.
"Balik rumah nanti, kau minum susu Friso Gold. Lepas sel-sel otak kau berhubung, jumpa aku dan beritahu aku cara nak selesaikan semua ni." Sarkastik dari mulutku sebelum beredar daripada tempat tersebut dengan kelajuan vampire aku.
Aku tiba di hadapan sebuah motel usang. Juga dikenali sebagai tempat penginapan tetapku. Selepas kematian mak aku, aku tinggal seorang diri kat motel dua tingkat ni. Kesunyian sudah menjadi sahabat karibku.
Ceh, puitis jugak aku ni.
Motel dua tingkat ni sepatutnya ada banyak bilik. Namun, aku dan beberapa ekor vampire telah mengubah suainya seperti rumah yang dilengkapi oleh pelbagai kemudahan seperti bar, ruang bawah tanah dan dewan. Jangan tanya mana vampire dapat modal banyak ni untuk perbaiki sebuah motel menjadi sebuah rumah mewah.
Mundane masih nampak luarannya seperti dah usang. Sebab itulah mereka tak datang jenguk bangunan terbiar ni.
Vampire lain yang tolong aku ubah suai motel ni ada keluarga masing-masing. Jadi mereka tak tinggal di motel ni sangat. Kalau diorang nak datang bar, diorang datanglah ikut mood. Bar kat motel ni menyediakan darah merah, darah putih dan pelbagai jenis darahlah.
Vampire kat Firewood ni liar sikit, mereka nak darah yang segar. Jadi, bar di motel ni pun selalu kosong.
Langkah aku dituju ke bar dan masuk ke belakang kaunter. Aku membuka pintu peti sejuk dan mengambil sepeket darah jenis AB positif sebelum keluar daripada kaunter untuk menuju ke bilik aku.
Darah simpanan dalam peti sejuk taklah sesedap untuk dibandingkan dengan darah Hybrid semalam. Tapi nak buat macam mana kalau dah terdesak sangat nak minum darah. Kalau aku tak minum kang mati pulak.
Aku duduk di atas sofa yang menghadap almari buku. Almari tersebut dipenuhi dengan buku-buku tentang Vampire, Lycanthrope, dan jurnal-jurnal lama mak aku. Semasa mak aku masih hidup, dia suka membaca dan menulis. Selalu juga dia ambil jurnal dan duduk di atas sofa ni untuk luahkan apa yang dia rasa dalam jurnal tu. Banyak rahsia yang simpan dalam jurnal tu.
Sampai sekarang aku tak pernah langsung sentuh jurnal dia. Aku benci mak aku sejak dia hidup lagi. Ya, aku benci mak kandung aku.
Mak aku buat perkara yang kejam dan sampai sekarang aku tak boleh maafkan dia. Ada ke patut dia bagi adik tiri aku, Eleonora kepada ahli sihir. Aku tengok dengan mata aku sendiri Eleonora yang berumur dua tahun tu kena ambil dengan ahli sihir.
Mak tidak pernah jelaskan kenapa dia buat macam tu. Bila aku tanya aje, dia suka bagi alasan yang aku tak payah fikir fasal benda tu.Sampailah aku dah putus asa nak tanya dia, aku diamkan diri aje.
Mesti dia tulis sesuatu dalam jurnal dia. Ego aku terlalu tinggi untuk membaca jurnal catatan rahsianya itu. Mungkin ada yang peristiwa peribadi tersemat dalam aksara-aksara yang dikarang olehnya.
Aku meneguk darah sekali lalu sebelum bangun daripada sofa dan melangkah dekat ke almari untuk mencari jurnal-jurnal mak yang tersusun di satu ruang sahaja. 40 buah jurnal mak. Fikir aku rajin ke nak belek?
Kalau aku ulat buku, tak bengkak mata aku nak baca kesemuanya.
Haih, aku kena minta bantuan Si Sofea tu jugak.
Ish, dia mesti tak nak tolong aku dah.
Aku ambil Astrid jelah nanti. Boleh rasa darah dia lagi.
***
faen, aku takut gila tho masa story ni tak available kat wattpad for 8 hours like that.alhamdulillah, it's back now.
aku suka tulis POV Zach daripada POV Astrid sebab Astrid is too boring.
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampire[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...