17 : Rahsia Bocor

507 76 1
                                    

Aku melepaskan makanan aku dan biarkan dia rebah ke lantai. Tidak lagi aku rasai kebebasan yang sepatutnya aku rasai tadi.

"Sofea?" Aku terkaku.

"APA YANG KAU BUAT KAT KELAB NI? KAU TAK DIBENARKAN DALAM KELAB NI! Damn it!" Sesuka hati Sofea merentap tanganku dan menarik aku ke laluan kecil yang tidak dipenuhi orang.

Aku tersandar pada dinding laluan itu apabila Sofea melepaskan tanganku kasar. Tangannya disilangkan ke dada, menatap aku penuh kebencian berbaur kemarahan.

"KAU MEMANG PENIMBUL MASALAH, TAHU TAK?!" Sofea tak pernah marah pada aku jadi aku sedikit terasa bila dia meninggi suara terhadapku. "MANA IVAN?" 

Aku berdecit menyampah. 

"Apa kena mengena pula dengan Ivan?" Polos selamba aku membalas. Ivan menghilang entah ke mana pun aku tahu tetapi aku percaya yang dia masih ada dalam kelab ni.

"Jangan berlakon tak tahu apa-apa! Asal kau ikut Ivan? Kau tahu kan dia tu bahaya?" 

"Bahaya?"

"Yeah, dia boleh hantar kau pada ahli sihir kau tahu tak?" Nada Sofea menggelegak dengan api amarahnya. Kalau dia ni meletup sekali, tak boleh nak kawal dah ke?

"Dan sekarang, aku ada kat kelab. Bukannya di tangan ahli sihir." Bahuku dijongket. "Kau tahu aku bosan duduk kat rumah Zach dan tak buat apa-apa?" 

"So, lebih baik aku join Ivan daripada buang masa tengok kau berlakon macam kau tak kenal siapa aku,"  sindirku.

Sofea mengetap giginya rapat dan mengelakkan daripada matanya bertembung mataku. Dia tahu perkara sebenar tetapi kenapa dia masih tak nak mengaku yang dia dah buat kesalahan?

"Siapa diri aku bagi kau? KAWAN KONONNYA?" aku membengkokkan jari telunjuk dan jari tengah aku. 

"Aku fikirkan kau lain daripada perempuan kat sekolah! Rupa-rupanya kau sama je! Kau penipu!" tengking aku kepadanya lagi. Namun, dia masih kekal senyap sambil tertunduk. Aku tak faham fungsi aku berdiri kat sini lagi jadi aku membuka langkah untuk pergi.

Aku penat dengan mencari kawan perempuan. Aku dah serik dengan permainan talam dua muka mereka. Sepanjang aku bersekolah, tiada seorang perempuan yang jadi kawan setia aku kecuali Sofea. Sekarang dia betul-betul menyeksa mental aku.

Air mata yang jatuh aku kesat seraya aku keluar daripada pintu kelab. Aku pandang sekilas ke belakang kerana setengah jiwaku masih berharap yang Sofea akan mengejar aku untuk memujukku dan menjelaskan segalanya.

Namun, harapan itu kian menghilang lalu aku meneruskan langkah aku dalam rintikkan hujan yang mula turun membasahi bumi.

Selama ini aku benar-benar fikir yang dia seorang gadis popular yang baik, yang cuba jadi kawan kepada aku. Rupa-rupanya itu hanya lakonan semata-mata. Tetapi lakonan untuk apa? Untuk tutup jejak yang dia sebenarnya ada kaitan dengan Zach? Tak dapat dinafikan lagilah yang dia tak peduli tentang Zach jadi pengintip aku.  

Aku benci diri aku sebab terlalu cepat percayakan orang.

Sesampai saja di rumah, aku masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang basah kuyup. Ayah dan ibu sedang duduk di ruang tamu bersama beberapa orang atasan Pack Gerald. Perbualan mereka terhenti sebaik saja salah seorang daripada mereka perasan akan kehadiran aku.

"Astrid, kita perlu berbincang." Ayah dengan suara kerasnya, bangun dari duduknya. Begitu juga dengan ibu.

"Okay, kita bincang nanti," aku mengangguk setuju. "Astrid nak bersihkan diri dulu." 

Aku mengerling orang lain di ruang tamu yang tergamam melihat kewujudan aku yang tak bersih di sini.

Salah seorang daripada mereka Isaac. Ah, sudah!

"MULAI hari ni, Astrid takkan lagi pergi ke sekolah atau keluar dari rumah!" tegas ayah selepas aku menceritakan semuanya kepadanya. Aku dipaksa membuat pengakuan.

Aku mengeluh mendengar kata putus ayah. Tiada perkara lagi yang aku perlu sorokkan daripada dia kerana lelaki tak guna tu dah bocorkan identiti aku kepada ayah aku sebelum aku sendiri yang mengakuinya.

Oleh kerana aku tak mahu menjelaskan semuanya kepada semua orang, aku mengajak ibu dan ayah berbincang di dalam bilik aku. Kuranglah sikit rasa nak maki tu terhadap Isaac. Kalau aku dah mula maki hamun, aku boleh gigit satu badan dia sampai mampus.

"Kenapa Astrid sorokkan semua ni daripada ayah dan ibu? Bahaya tahu tak?" Walaupun ibu ingin marah tetapi intonasinya masih lagi cuba dikawal.

"Inilah sebabnya. Astrid tak nak ibu dan ayah kawal Astrid lagi." Aku memandang ibu, cuba meraih simpati.

"Ini bukan soal kawal! Ini soal keselamatan Astrid! Kamu nak ke kena ambil dengan puak ahli sihir? Mereka bukannya orang baik-baik! Mereka akan gunakan Astrid demi kebaikan mereka sendiri!" Nada ayah meninggi apabila dia menghampiri aku yang duduk bersama ibu di hujung katil.

Aku hanya mampu tertunduk dan menangis teresak-esak. Aku tak berani ingin membalas balik kata-kata ayah kerana semuanya benar.

"Kalau macam tu, mulai sekarang Astrid kena dengar cakap ayah dan ibu. Buat apa yang ayah dan ibu suruh dan elak apa yang kami larang. Faham?"

"Faham..." jawabku perlahan.

"Bagus," ujar ayah sebelum keluar dari bilik aku dan membiarkan pintunya terbuka.

Ibu mengusap tepi bahuku sekali lalu sebelum bangun daripada katil. Dia ingin melangkah pergi tetapi aku menahannya apabila aku teringat tentang sesuatu.

"Mana Audrey, ibu?"

Ibu mengukir senyuman tipis sambil menggosok kepalaku. "Maafkan ibu, sayang. Audrey terpaksa pulang dengan keluarga dia ke Horizon. Ada hal lebih penting di sana."

Aku mengangguk-angguk. Bagus jugalah dia balik. Tak adalah penghalang aku lagi. Cuma, aku akan rindu untuk luahkan apa yang aku rasa kepadanya.

"Ibu harap Astrid faham keputusan ibu dan ayah. Kami cuma nak yang terbaik untuk Astrid, okay?" Tambah ibu lagi sebelum mengucup ubun-ubunku.

Walaupun aku masih tak boleh terima keputusan yang ibu dan ayah buat, aku masih terpaksa akur dalam apa jua keadaan sekali pun.Aku masih di bawah penjagaan mereka.

Melihat ibu pergi dan menutup pintu, aku baring di atas katil dan terus menangis. Aku amat kecewa kerana ditakdirkan sebegini. Dahlah kena tipu dengan kawan baik sendiri. Lepastu kena kurung pulak.

Tekanan yang menghimpit ruang fikiran aku membuatkan kau memejamkan mata serta-merta. Aku tak nak fikir tentang apa-apa dah.

Akhirnya, aku tertidur kerana asyik fokus kepada bunyi hujan yang aman. Aku suka hujan.

***

1.5k? terima kasih banyak-banyak support cerita ni walaupun aku tahu betapa cringenya setiap chapter yang korang perlu lalui.aku sayang sayang sayang aku semua <3

Hybrid Yang Hilang ✔Where stories live. Discover now