Astrid
Pelbagai jenis pakaian aku kenakan pada tubuh dan berdiri di hadapan cermin untuk pastikan yang aku nampak menarik.
Yelah, bukan selalu aku dress to impress lelaki. Tetapi pakaian aku juga perlu nampak macam aku nak pergi memburu. Itulah cara yang aku boleh ibu dan ayah percaya.
Tiba-tiba telefon aku berdeting banyak kali tanda mesej masuk.Siapa pula yang main spam ni.
Sofea
hey, astrid. tadi kan kau balik awal
aku lupa nak bagitahu kau yang Mr. Darren bagi homework.
banyak ke?
yeee, banyak gila. aku pun tengah buat sekarang.
jari aku nak terputus dah.
apa homeworknya?
Buku latihan Spanish tu dari muka surat 45 sampai 67.
Esok juga dia nak buat quiz so make sure kau hafal perkataan yang kau buat.
holycrap. kenapalah malam aku nak pergi date yang dia nak bagi homework banyak macam ni.
alaaa, date kejap-kejap lagilah.
ingat, education is more important.
whatever, aku nak buat sekarang.
thanks bagitahu.you're welcome, shister :)
*james charles pic here*Aku menepuk dahi dan melabuhkan punggung di atas kerusi di meja belajarku. Tak fasal-fasal kena hadap buku malam ni. Selama ni aku tak pernah merengek tentang pembelajaran. Sekarang aku rasa macam keluar daripada sekolah dan hidup dalam satu dunia sahaja.
Oh tunggu, aku masih ada lagi dua dunia. Ergh, menyampahnya!
Buku latihan Bahasa Spanish aku buka dan mengambil pensil daripada bekas pensilku. Bahasa Spanish agak senang bagi aku. Tetapi bukan sekarang kerana aku asyik memikirkan tentang surat yang aku terjumpa dalam buku dari perpustakaan tadi.
Dear Zach,
Mak minta maaf atas kesilapan besar yang mak buat ada suatu ketika dahulu. Sebelum mak mati, mak nak Zach tahu yang Zach satu-satunya daylighter yang wujud dalam puak vampire di Firewood. Mak nak Zach tahu yang Eleonora telah disumpah oleh ahli sihir untuk dilahirkan sebagai seekor Hybrid. Mak tak nak semua ni berlaku tetapi Eleonora telah dirampas oleh puak ahli sihir. Kalau mak mati, Zach tolong kembalikan dia. Dia perlukan sebuah keluarga.
Sincerely,
Your mother
Di belakang surat itu terdapat peta yang aku pasti ianya menuju ke tempat ahli sihir tersebut. Aku perlu bagitahu Zach. Tak kira dia nak ikut aku atau tak tetapi aku akan selamatkan Eleonora.
Apa fungsi dia ada di tangan ahli sihir sedangkan dia ada cuma ada darah vampire dan serigala jadian. Tak tahu pula kalau dia mengandungi darah vampire dan ahli sihir sebab kebanyakan Hybrid ada darah vampire dan serigala. Aku patut buat kajian tentangnya terlebih dahulu.
Buku yang aku pinjam terbiar di atas meja tadi aku capai dan mataku liar meneliti isi kandungan.
Krakk!
Belum sempat aku membelek ke muka surat sepatutnya, pintu bilikku yang dikuak oleh seseorang menyebabkan aku tertoleh ke belakang.
"Aku ingatkan kau dah pergi dengan Isaac," tutur Audrey lalu duduk di atas katil untuk menghadap aku.
"Tukar plans. Aku kena buat homework!" Aku mendengus perlahan..
Audrey bangun daripada katil dan berjalan ke arahku. Dia menutup buku latihan dan merampas pensil daripada genggaman aku.
"Fuck homework! Pergilah have fun dengan mate kau!"
"Kau tahu kod aku, 'homework before dates'. Aku nak penah break kod tu." Astrid membuka semula buku latihan di hadapannya.
"Malam ni je kau break kod tu, boleh kan Astrid?" pujuk Audrey lagi.Dia selalu paksa aku keluar dengan lelaki. Entah apa yang memberi kebahagiaan kepadanya sangat jika aku meluangkan masa dengan lelaki.
"So, kau tak marah yang aku keluar dengan Isaac?" soalku meminta kepastian. Aku tahu yang Isaac dan dia ada bond. Cuma Audrey cuba menafikannya sebaik mungkin demi aku.
"Buat apa aku nak marah kau keluar dengan mate sendiri?" Audrey menggulingkan matanya.
"Okay, aku keluar sekarang..." aku sengaja mengikut saja permainannya. "Tolong siapkan homework aku, please?" pintaku.
"Boleh aje." dia tersenyum gembira dan melambai ke arahku yang melangkah keluar daripada bilik.
***
Zach
Nak tak nak, keluarga Lowell akan datang juga malam ni untuk tebus benda milik diorang yang tak ada pada aku-buat masa sekarang.
Aku bagitahu Sofea yang Astrid akan datang kejap lagi. Macam biasa, dia akan terkejut beruk.
Aku tak boleh nak mesej Astrid dan bagitahu yang kawan aku tiba-tiba elok. Nampak sangat aku menipu. Sofea kata dia akan uruskan masalah tu. Dia akan pastikan Astrid tak datang ke Motel Casavilla malam ni.
Aku harap semuanya berjalan lancar sebab Sofea tu bodoh jugak kadang-kadang. Bukan pandai sangat nak atur strategi.
Aku menuruni tangga dan mendapati adik-beradik Lowell telah berada di meja makan. Sofea juga berada di sebelah anak bongsu Lowell, Lucien. Nampaknya mereka semua sedang menanti kehadiran aku sahaja.
Aku membetulkan butang flannel hitam kosong yang aku pakai seraya berjalan ke meja makan.
"Selamat datang, Lowells. Tepat pada masanya, what a surprise!" Aku menghadiahkan setiap seorang daripada mereka sebuah senyuman lebar memandangkan semuanya bermasam muka.
Dasar vampire bongkak.
"Mana Natasha?" Kai, anak sulung menyoal dingin.
Aku menayangkan muka sarkastik aku. "Kai, kan? Aku selalu imagine kau ni seorang yang hormat bila datang tempat orang."
"Kau dah sorokkan Natasha dan sekarang kau minta aku hormat pada kau?"
"Bukannya selalu."
"Budak-budak tolong berhenti. Kita ada banyak lagi benda nak bincang." Lucien menyampuk. Dia pula macam abang kepada Kai.
"Yeah, aku pun lapar ni. Kita makan dulu jom," satu-satunya anak bipolar, Ivan berkata.
"Oh, jus ni nampak sedap. Let's celebrate!" Jakun Ivan mengangkat gelas yang berisi darah ke udara.
Aku duduk dan menggulingkan mata. Ivan ni dalam episod mania dia kot sebab dia sedang berkelakuan tak tentu hala. Dia macam tak rasa tension dalam situasi sekarang. Gembira je memanjang.
Kami semua pun mengangkat gelas ke udara sebelum meneguk darah tersebut. Tiba-tiba bunyi lif berdeting dan pintu lif terbuka menarik perhatian kami semua.
Kalaulah lif tu jauh, mereka semua takkan nampak siapa kat lif tu.
Ianya Astrid. Apa yang dia buat kat sini?
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampire[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...