Setibanya di sekolah, aku menuju ke bangunan perpustakaan. Sekolah aku memang sengaja asingkan bangunan perpustakaan dan bangunan sekolah sebab nak bagi pelajar-pelajar rajin bersenam.
Bersenam konon, kaki aku nak patah hari-hari ulang alik pergi bangunan perpustakaan. Tetapi demi ilmu, aku tak kisah sangat.
Pintu jati kayu perpustakaan aku buka menyebabkan beberapa pasang mata terpandang ke arahku sekilas. Aku melilau mencari Sofea.
Akhirnya, aku mendapati yang dia duduk semeja dengan seorang lelaki berambut blonde kelabu. Aku kenal lelaki itu, namanya Zach.
Zach ni misteri sikit. Dia suka usyar aku kalau ada peluang. Tambah-tambah lagi dalam kelas Ekonomi ataupun di hallway. Kalau dalam kelas tu, dia halau budak lain yang duduk sebelah aku. Budak lain semua gerun dengan dia jadi diaorang pun akurlah.
Sampai sekarang aku tak berani tanya kepada dia tentang sebab dia berbuat begitu. Ini mungkin peluang untuk menemu bual tapi tempat tak sesuailah pulak.
Aku menelan air liur sebelum berjalan ke meja yang Sofea duduki. Aku melabuhkan punggung di sebelah Sofea, juga bertentangan dengan Zach. Sofea yang terkejut dengan kehadiran aku disebelahnya lalu mengalihkan pandangannya daripada buku.
"Aik, cakap tak nak datang." bisik Sofea.
"Bosan pulak duduk kat rumah," jawabku sambil mengeluarkan buku teks daripada backpack aku.
"Haih, macam-macamlah alasan kau..." keluh Sofea sambil menggelengkan kepalanya.Zach yang di hadapanku diam membisulah sebab dia sumbat earbuds dalam telinga dia. Dia menunduk seperti tengah khusyuk melakukan pembacaannya. Entah-entah dia senyap-senyap dengar perbualan antara aku dan Sofea.
Aku menegur Sofea dengan nada berbisik. "Woi, asal kau ambil tempat dekat dengan lelaki ni?"
"Lelaki?" sebelah kening Sofea terjongket. Dia sengaja buat tahu ke macam mana ni?
Aku menggulingkan anak mataku ke arah Zach. Barulah Sofea mengangguk-angguk.
"Oh, relakslah dia lab partner aku je..."
Memanglah Zach lab partner dia tapi Zach ni pengintip aku jugak. Selagi ada Sofea kat sini, Zach takkan berani buat apa-apa pada aku. Aku hanya perlu buat kerja sendiri dan abaikan dia.
Hampir lima minit berlalu. Entah mengapa aku tak boleh elakkan daripada memandang Zach sekilas. Macam aku pula intip dia senyap-senyap.
Dia masih khusyuk membaca bukunya. Tangannya menongkat kepalanya manakala tangan lagi satu membelek muka surat seterusnya. Dia buat macam aku tak wujud kat sini sebab dia tak tengok langsung aku dari tadi.
Tiba-tiba Sofea mengangkat punggung daripada kerusi. Aku cepat-cepat merentap pergelangan tangannya.
"Sof, kau nak pergi mana? Janganlah tinggal aku sorang-sorang!" rengekku perlahan.
"Ish kau ni, aku nak pergi ambil buku aje pun.Kejap lagi aku datang balik," dengusnya lalu terus beredar. Terlepas tanganku daripada memegang tangannya.
Aku pandang Zach semula. Mungkin aku patut ambil peluang ni untuk menegur Zach.
Aku bangun sedikit daripada kerusi untuk mencabut sebelah earphone yang tersumbat di dalam telinga Zach. Dia tersentak dengan perbuatan aku lalu mengangkat wajahnya.
"Woi, asal kau selalu intip aku hah?" tanya dengan suara perlahan.Zach menutup bukunya seperti ingin menceritakan lebih banyak kepadaku.
"Kita cakap kat luar," katanya lalu bangun daripada kerusi.
Demi ingin mengetahui kebenaran, aku pun mengekorinya hingga ke luar bangunan. Dia sudah lesap daripada pandangan aku apabila aku menolak pintu jati kayu perpustakaan. Dia ni main sorok-sorok pulak.
"Zach!" jeritku sambil berjalan ke tepi bangunan perpustakaan. Bayangan Zach tidak kelihatan membuatkan kaki aku terus melangkah hingga ke belakang bangunan untuk mencarinya.
Aku panggilnya lagi namun tiada sahutan. Aku gunakan penglihatan Omega aku untuk mencari di sekitar hutan. Eh, asal warna kuning ni? Sepatutnya ianya berwarna biru. Ah, lantaklah!
Itu pun Zach. Dia sedang berdiri di antara dua pokok di dalam hutan. Aku berlari ke arahnya dengan pantas. Namun kepantasan aku bertukar 10 kali ganda pantas.
Dalam masa satu saat sahaja, aku berdiri betul-betul di hadapannya. Aku hampir tersungkur namun sempat menstabilkan diri.
Aku hampir mencarut tetapi apabila aku pandang Zach, aku baru teringat tujuan aku berhadapan dengannya. Mata Zach menikam aku tepat sehingga membuatkan jantung aku berdegup kencang. Wajahnya tidak berperasaan.
Lama kelamaan, timbul urat-urat merah nipis di bawah matanya manakala mata putihnya juga bertukar menjadi hitam penuh. Dengan bantuan cahaya bulan, aku dapat lihat dua gigi atasnya menajam apabila dia membuka mulutnya.
Oh shit, dia tak normal. Dia bukan mundane! Dia ialah vampire.
Kaki aku secara automatiknya terundur ke belakang sedikit. Mata aku menoleh ke kiri dan ke kanan untuk menarget arah yang harus aku tujui. Sebelah kanan nampak macam banyak pokok, aku boleh sorok di belakangnya.
Aku mohon kelajuan aku akan menjadi sepantas tadi apabila aku membuka langkah. Namun, larian aku seperti manusia normal. Zach mula mengejar aku dari belakang. Masih lagi terasa lambat walaupun aku sudah menggunakan tenaga aku sebanyak mungkin.
Aku toleh ke belakang buat beberapa kali. Zach masih tidak berputus asa mengikut jejak kasih aku. Terus aku menukar rupa serigala aku dan berlari dengan sekuat hati.
Baru separuh jalan aku dah letih. Bunyi larian dari belakang tidak lagi aku dengari jadi aku menoleh ke belakang. Zach hilang daripada pandangan aku dan secara automatiknya degupan jantung aku kembali normal. Nafasku dihembus lega sebelum menoleh ke hadapan semula.
Tanpa sempat aku memproses apa-apa, leher aku telah dicekik oleh tangan sasa Zach. Serigala aku meronta-ronta minta dilepaskan namun itu tak menghentikan Zach daripada terus mencekik aku.
Ruang udara untuk aku bernafas semakin hilang. Secara automatiknya aku kembali ke rupa manusia semula kerana kerongkong disekat. Aku lemah tanpa nafas.
Aku diloloskan daripada cengkaman Zach lalu jatuh ke tanah. Sakit punggung aku.
Jahanam punya Zach!
Perlahan-lahan aku bangun untuk duduk sambil mengurut-urut pinggang aku. Aku boleh rasa nadi di leher aku berdenyut laju daripada normal dan aku tahu ada sesuatu yang tak kena pada diri aku.
Wajahku diangkat untuk memandang Zach lagi sekali. Dia mendekati aku dan aku kerap berundur sehingga belakang tubuhku tersandar pada sebatang pokok yang besar. Zach melutut di hadapanku dan dengan pantasnya dia menyengetkan kepala aku sebelum membenamkan taringnya ke dalam kulit aku.
"AHHHHHHHHHH!!!"
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampire[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...