16 : Berbeza

530 59 5
                                    

"Ivan, kenapa kau tak join family reunion kau? Bukan selalu, kan?" Aku cuba memulakan perbualan yang baik dengannya.

Kalau ikutkan aku lama dah aku pakai kelajuan vampire untuk ke Kelab Vampire. Tapi dah dia macam tak nak guna je, aku pun ikut je rentak langkah dia.

"Family aku fikir yang aku ni sssnnake!"  Ivan mengoyangkan tangannya ke wajahku dan tertawa sendiri dengan lawaknya.

Buat lawak lagi dia ni. Dia tak terkilan ke keluarga dia buat macam ni kat dia? Asingkan dia daripada setiap perkara yang mereka buat macam Ivan ni seorang lelaki asing dalam keluarga tu.

Kalau aku, dah tersakiti.

Aku tak percaya yang dia ni snake dalam keluarga tu. Memanglah mulut dia laser sikit tapi perangai dia tak macam orang yang kejam. 

Tikam belakang orang sana sini.

"No, really. Sebab apa family kau macam tak suka kau je?" Aku bunyi macam terdesak untuk membocorkan rahsianya.

Senyuman di bibirnya tadi perlahan pudar. Matanya merenung aku kembali sekejap. Aku dapat rasakan aura dalam dirinya rapuh.

"Kau tengok sendiri tadi. Diorang tak nak aku masuk campur urusan diaorang."

"Mesti ada sebab."

Ivan menggulingkan matanya ke arah aku. "Sebab aku berbeza daripada diaorang."

"Berbeza macam mana?"

"Diorang cakap aku tak normal. Aku ada bipolar..." suaranya berbaur kecewa.

Aku tergamam mendengar jawapannya. Menyesal pula aku tanya soalan peribadinya. Bagi aku, bipolar tidaklah seteruk mana. Mereka cuma perlukan orang di sekeliling untuk faham mereka.

Kalau boleh aku nak tolong Ivan untuk lupakan yang dia ni pernah hidap Bipolar. Keluarga dia pun satu—bukan nak bagi semangat ke apa. Lagi seksa perasaan dia adalah.

"Sebenarnya, aku nak jadi orang pertama yang jumpa Eleonora daripada adik-beradik aku yang lain. Aku nak dia anggap aku ni bermakna, at least." Sambungnya lagi.

Aku pun tak tahu macam mana nak respond. Ivan perlukan perhatian, seseorang yang boleh buat dia rasa dihargai. Dan orangnya ialah Eleonora.

"Sorry tentang apa yang menimpa kakak kau." Ucapku, simpati.

"Tak apa, bukan salah kau. Salah mak bapak aku." Ivan menggelengkan kepala sambil mengukir senyuman reda. Ya, mak bapak dia yang rosakkan hidup dia dan Eleonora.

"Jom buat deal. Siapa lambat sampai kelab, kena belanja darah!" Ideanya tiba-tiba memecah kesunyian antara kami.

Tanpa menunggu, dia terus menggunakan kelajuan vampirenya. Aku apa lagi? Terus pecut  secepat yang mungkin dengan menggunakan kelajuan vampire aku.

Pokok yang berada di sepanjang jalan macam tak wujud. Cahaya kereta yang melepasi di jalan raya hanya terpancar di wajahku 0.00000000001 saat sahaja. Akhirnya, aku telah tiba di pekan Firewood. Aku berhenti lorong gelap yang terletak di antara dua bangunan.

Dari situ aku dapat lihat vampire yang beratur untuk masuk ke dalam kelab. Seorang pengawal keselamatan memeriksa setiap kad pengenalan vampire yang ingin masuk. Wow, vampire ada kad pengenalan! Nak kena daftar kat mana?

Aku lihat sekeliling untuk mencari susuk tubuh Ivan namun mata kasarku tak dapat mengesan di mana dia berada. Jangan cakap yang dia sesat sudahlah. Ataupun dia dah masuk terlebih dahulu?

Aku tunggu barisan itu berkurangan sehingga tinggal dalam dua atau tiga orang sahaja yang masih beratur untuk masuk. Kemudian, aku beratur di belakang seorang perempuan berambut Magenta.

Tiba giliran aku, pengawal keselamatan itu menyoal. "ID?"

Aku membuat muka selamba dan melihat dari atas sampai bawah sebelum bertemu matanya semula.

"Aku tak perlukan ID untuk masuk. Kau akan benarkan aku masuk sekarang." 

Itu taktik biasa aku. Kawal fikiran orang.

"Maaf budak 12 tahun.Kawalan pemikiran tidak berfungsi untuk aku." Jawapannya membuat wajahku merah padam. Sekarang nampak sangatlah aku macam budak 12 tahun yang cuba menyelinap masuk ke dalam kelab tetapi gagal.

"Aku bukan 12 tahun dan aku bukan budak. Sekarang bagi aku masuk!" bentakku, tidak berpuas hati kerana dia cuba menghalang keseronokkan aku. 

Aku tak mahu berputus asa untuk mencari jalan untuk masuk ke dalam kelab tersebut. Aku target ingin lari dengan kelajuan vampire terus ke pintu gerbang kelab apabila dia terlalu asyik dengan perbualan aku dan dia.

"Buktikan," cabarnya.

Aku lihat lehernya, nadinya berdenyut normal.Dia tak takut langsung dengan aku.

Aku gabungkan tenaga serigala dan vampire aku sebelum menarik kolar t-shirtnya dan mencampakkan tubuhnya yang sasa tadi ke jalan raya. Kereta yang hampir melanggar tubuhnya itu brek secara mengejut apabila tubuh lelaki itu terbaring di atas jalan tar.

Aduh, kenapa kereta ni tak lenyek aje dia terus?

"Kau ni kejam, aku suka."  Ivan tiba-tiba muncul di hadapan aku dengan senyuman sengetnya melekat di bibir. Entah mengapa aku tiba-tiba rasa bersalah tengok pengawal keselamatan tadi terduduk di atas jalan sementara orang lain membantunya.

Aku tahu ianya salah tetapi aku tak boleh mengawalnya.

"Jomlah masuk," ajak Ivan lalu berjalan mendahului aku. Aku menyusul di belakangnya sehingga masuk ke dalam kelab yang gelap dan hanya disinari oleh lampu neon, mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh DJ. Tak pernah aku rasa sepekak ni seumur hidup. Pertama kali ni.

Orang di sekeliling aku hanyut dalam muzik sambil menari dan ada juga yang berciuman seperti orang tak siuman. Aku cari lagi orang yang menghisap darah namun tiada seorang pun yang sedang melakukannya. Aku fikirkan kelab vampire ni untuk minum darah dari tubuh orang.

"KENAPA TAK ADA ORANG PUN HISAP DARAH KAT SINI?" Aku menjerit di telinga Ivan yang masih berdiri di sebelah aku.

"TENGOK BETUL-BETUL DENGAN MATA KAU!" 

Aku lihat pasangan yang sedang melakukan hal peribadi mereka.Sekali pandang memang mereka sedang melepaskan nafsu sesama sendiri tetapi bila aku kedip mataku, lelaki yang asyik bercumbu gadis itu rupa-rupanya sedang menghisap darah dari leher gadis itu.

"Sesuaikan diri kau, aku pergi dulu!" Ivan berbisik di telinga aku. Tanpa sempat aku menoleh untuk menghalangnya daripada pergi, dia sudah hilang entah ke mana. Bagus, sekarang aku kena jadi sosial untuk minum darah orang.

Aku masuk ke dalam banjiran orang ramai yang sedang menari. Aku pandang ke sekeliling dan menghidu bau darah setiap orang. Aku ingin cari yang paling sedap. Entahlah, semuanya sedap bagi aku sekarang.

Sedang aku acah-acah menari seorang perempuan menari rapat di belakang tubuhku. Geli habis satu tubuhku namun aku ikut saja gerak-geri tariannya apabila bau darahnya mengugat nafsu aku. Inilah peluangnya.

Aku biarkan dia asyik dengan lentuk tubuhku mengikut rentak muzik sebelum aku menoleh ke belakang untuk menghadap wajahnya. Tanganku melingkari lehernya kemas supaya dia tidak dapat melarikan diri. Taringku terus dibenam ke lehernya tanpa menunggu sesaat pun lagi. Terlalu dahaga, aku menghisap dengan lebih agresif apabila dia cuba menolak tubuhku jauh daripadanya.

"ASTRID, KAU LESBIAN?" Satu suara menjerit menyebabkan perbuatan aku terhenti.

Hybrid Yang Hilang ✔Where stories live. Discover now