5 : Alpha

751 85 0
                                    

SEPANJANG perjalanan ke sekolah esoknya, aku asyik terfikir cara mencari Alpha yang cuba memulakan perbualan dengan aku dalam tempoh hari. Dia tidak perlu menjadi mate aku, dia hanya perlu berlakon pun dah cukup.

Kebiasaannya, Sofea akan menjemput aku setiap pagi untuk ke sekolah. Tetapi hari ni, aku memberitahunya bahawa aku akan pergi ke sekolah dengan menaiki kereta api bawah tanah. Aku tak nak duduk di dalam kereta dengannya dan berlakon macam tak ada perubahan dalam diri aku pada hari ini. 

Semuanya telah berubah.

Pagi tadi selera aku berubah serta-merta. Ada ke patut, pagi-pagi lagi aku dahagakan darah?

Mahu tak mahu percaya, simptom-simptomnya teramatlah jelas. Tidak boleh dinafikan. Walaupun agak sukar, perlahan-lahan aku menerima kenyataan yang aku ni seekor Hybrid. 

Diriku sungguh bernafsu setiap kali melihat nadi Audrey atau ibu atau ayah semasa sarapan tadi. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk bertolak ke sekolah dengan lebih awal daripada biasa.

Aku takut kalau aku hilang kawalan dan sedut darah mereka semua.

Sewaktu aku menuruni tangga untuk ke kereta api bawah tanah, seorang wanita bergaun bercorak floral terlanggar bahuku tanpa sengaja. Buku-buku yang didakap dengan tangan kiri aku, terjatuh berselerak di atas tangga.

"Sorry, sorry!" Tidak henti-henti kata maaf keluar daripada mulutnya sehingga dia selesai mengutip buku-buku tersebut.

Apabila dia menghampiri aku untuk menghulurkan buku-buku milikku, barulah aku dapat melihat rupa fizikalnya dengan lebih jelas. Wajahnya bujur, dagunya runcing, sepasang mata berwarna hazel dan rambut oren keperangan seperti aku.

"Sorry, saya rush sangat harini.Saya kena sampai tempat kerja pukul 7 tapi saya terbangun lewat harini." Jelasnya sepintas lalu. Huluran buku olehnya lantas aku sambut.

"Eh, tak apa," jawabku sambil menghadiahkan wanita dalam lingkungan awal 20-an itu segaris senyuman.

"Adik nak pergi mana ni?" soalnya.

"Sekolah." 

"Sekolah kat mana?" Rambut perang orennya dicangkuk ke belakang telinga. Matanya mengimbas aku atas ke bawah.

Okay, ni dah macam sesi soal siasat pula bila dia tanya soalan peribadi aku.

"Maaf, ibu dan ayah saya larang saya beritahu sesiapa tentang hal peribadi." Dengan sopan aku menolak. Mungkin dia cuma beramah mesra. 

Wanita itu mengangguk-angguk, faham dengan situasi aku.

"Ya tak ya juga. Maaf sebab tanya, saya pergi dulu," ujarnya sebelum mempamitkan diri, meninggalkan aku tercengang di situ.

Entahlah mengapa aku rasa dia agak familiar di mataku. Aku kenal dia ke?

SESAMPAI sahaja di sekolah, aku ternampak Sofea sedang berbual dengan Zach di bawah pokok rendang yang berdekatan dengan bangunan sekolah. Nak cakap diaorang buat kerja sekolah, buku pun tak ada kat tangan. Mereka pasti sedang membincangkan tentang sesuatu.

Aku ingin berjumpa dengan Sofea tetapi kehadiran Zach menyebabkan aku membatalkan niatku. Langkah aku laju diatur ke dalam bangunan sekolah tanpa melihat sekilas ke arah Sofea.

Masuk saja ke dalam bangunan sekolah, laluan yang aku sering lalui penuh dengan pelajar-pelajar berbual. Namun, pendengaran aku hanya fokus pada bunyi nadi mereka. Tekak keringku hanya mampu menelan air liur sambil berjalan melepasi orang ramai.

Terlalu kuat aroma variasi darah di laluan ni. Aku harap aku dapat gigit salah seorang daripada mereka. Hidungku giat menghidu bau darah yang berbaur. Sedikit demi sedikit aku asingkan bau itu untuk mendapatkan yang paling lazat.

Hybrid Yang Hilang ✔Where stories live. Discover now