3 : Darah

790 92 0
                                    

Kenapa tekak aku rasa kering sangat ni? Aku terasa dahaga. Namun aku bukannya dahagakan jus oren tetapi darah.

Aku terasa ada pergelangan tangan yang diletakkan dimulutku lalu darah yang aku mahukan mengalir masuk. Sekali cecair itu melalui tekak aku, aku mahukannya lagi. Mata aku masih terpejam rapat kerana terlalu asyik menghisap darah dari sumber yang tidak diketahui.

Apa-apa jelah, janji aku kenyang.

"Dah! Dah!" pemilik tangan tersebut menarik tangannya kembali. Secara automatiknya aku membuka mata dan menayangkan wajah marah aku berserta taring yang tajam kepadanya.

Namun, kemarahan itu pudar daripada wajahku apabila aku mendapati yang duduk di sebelah aku ialah Zach. Taring aku disimpan semula.

Zach sedang mengelap darah yang keluar daripada pergelangan tangan kanannya. Kejap, yang cecair sedap tadi tu darah dia ke?

Aku lihat sekeliling aku. Nampaknya, aku terperangkap di dalam kereta bersama pengintip setia aku berdekatan dengan hutan. Bagus.

"Macam mana aku boleh ada kat sini?" 

"Aku bawa kaulah," jawab Zach, ringkas. Dahi aku berkerut.

Aku pandangnya, cuba mengimbas kembali apa yang telah terjadi. Tiba-tiba baru aku teringat yang Zach dah gigit aku kat leher! 

Tanganku terus dilarikan ke leher. Masih terasa kulit aku terbuka dan cecair darah masih berbaki. Yang paling menakutkan, gigitan pada leher aku terkena tepat pada tempat bekas gigitan yang sudah berkurun lamanya wujud tanpa aku ketahu sebabnya.

Kebangangan la Zach ni. Kalau lagi lama aku duduk sini, banyak benda yang tak dijangka dia boleh buat pada aku. Baik aku beredar sekarang.

"Kenapa kau bawa aku datang sini?" Soalan aku diaju sambil tangan kananku sembunyi-sembunyi memegang tempat membuka pintu.

"Sebab aku nak darah kau. Dan kau, Hybrid." Zach mengukir segaris senyuman sinis apabila melihat kegelisahan di wajahku. 

"Kau ada banyak perkara yang perlu diselesaikan." Tangannya yang ingin menyentuh rambutku, pantas aku tepis. Jijik!

"Mengarut! Aku bukan Hybrid!" Nadaku naik seoktaf. Bengang dengan Zach yang sengaja menakut-nakutkan aku. 

Zach memang sah gila! Aku tak nak jadi Hybrid dan selama-lamanya aku takkan terima kalau diri aku ni seekor Hybrid.

"Kau minum darah aku dan kau masih tak percaya yang kau ni Hybrid?"

Tersentak. Betul juga katanya. Apabila kau seekor Hybrid, kau akan inginkan dua-dua kelengkapan dalam dunia kau. Sebab apa? 

Sebab tubuh kau kandung dua darah dalam satu jasad. Kau kena hidup dalam dua keadaan.

Dalam kes aku ni, aku akan inginkan darah.

Setahu aku untuk pertukaran seseorang itu menjadi Hybrid memerlukan waktu yang lama dan gigitan yang kerap oleh vampire.

Sesetengah orang mesti seronok bila dapat tahu yang mereka adalah Hybrid tetapi bukan bagi aku. Sejak kecil lagi aku nampak ciri-ciri negatif sahaja pada Hybrid. Kalau aku Hybrid, aku akan rasa terasing daripada orang lain. 

Bayangkan, orang lain semua satu darah, aku aje ada dua darah. Macam kecelaruan keluarga. Tidak pasti sama ada mahu bekeluarga serigala atau vampire.

Kalau aku jadi Hybrid, aku riisau yang aku akan hilang akal dan bunuh seseiapa yang aku mahu ketika melepaskan amarah. Sukar mengawal emosi Hybrid. Hybrid dianggap sebagai binatang yang tak ada belas kasihan.

Itulah antara justifikasi aku tak nak gelarkan diri aku Hybrid walaupun aku ni dijangka menjadi seekor Hybrid.

"Tak masuk akal! Kau jangan cuba nak manipulasi aku. Kau fikir aku bodoh ke? Ei, dahlah!!" aku tak sanggup lagi membuat fikiran aku semakin kusut lalu tanganku pantas menarik tempat pembuka pintu untuk keluar namun, pintu tidak terbuka.

Shit, Zach kunci!

Aku mencerlung ke arah Zach. Tanganku digenggam. Tunggu masa sahaja penumbuk ni bakal melayang di wajahnya dungunya.

"Aku takkan lepaskan kau selagi benda antara kita tak selesai..." Zach menggeleng, tersenyum bangga kerana berjaya memerangkap aku.

"Benda apa? Aku tak pernah berurusan dengan kau. Tak ada benda yang perlu kita selesaikan!" bentakku.

Aduh, tekananlah aku duduk dalam kereta dengan dia. Pertama, dia bagitahu yang aku ni Hybrid. Sekarang ni, minta benda antara aku dan dia selesai pula? 

"Ikut aku balik hotel. Kita boleh binc—"

"Kau stranger. Kau fikir aku akan ikut kau?" Jari aku membuka kunci pembuka pintu. 

"JANGAN HARAP!" Kakiku menapak keluar daripada kereta dan menghempas pintu dengan kasar.

Dengan kepantasan yang tak dijangka, aku berlari sehingga tiba di hutan dalam kawasan sekolah semula. Cepat betul aku lari.

Atau mungkin itu kelebihan seekor Hybrid.

"ASTRID, KAU PERGI MANA?!" jerit suara Sofea yang berlari ke arah aku. Tercungap-cungap dibuatnya apabila berdiri di hadapan aku.

"Uh, aku..." mata aku melilau ke sekeliling, cuba mencari alasan yang kukuh bersuasaian dengan tempat.

Aku menggelengkan kepala dan memandangnya semula. "Urm, aku cari landak huta—"

"Kejap, apa yang kat leher kau tu?" Kening Sofea bersambung. Mata dikecilkan untuk fokus pada tepi leherku.

Sofea mendekati dan cuba menolak rambut aku untuk melihat bekas gigitan pada leher itu. Aku menghalangnya tetapi dia tetap berkeras untuk meneliti luka itu juga.

Aku dah kenal sangat perangai Sofea ni. Yang dihalang itulah yang dia nak buat jugak.

"Teruk ni..." Sofea memandang jijik luka aku. "Baik kau bagitahu aku binatang mana buat kat kau macam ni."

"Sof, tak payah risaulah. Nanti dia okay sendiri." Aku menolak tangannya yang masih membelek luka aku. Nanti tahulah aku sembuhkan sendiri luka aku sebelum sampai rumah.

Kepala aku tiba-tiba terasa pening. Pendengaran aku hanya boleh fokus kepada bunyi denyutan nadi Sofea. Bau tajam darah pekatnya menggelegakkan nafsuku. Mataku terpaut pada lehernya. 

Dahaga. Aku nak sangat rasa darah Sofea.

"Hey, kau nampak tak okay. Jom, aku hantar kau balik." Sofea meraih tanganku. Halusinasi aku terpotong. Niat aku ingin menghisap darahnya terus dibatalkan.

Astrid, kawal diri kau! 

Aku masih waras dan sedar yang dia kawan aku. Tak sangguplah aku nak minum darah kawan sendiri.

Tapi aku nak darah dia. 

Vampire aku berbisik jahat.Ah, sengaja je dia ni cuba nak rosakkan diri aku.

Sofea membawa aku ke keretanya dan menyuruh aku tunggu sementara dia pergi mengambil barang-barang yang ditinggalkan di dalam perpustakaan tadi.

Aku lega kerana Sofea tidak menyoal banyak tentang apa yang telah terjadi pada diri aku. Kalau dia banyak tanya, boleh buat aku lagi tertekan. Sofea memang kawan yang memahami.

Sofea menghentikan keretanya di simpang jalan yang berhampiran dengan kawasan perumahan. Di situlah dia selalu turunkan atau jemput aku kalau aku perlukan kenderaan. Dia tak pernah tahu rumah Pack Gerald di mana. 

Lagipun dia hanya seorang manusia normal. Aku tak boleh nak hebohkan dunia serigala aku kepadanya. Kelam-kabut jika dia tahu yang aku seekor serigala dan juga bakal vampire.

"Thanks, Sof," ucapku sambil menggalas beg dan membuka pintu untuk keluar tetapi tangan Sofea merentap tanganku membuatkan aku berpaling ke arahnya kembali.

Mata bundarnya memanah tepat ke wajahku.

"Kau pasti ke boleh jalan sampai rumah ni? Aku boleh je hantar." 

"Nah, tak payahlah. Dekat je. Aku boleh jalan," jawabku lalu keluar daripada perut kereta. Sofea menurunkan tingkapnya.

"Jaga diri, Astrid!" pesannya buat kali terakhir sebelum memecut pergi.

Hybrid Yang Hilang ✔Where stories live. Discover now