5 jam sebelum itu...
Sofea
Bila diri aku tersedar, pehaku terasa sakit dan pedih, seakan ada sesuatu yang mencucuk-cucuk ke dalam kulitku. Aku perlahan-lahan bangun daripada pembaringan aku tanpa menggerakkan kaki.
Mata aku terus disambar dengan cahaya matahari yang terang. Tanganku lantas menutup wajahku bagi menggelakkan silau. Tiba-tiba tanganku mengeluarkan asap dan kulitku perlahan-lahan terbakar. Oh tidak, cincin daylighter aku dah hilang.
Aku melihat sekeliling dan menyedari bahawa aku berada di dalam bilik Astrid. Aku mengheret tubuhku sendiri untuk beredar ke tempat yang boleh halang aku daripada terkena cahaya matahari. Jahanam punya ahli sihir. Cincin tu bukan murah tau nak dibuat.
Walaupun sakit, aku berjaya duduk di belakang almari. Dari sudut tersebut aku dapat lihat ibu Astrid terbaring di hadapan pintu bilik air, tidak sedarkan diri. Aku nak tolong tetapi kaki aku macam tak berfungsi dah pun.
Aku cuba mencabut kaca tersebut daripada daging pehaku. Dalam juga kaca ni masuk.
Sikit aje lagi.
Tolonglah, keluarlah kaca woi!
Yes, finally.
Tepat-tepat aje kaca tu terkeluar daripada kulitku, pintu bilik yang tertutup rapat tadi dikuak oleh seorang jejaka muda.
"Kau budak, tolong dia!" Telunjuk aku diarahkan ke ibu Astrid. Lelaki itu pun tidak memprotes lantas melutut di tepi ibu Astrid untuk memeriksa nadinya. Setelah memastikan nadinya masih berdetak, lelaki itu pun memapah ibu Astrid yang masih tidak sedarkan diri ke atas katil.
Lelaki itu kembali kepadaku.
"Siapa kau?" tanya dia dengan keningnya yang terangkat.
"Sofea, kawan Astrid." Jawabku tenang sambil cuba merawat luka pada pehaku.
"Apa yang dah jadi?"
"Ahli sihir datang sini semalam dan dia dah ambil Astrid," jelasku.
Lelaki itu mengangguk-angguk dan dia ingin meluru keluar tetapi aku memanggilnya.
"Kau nak pergi mana?"
"Pergi cari Astridlah,"
"Aku ada better plan. Kau ikut je aku." Setelah luka aku reda sedikit, aku lantas mengangkat punggung.
***
Zach
Setelah aku terjaga, kepalaku terasa berpinar-pinar. Aku terbaring di atas sofa dan berfikir sejenak bagaimana aku boleh ada di sini. Oh ya, aku terlalu mabuk dan mengantuk lantas tertidur. Berapa banyak alkohol yang aku ambil pun tak terkira sampai boleh buat tekak aku loya macam ni.
Aku nak muntah.
Tanpa mampu bertahan aku lantas duduk dan memuntahkan cecair kotor daripada tekakku ke dalam baldi yang tiba-tiba saja di hulurkan dengan pantas kepadaku.
Aku mengesat baki muntah yang melekat di sekeliling bibirku sebelum mengangkat wajah untuk melihat pemberi baldi tadi.
"Apa? Tak ada terima kasih untuk aku?" Sofea berkata dengan sarkastik. Baru je aku nak ucap tadi tapi bila nampak muka dia ni terus tak jadi. Beberapa minggu lepas aku bergaduh dengan dia dan sekarang dia nak minta maaf dengan aku pula.
Aku mencampakkan pandangan aku ke arah lain. Namun, aku bertembung mata dengan Isaac pula, pasangan palsu Astrid. Lelaki itu memandang aku tajam sambil memeluk tubuh.
Dah kenapa dia ni? Nak balas dendam ke apa?
"Aku minta maaf sebab gaduh dengan hari tu. Tapi sekarang ni kita ada penting yang perlu diselesaikan." Sofea duduk di hadapan kerusi bertentangan denganku.
Aku mengalihkan pandangan kepada Sofea. "Apa yang penting?"
Derapan langkah menaiki tangga bergema, menyentak lamunan aku.
"Guys, ni bukan permainanan lagi, okay? Kita kena cepat!" Lucien yang menuruni tangga diikuti dengan adik-beradiknya yang lain berjalan ke arah kami bertiga.
"Bau apa ni? Boleh migraine aku!" Ivan membuat muka pening lalatnya sambil duduk di sebelah aku.
"Ivan, jadi serious for once, please." Natasha berkata tegas.
"Apa? Muntah dia bau macam bangkai. Aku jujur je," Ivan masih lagi sempat bergurau senda. Entah bilalah musim maniac dia ni nak hilang.
"Kau serigala," Ivan menunding jari ke arah Isaac yang mengangkat kening. "Tolong buangkan benda ni."
"Whoa, apasal aku pulak?" Isaac membuat muka terkejut.
"Sebab kau kan sa-"
"Damn it, you people! Berhentilah bergaduh. Sekarang ni kita nak jalankan misi yang penting," Kai menggulingkan matanya. Dia dah muak sebenarnya nak tegur perangai kebudak-budakkan Ivan ni.
"Sof, jelaskan pada kitorang." Natasha mengarah.
"So, Astrid kena culik dengan Katrina semalam." Sofea memulakan cerita. Aku lantas bergerak ke hadapan sedikit untuk mendengar dengan lebih jelas.
"HA, TU BERITA BAIK! Sekarang kita dah boleh ambil Eleonora dan balik ke Flamewood!" tiba-tiba Ivan mencelah. Kami semua mencerlungkan mata ke arahnya, tajam.
Ivan membuat muka tidak bersalahnya dan berkata lagi. "Apa? Tu rancangan aku, janganlah marah. At least aku bagi idea kat sini."
Budak nilah, aku rasa nak sumbat dalam keranda je.
"Yeah, idea kau useless. Senyap ajelah," Isaac membalas dingin. Mesti dia yang baru ni pun rasa semak dengan kehadiran budak Ivan ni.
"Sambung, Sof." Pintaku.
"Sebenarnya, tujuan Katrina suruh Zach serah Astrid kepada dia bukanlah untuk tebus Eleonora."
"Ha? Apa maksud kau?" Dahiku berkerut.
"Astrid yang pegang kuasa Hybrid Eleonora. Astrid itulah Eleonora," Lucien yang senyap dari tadi akhirnya bersuara.
"Betul ke, Sof?" Aku bertanya seakan tidak percaya. Minda aku tengah berbelit sekarang.
"Yeah. Katrina cuma main dengan fikiran kau selama ni. Dia nak perangkap kau dan Astrid sekali gus supaya dia dapat kuasa yang maksimum."
"Aku? Aku mana ada apa-apa. Aku ni daylighter aje kot." Aku kembali bersandar pada sofa.
"Entahlah, tapi itu yang aku dapat maklumat tentang rancangan Katrina." Sofea bangun dari duduknya dan dia melirik matanya ke arah Isaac. "Aku ada rancangan."
"Apa?" tanya Kai.
"Isaac akan jadi figura Zach dan biar dia kena tangkap dengan Katrina. Kau boleh buat spell tu kan?"
Natasha mengangguk.
"Ivan dan Natasha, buat apa sahaja untuk melemahkan Katrina."
"Lucien dan Ivan, bila Katrina berjaya dilemahkan, kau pergi masuk ke dalam kedai dan lepaskan Astrid dan Isaac dan keluar sepantas yang mungkin."
"Jangan risau kalau ahli sihir tu kejar korang. Aku dan dan Zach tunggu di luar dengan gari anti-sihir. Katrina tak boleh buat magik jika dia pakai gari tu."
Misi pun bermula.
***
aku ingatkan nak buat last chapter yang ni tapi panjang sangat pula.
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Wampiry[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...