Tiba sahaja di rumah, rumah Pack Gerald tidak lagi dibanjiri orang ramai. Aik, awalnya jamuan tamat.
Tiba-tiba, aku terdengar pertengkaran di antara ayah dan Audrey. Dah kenapa pula mereka berdua ni bergaduh? Tak ada angin, tak ada ribut.
"Audrey, pak cik suruh kamu jaga dia! Kenapa kamu biarkan dia seorang diri?" Suara ayah memetir dari ruang tamu. Aku boleh bayangkan wajah bengisnya.
Tangisan kecil Audrey menangkap pendengaran aku. Aku mengatur langkah dengan lebih laju.
"Audrey minta maaf. Audrey tak sengaja tinggalkan Astrid. Apa-apa pun, Audrey akan ca-"
"TAK PAYAH! SEMUANYA DAH TERLAMBAT! VAM-"
Aku memotong kata-kata ayah dengan melangkah masuk ke dalam rumah Pack Gerald. Ibu, ayah dan Audrey terkedu melihat kehadiran aku di muka pintu.
"Astrid!" Audrey berlari ke arahku lantas menarik aku dalam pelukan. "Aku risau gila! Mana kau pergi?"
Dramatik betul dia ni. Aku baru hilang sekejap kot.
Tubuhnya aku tolak lalu aku tatap wajahnya yang memerah serta mata yang membengkak.
"Aku pergi library dengan Sofea je..." jawabku sambil memandang ibu dan ayah yang menayangkan wajah risau mereka. Ibu dan ayah selalu jadi macam ni. Aku balik lambat sikit je, nak salahkan orang lain sebab tak tengok-tengokkan aku.
Kadang-kadang aku rasa kesian kat ahli-ahli dalam rumah Pack Gerald ni. Setiap kali aku hilang sekejap, mereka kena tengking dengan ayah macam baru lepas melakukan jenayah.
Aku mengeluh dan menapak dekat dengan ayah yang berdiri di tepi sofa. "Ayah, Astrid dah 18 tahun, dah cukup besar untuk jaga diri sendiri. Astrid tak perlukan sesiapa untuk jaga Astrid 24 jam."
Ayah meraup wajahnya kasar sebelum memandang aku semula. "Ayah tak fikir yang 18 tahun cukup untuk Astrid jaga diri sendiri. Astrid masih anak perempuan kecil ayah."
"Tak cukup? 18 tahun tu lama tahu tak? Ayah sendiri cakap yang bila Astrid dah 18 tahun, Astrid boleh hidup bebas! Ayah kena tunaikan janji, bukan pandai buat aje!" Suara aku meninggi tanpa sengaja.
Ayah tergamam mendengar kata-kata aku. Begitu juga dengan ibu, dia menekup mulutnya. Mananya tak terkejut dengan tengkingan aku itu. Seumur hidup, aku patuh sahaja arahan mereka tetapi kali ini aku dah berani. Aku tak rasa takut lagi.
"Okay." Satu perkataan sahaja meniti di bibir ayah.
Rasa bersalah mula menyelubungi jiwaku kembali.
"Okay, ayah akan lepaskan Astr-"
Ibu menyampuk, "Darren, jangan!"
Ayah mengangkat satu jari kepada ibu, menghalang ibu daripada menyambung lebih banyak.
Mata ayah menikam tepat ke dalam anak mataku, penuh dengan harapan, dia berkata. "Ayah lepaskan Astrid,"
Mata aku sudah bersinar-sinar mendengar kata-kata ayah. Kalau ini mimpi, aku tak nak bangun .Aku harap ini adalah realiti.
Tak sabar aku ingin merasai kebebasan. Lepasni, aku boleh rancang plan nak memburu kat pekan lain macam Lakewood ke, Rosewood ke. Rusa kat sana banyak.
"Tapi dengan satu syarat..."
Bila ayah menyambung ayatanya, terus aku tolak tepi impian aku ingin ke Lakewood atau Rosewood. Berangan aje selagi mampu.
"Apa dia?" Namun, aku masih ingin mengetahu syaratnya. Kalau senang, adalah peluang aku bebas.
"Ayah hanya akan lepaskan Astrid lepas Astrid dapat mate sendiri."
Tak ada benda lain ke yang aku boleh buat dalam hidup ni selain dapatkan mate? Aku benci cari mate. Aku ni sudahlah tak laku. Campaklah kat lautan serigala jantan, tak ada sesiapa yang nak mengaku aku ni mate diaorang. Jual kat pasar malam pun belum tentu dapat untung.
Bila aku fikir balik, lelaki Alpha yang aku jumpa di awal parti tadi taklah teruk sangat. Mungkin aku boleh buat dia sebagai mate aku.
Tapi, aku masih tak tahu cara nak jadikan dia mate aku. Kena kongsi makanan ke untuk jadikan dia mate aku? Aku tak faham keseluruhan cerita tentang mencari mate ni, sebenarnya. Aku seekor serigala yang suci.
"Macam mana? Astrid setuju?"
Kalau kau jumpa mate, kau bebas. Itu yang kau nak kan. Setuju jelah! Bisik serigala aku.
"Baiklah, Astrid akan cari mate dan lepastu ayah kena tunaikan janji ayah, okay?" aku mengangkat kening sebelahku.
Ayah mengukir segaris senyuman dan mengangguk.
Serigala aku bersorak gembira kerana cita-citanya tercapai. Aku pun turut bahagialah lalu memeluk ayah. Ibu juga datang untuk meraih pelukan kami. Aku pelik kerana ibu tak banyak bercakap lepas ayah buat keputusan begitu.
Tapi, riak wajahnya tidak berubah. Masih penuh gusar dan risau. Entah kenapa dia perlu risaukan aku sangat. Aku tengok serigala lain hidup bebas dan bahagia sahaja selepas 18 tahun.
Lantaklah! Janji aku akan bebas!
SEBELUM tidur, aku akan melakukan rutin manusia aku iaitu mencuci wajah dan memberus gigi. Apa kau fikir serigala tak jaga kebersihan diri ke?
Rambut ikal mayangku diikat menjadi ala-ala ekor kuda tinggi. Mataku terpandang ke dua bintik pada tepi leherku. Bekas gigitan itu masih kekal di situ.
Aku tak faham kenapa aku ada bekas gigitan itu sejak kecil lagi.
Tangan aku menyentuh dua bintik itu dan mindaku mengimbas kembali saat-saat Zach membenamkan taringnya ke dalam kulitku, tepat sekali pada dua bintik pada leherku. Memang dia tanda siap-siap eh tempat nak ditanam taring?
Persoalan demi persoalan memenuhi ruang mindaku.
Siapa Zach sebenarnya? Perkara apa yang aku perlu selesaikan dengan dia?
Paling teruk, aku perlu hadap muka dia kat sekolah pagi esok.
Aku mengelengkan kepala aku, mengusir segala kekusutan. Berus gigi aku sapukan ubatnya sebelum memberus gigi aku.
Pili air aku buka untuk kumur. Selepas itu, aku kembali memandang pantulan aku di dalam cermin. Mata aku terus terbuntang apabila ternampak pantulan Zach dengan gigi taringnya yang diselaputi darah merah, berdiri betul-betul di belakang aku.
Jantungku bagai dipukul bertalu-talu. Apa yang dia buat kat sini? Macam mana dia boleh tahu rumah aku?
Bulu romaku naik apabila batang hidungnya mengusap tepi pipi aku. Seluruh tubuhku kejung, tidak menginjak. Mataku dipejam rapat dan berharap yang ini semua adalah mimpi.
"Astrid..." bisiknya dan aku terus membuka mataku. Dalam pantulan cermin, matanya liar melihat leherku, mencari nadi. Tolonglah, janganlah gigit aku buat kali kedua.
Aku hanya mampu mendesah apabila dia membuka mulutnya, menayangkan dua batang giginya yang tajam. Dia akan gigit aku.
"AHHHHH!!!" jeritku sambil tangan aku kelam-kabut menolak figuranya di belakang dengan mata terpejam. Entah ke mana tamparan aku ditujukan. Yang aku tahu, Zach jahanam tu mampos!
Pelik apabila aku tak dapat merasai anggota tubuh Zach. Lantas aku membuka mata aku dan mendapati Zach tak ada langsung di dalam bilik air. Aku menarik tirai pancuran air hujan.
Tak ada juga.Mana dia pergi?
Dah berambus agaknya.
Ataupun dia hanya ilusi aku? Itu yang aku baca dalam buku vampire.
Lepas kena gigit dengan seekor vampire, kau akan dihantui dengan ilusi dia selama-lamanya.
***
im pretty much hate myself for rewriting this crappy chapter.
guys, sejak aku tulis cerita ni, aku boleh rasa darah dalm mulut walaupun tak ada luka dalam mulut aku. pelik tho.
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampire[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...