19 : Gari

504 58 0
                                    

"Wakey, wakey, darling..." ayat itu menyebabkan aku terjaga daripada tidur. Penglihatan aku yang kabur melilau ke sekeliling. Aku bukan lagi di dalam bilik aku. Tangan aku pula dirantai oleh rantai besi. Terasa lenguh tu memang tak terhingga. Dah berapa lama aku tidak sedarkan diri?

"Gembiranya saya dapat jumpa awak. Awaklah yang saya nanti-nantikan." Ahli sihir itu berjalan menghampiri aku. Kepala aku masing berpinar-pinar memproses apa yang sedang berlaku.

"Dan juga awak, Zachary," mata aku terus beralih ke kiri apabila nama itu diseru. "Mak awak okay?"

"JANGAN KAU BERANI CAKAP TENTANG MAK AKU!" Zach yang turut terantai cuba ingin menyerang ahli sihir yang sengaja mengungkit kisah lama keluarga Zach.

"Easy, Zach. Aku cuma nak darah kau dan perempuan ni." Wanita itu berjalan ke meja yang dia menyimpan segala bahan menyihirnya itu.

"Kau dah dapat perempuan ni! Kau dah dapat aku! Sekarang lepaskan Eleonora!" tengking Zach lagi. Dia tak penat ke nak berlawan dengan perempuan sihir ni.

Tolonglah bagitahu nama ahli sihir tu siapa. Naratif aku panjang sangat dah ni.

Tawa ahli sihir itu tercetus. 

"Zach... Zach. Betapa bodohnya kau. Mak kau tak bagitahu kau ke yang Eleonora tu dah mati?"

"Mati?" Akhirnya aku bersuara dalam kekeliruan.

"Yeah, sekarang nama dia Astrid Gerald," ahli sihir itu melihat ke arahku dengan pandangan kurang menyenangkan.

OKAY, APA?

DIA NAK CAKAP AKU NI ELEONORA LOWELL?

"Buat pengetahuan kau, aku yang jadikan Eleonora tu seekor Hybrid."

"Keturunan vampire sepatutnya tak wujud. Jadi apabila mak kandung kau..." perempuan itu menunding jari ke arahku. "Dia langgar peraturan dunia sihir. Dia kahwin dengan vampire tak guna tu!"

Aku dan Zach saling berpandangan. Selama ni ibu bukan mak kandung aku? Aku ada mak lain?

"Aku sumpah anak ketiga yang dia lahirkan ialah seekor Hybrid, iaitu campuran vampire dan serigala jadian."

"Kenapa kau buat macam tu? Tu bukan pilihan kau untuk pilih siapa orang yang harus dia kahwin!" protes aku.

"Aku tahu mereka tak suka seekor Hybrid. Hybrid memang kejam tapi..." ahli sihir itu mengukir senyuman sinis. "Amat berguna untuk tambahkan kuasa aku."

Aku faham jalan ceritanya setakat ini. Cuma aku tak faham satu perkara.

"Kalau kau nak darah Hybrid, kenapa kau tak besarkan aku dari kecil? Baru sekarang ke aku ni berguna pada kau?" Tangan aku miang ingin menampar perempuan tak sedar diri ni.

"Tepat sekali, Eleonora. Kau memang bijak meneka. Saling tak tumpah dengan fikiran ayah kau." Jari telunjuknya menyentuh hujung hidungku. 

Eleonora bunyi macam nama orang tua. Aku tak suka nama tu. Tapi apakan daya? Itu nama asal aku.

"Zach, mak kau ada bagitahu tak yang kau pun ada darah Hybrid?" Kini, wanita itu berjalan ke kiri aku pula.

Zach hanya mampu menggeleng. Mak Zach memang seorang yang berahsia. Sampai anak sendiri pun tak tahu apa-apa.

"Dia dah bahagikan darah kau dan Eleonora supaya jadi seimbang. Tak adil kan kalau dia seorang jaga Eleonora dan dia tak dapatkan hak. Jadi, dia merayu pada aku untuk pindahkan secebis darah daripada Eleonora ke dalam tubuh kau. Aku bukkannya apa, kesian tahu tak? So aku bagi jelah. But..." 

"dia tak tahu yang sebenarnya dia sedang korbankan nyawa anak dia untuk aku. Aku sepatutnya bagi dia sekalung penghargaan tapi dah terlambat nak buat macam mana kan?" Sarakastik dari mulut wanita itu.

Di tangannya kini memegang sebilah pedang yang tajam dan satu botol bersaiz sederhana. Langkahnya diatur ke arah Zach sekali lagi

Hujung pedang tersebut sengaja diusap pada leher hadapan Zach. Zach tidak berganjak. Matanya hanya kekal memandang ahli sihir tersebut dingin. Dia ni dah tak sedarkan diri ke?

Ahli sihir tu nak bunuh kaulah Zach!

"Jangan bunuh Zach... please." Aku merayu dan kedua-dua mereka berpaling ke arahku.

"Kau nak aku bunuh kau dulu?" Pedang ahli sihir tersebut dihalakan ke arahku pula. Aku tak pasti sama ada ingin mengangguk atau menggeleng. Kalau dia bunuh aku dulu, maksudnya dia akan bunuh Zach juga lepas tu.

"Tak! Tak payah! Just bunuh aku dulu!" Zach cuba menarik perhatian ahli sihir itu semula.

"Zach, apa yang kau buat?" Berkerut kening aku menyoal Zach. 

"Kau, perempuan sihir, bunuh aku dulu!" Aku pula memanggil ahli sihir tu. Dia terpaling ke arahku.

"No, kau dengar sini, kau bunuh aku dulu. Pastu baru jahanamkan perempuan ni." Zach melirikkan matanya kepada aku.

Dan seterusnya berlakulah pertikaman lidah di antara aku dan Zach tentang siapa yang patut kena bunuh dulu. Sedar atau tidak, kami sedang memulaukan perempuan sihir tu.

"BERHENTI!" 

Jeritan ahli sihir tersebut membuatkan kami berdua senyap secara serentak dan berpaling ke arahnya. Tanpa menunggu, pedang di tangannya terus membelah bahagian hadapan leher Zach.

Mulutku terlopong. Sungguh terkejut dengan perbuatan selamba ahli sihir tersebut. Kemudian, dia menandahkan botol di leher Zach dan membiarkan darah itu mengisi botol yang kosong tadi.

Tiba-tiba tangan kananku yang digari disentuh oleh seseorang.Orang itu adalah Lucien.

"Lucien, pl-"

"Shush, diam. Aku explain kejap lagi." Bisik Lucien sambil cuba menanggalkan gari aku. Gari tersebut di bawah mantera ahli sihir perempuan tu. Mana boleh cabut guna tangan.

Lucien membaca jampi mantera di mulutnya dan secara automatiknya gari itu tercabut dan membuat bunyi besi berdeting yang kuat. Ahli sihir perempuan tersebut yang terdengar bunyi itu lantas terpandang ke arah kami.

Aku terus menarik tangan Lucien dan berlari keluar daripada kedai yang sebenarnya usang. Aik, tadi kat dalam bukan main cantik lagi.

"AH!" Desahan ahli sihir tadi menyebabkan aku dan Lucien menoleh ke belakang. Kini tangan ahli sihir itu pula yang telah digari oleh Zach dan Sofea di hadapan pintu kedai tersebut.

Kejap, bukan ke Zach dah mati tadi? Dan sejak bila pula Sofea boleh sampai sini?

***

wifi kena potong. sebab tulah update lambat sikit. guys, the last chapter is the next chapter. hope you guys happy with the ending later :)

Hybrid Yang Hilang ✔Where stories live. Discover now