Alpha tersebut menarik aku masuk ke dalam hutan namun aku asyik menoleh ke belakang, melihat jasad Zach yang terbaring di atas tanah. Kalau orang nampak macam mana? Aku tak boleh tinggal dia terbiar macam tu je.
"Astrid, jangan ikut lagi daylighter tu lagi." Alpha tadi berhenti di tengah-tengah hutan dan melepaskan pegangan pada tanganku.
Mata aku masih lagi tertumpu pada jasad Zach yang berkemungkinan 200 langkah jauhnya. Tetapi dengan penglihatan Omega campur vampire yang aku miliki, aku boleh jasad itu dari tempat aku berdiri.
Zach ialah seorang daylighter? Aku ingatkan dia boleh berada di bawah cahaya matahari sebab dia ada cincin atau rantai keluarga dia. Rupa-rupanya dia ialah seorang daylighter yang lahir 15,000 tahun dahulu.
Wow, tak sangka dia awet muda.
Macam mana aku boleh tahu daylighter lahir bila? Jawapannya ialah sebab dari kecil lagi aku berminat dalam dunia vampire lebih daripada dunia serigala jadian.
Aku dah habiskan beratus buku semata-mata untuk selidik tentang vampire. Entahlah apa yang menarik perhatian aku tentang dunia mereka tetapi, sebahagian diriku ingin mempelajarinya.
Sekarang, ilmu itu sangat berguna.
"Astrid, dengar tak aku cakap apa ni?" Suara dominan Alpha tersebut menyentak lamunan siangku. Pantas saja aku menoleh ke arahnya.
"Sorry," gumamku perlahan. "Ya, aku dengar apa yang kau cakap."
Walaupun aku faham dengan kata-kata Alpha tersebut, itu tak bermaksud yang aku akan patuh dengan arahannya. Lagipun, dia bukan mate aku untuk suruh buat benda yang aku tak nak buat. Aku masih ada kebebasan untuk buat keputusan sendiri.
"Dengar sini, mulai sekarang aku akan ikut ka-"
Aku terfikir tentang sesuatu lantas memotongnya.
"Kejap, apa nama kau?"
"Isaac."
Isaac. Kalau sebut nama tu dalam bahasa Spanish lagi sedap dipanggil.
"Aku tak pernah nampak kau dalam Pack Gerald. Kau budak baru ke?" Sengaja aku menyimpang dari topik asalnya. Aku tahu yang dia mula nak beri hujah yang ayah sudah berbuih mulut menasihati aku.
Isaac mengusap belakang lehernya. "Eh, taklah! Ayah aku dah lama satu pack dengan kau. Cuma kami tinggal di Lakewood dulu. Sekarang, ayah aku decide nak stay sini dan tolong ayah kau," cerita Isaac, panjang lebar.
Aku mengangguk-angguk. Budak Lakewood rupanya. Bolehlah sekali sekala aku mengajaknya ke sana untuk memburu.
"Tolong ayah aku untuk apa, actually? Aku tak rasa yang Pack Gerald bermusuh dengan sesiapa sekarang."
Pack Gerald sudah menakluk dan menguasai hutan itu. Tak puas hati dari mana-mana pack pun, mereka tidak boleh nak lawan kekuatan ahli Pack Gerald yang ramai. Tak tahulah pulak kalau ada pihak lain seperti ahli sihir atau vampire yang tak puas hati dengan pack kami.
"Ayah kau suruh aku jadi pendamping kau."
Dah agak. Mate atau dalam bahasa Melayu bakunya bermaksud pendamping. Pendamping berfungsi untuk melindungi pasangannya.
Isaac lindungi aku daripada Zach tadi. Maksudnya, dia dah jadi mate aku sekarang? Semudah itukah proses memiliki pendamping?
"Serious ke kau mate aku?" Wajahku cemberut, tidak percaya.
Aku tidak puas hati kerana aku tak pernah mintak untuk ada mate seumur hidup aku. Macam keajaiban pula bila Isaac datang tiba-tiba dan dia diberi gelaran menjadi mate aku.
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampir[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...