15 : Pelarian

502 71 6
                                    

Aku ingatkan dah mampus aku kerjakan ahli sihir ni semalam. Tak sangka hidup lagi. Selamatkan aku pulak tu.

Tiba-tiba terasa terhutang budi dan bersalah kerana menghisap darahnya tanpa kebenaran.

"Tasha..." Kai tergamam melihat adiknya yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Pisau yang terapung tadi jatuh ke atas lantai menyebabkan aku terlompat sedikit.

"Aku okay, Kai. Just jangan bunuh budak ni," Tasha menggelengkan kepalanya. "Not yet."

"Hey, kita dah bual deal!" Sofea yang berdiri di belakangnya berkata. Woah, deal apa?

"Relaks, Sofea. Aku bergurau aje." Gelak Tasha selamba sambil berjalan ke arahku untuk mengambil pisau di atas lantai tadi.

"Kau, vampire kecil..." dia mengusap pipiku dengan menggunakan hujung pisau yang tajam. "Jangan main dengan benda tajam. Bahaya."

Kenapa aku mesti digelarkan sebagai kecil? Serigala kecil? Vampire kecil?

Kecil hati aku!

"Tasha bagi nasihat kat orang? Pecah rekod." Ivan yang tiba-tiba muncul dari ruang dapur menyandarkan dirinya pada dinding. Kagum melihat kakanya.

"Hai, Ivan!" Tasha menegur Ivan mesra. Kemudian, matanya merayau ke sekeliling. "Family reunion.Bunyi macam seronok."

***

Aku tak terlibat sangat dalam perbincangan diorang jadi aku pergi ke dapur untuk kemas-kemas apa yang patut. Tetapi aku masih tak puas hati kerana aku nak minum darah seseorang yang segar. Aku juga tak puas hati sebab tak berbual dengan Sofea.

Aku nak tahu apa agenda dia kawan dengan aku selama ni. Untuk korek rahsia aku? Untuk masukkan aku dalam perangkap Zach? 

Aku mengelap pinggan terakhir sebelum menyusunnya di dalam almari kabinet. Tiba-tiba Ivan muncul di dapur sambil merenung aku beserta senyuman nakalnya itu.

"Apa?" Aku menyoalnya sambil duduk di atas kabinet dengan selamba .Aku dah buat macam rumah aku sendiri pulak.

"Tak bosan ke kau duduk sini?" Ivan menghampiri aku sambil meneguk minuman di tangannya.

Aku menggelengkan kepala sebagai jawapan. Kenapa Ivan datang sini? Bukan ke sepatutnya dia terlibat dalam benda family reunion ni?

"Nak keluar?" tanyanya lagi.

"Pergi mana?"

"Cari makan."

Aku menelan air liur mendengar rancangannya. Dahaga memang dahaga tetapi aku kena berhati-hati juga dengan vampire asli ni. Dia boleh perangkap aku.

"Duh, kau baru je makan. Tak kenyang lagi ke?" Aku memberi alasan untuk menolak penawarannya.

"Tadi dinner, sekarang supper." 

"Kalau kau nak pergilah sendiri. Aku dah kenyang." Kepalaku digelengkan.

"Kau nampak baru. Tak nak ke pengalaman minum darah segar? Darah segar lebih sedap daripada darah simpanan dalam peti sejuk tu." Ayatnya seakan cuba menghasutku. Tekakku menelan liur, hanya mampu membayangi rasa cecair tebal itu mengalir dalam kerongkongku. What a pleasure! 

"Kalau kau tak minta maaf pada aku, aku takkan ikut kau." Sengaja aku mengusiknya.

"Kenapa aku perlu minta maaf pada kau?" Sebelah keningnya terangkat.

Hybrid Yang Hilang ✔Where stories live. Discover now