11 : Pergaduhan

535 62 2
                                    

Astrid

Apabila aku bangun pagi esoknya, hujan turun dengan lebat sekali. Baru aku rancang untuk pergi melawat rumah ahli sihir di Cassia tetapi cuaca pula tidak mengizinkan.

Aku membuka laci almari di sebelah katilku dan mencapai paket darah semalam. Walaupun dahaga, aku cuba minum dengan penuh beradab.

Bukannya minum seperti Feral yang ganas dan tidak bertatatusila.

Aku menyedut darah itu melalui penyedut yang bersambung dengan paket itu. Sebenarnya, cara ini lebih mudah daripada koyak paket tu dan minum dengan gelojoh.

Pagi-pagi macam ni selalunya aku akan minum susu tetapi selera itu hilang macam tu je lepas malam kejadian Hybrid. Aku harap semua yang terjadi ini semuanya mimpi.

Tetapi setiap kali aku kembali ke realiti, aku tak dapat nafikan lagi yang aku bukan normal dalam kalangan Pack Gerald.

Kejadian semalam membuka fikiran aku tentang dunia vampire yang lebih luas. Apalah yang terjadi pada Tasha selepas aku tinggalkan dia dengan Zach semalam.

Knock! Knock!

Dengan gelabahnya aku menyorokkan paket di tanganku ke bawah bantal. Tiba-tiba pintu itu terbuka dan susuk tubuh Audrey berdiri di muka pintu.

"Morning, cousin." Audrey mengukir segaris senyuman sambil menutup pintu. Punggungnya dilabuhkan di birai katilku.

Bibir kekok mengukir senyuman normal sebaik mungkin. Mengingatkan kejadian di tandas semalam, aku hilang kepercayaan pada Audrey. Tiba-tiba aku rasa ingin menjauhkan diri daripadanya. Takut jika dia akan menyakiti mental aku lagi.

Hanya dia yang tahu aku ialah seekor Hybrid. Sekarang dia datang tanpa bersuara banyak. Hanya mata mengimbas segenap ruang bilikku dengan penuh teliti, cuba mencari sesuatu. Ada sesuatu yang tak kena dengannya.

"Ada apa kau datang?" Akhirnya, pertanyaanku memecahkan hening.

"Tak ada apa pun," dia kembali memandang aku. "Aku cuma nak cakap terima kasih sebab bagi aku jumpa Isaac buat kali kedua."

Oh, buat takutkan aku je dia ni.Aku menghembus nafas lega mendengar jawapannya.

"Yeah, sure. Tak ada masalah." Entah mengapa, aku tak mampu berbual dengan Audrey dengan mesra seperti selalu. Sejak semalam, aku sudah anggap dia pihak lawanku.

Perlu ke Audrey pura-pura jadi baik lepas ugut untuk beritahu ayah dan ibu tentang kejadian aku sebagai Hybrid.

"Ada darah kat mulut kau," tegur Audrey sambil telunjuknya dihalakan ke bibirnya. Segera belakang tangan aku mengesat baki darah di mulutku.

"Sebenarnya, aku nak minta maaf kat kau tentang semalam. Salah aku juga yang kau tak jumpa mate." Audrey menatapku. Setiap butir bicaranya lembut. Kedengaran ikhlas di telingaku.

Betul ke ni, Audrey? Cepat betul egonya turun.

Keluhan kecil terlepas daripada mulutku.

"Audrey, aku okay jelah. Lagipun, aku memang tak nak jumpa mate. Isaac tu kau punya, so chill." Aku mengangkat bahu tetapi pandangan Audrey terhadapku tidak berubah. Audrey masih dengan riak serba-salahnya.

"Kau tak faham, Astrid. Kalau ahli sihir tahu yang kau masih hidup, diorang akan ambil kau!" Audrey menggenggam tanganku penuh cemas.

"Apa kaitan aku dengan ahli sihir?"

"Kau bukan hanya seekor Hybrid yang terjadi sebab gabungan serigala jadian dan vampire," ucap Audrey.

"Kau disumpah."

Hybrid Yang Hilang ✔Where stories live. Discover now