Astrid
Motel Casavilla nampak normal seperti biasa apabila aku tiba di sana. Cuma satu benda yang pelik. Ada sebuah kereta lain yang terparkir di hadapan bangunan tersebut. Mungkin Zach baru beli kereta.
Tanpa menunggu, aku terus masuk ke dalam lif dan menekan butang tingkat dan bilik Zach tinggal. Lif Motel Casavilla ni berteknologi tinggi sebab boleh bawa orang ke bilik yang ingin mereka tujui serta-merta.
Tapi sayangnya, vampire tak suka guna lif. Diaorang lebih prefer terbang ke bilik tu terus.
Tingg!
Bunyi lif berdeting dan pada waktu yang sama pintunya juga terbuka. Asal orang kat meja makan tengok aku macam aku ni penjenayah yang terlepas dari penjara. Aku datang sini nak selamatkan nyawa orang la.
Zach meletakkan gelasnya ke atas meja dan berjalan dengan pantas ke arah aku.
"Astrid, sekarang aku ada dinner. Boleh tak kau datang kejap lagi?"
Dahiku berkerut. "Macam mana dengan kawan kau?"
"Ah, dia-"
"Zach, kau tak bagitahu pun kita ada tetamu istimewa..." seorang lelaki berpakaian formal datang dari belakang Zach.
Zach menggulingkan matanya menyampah sementara lelaki tadi menghulurkan tangannya untuk berjabat denganku.
"Kai Lowell, original vampire," dia menarik aku keluar daripada lif.
"Astrid Gerald, a H—"
"Astrid, kita catch up nanti, boleh?" Zach memotong kata-kataku dengan pantas.
"Tak wajar kita berkelakuan tak sopan bila ada tetamu datang. Apa kata kita jemput dia makan sekali?" suara Kai jelas sekali menyindir Zach. Macam bermusuh aje diorang dua ni.
Tak mahu menambahkan tegangan situasi, aku pun bersetuju dengan Kai. Dia meraih tanganku ke meja makan dan menarik sebuah kerusi untuk aku duduk.
Ada dua orang lelaki yang duduk bertentangan denganku. Kalau yang perkenalkan diri tadi namanya Kai, lagi dua ni mesti Ivan dan Lucien. Macam tak percaya je aku sedang berhadapan dengan vampire asli sekarang ni.
Apabila aku pandang gadis di sebelahku, mata aku terus terbuntang. Aku fikirkan Natasha tetapi ia lebih jauh berbeza daripada jangkaan aku.
Sofea cuba untuk tidak membuat pertembungan mata denganku. Oh, selama ni dia dengan Zach ada hubungan lain. Bukannya sekadar lab partner.
Nak marah sekarang tak boleh. Jadi lebih baik aku berdiam diri dulu. Mungkin Sofea ada penjelasannya sendiri selain daripada melakukan homework.
"Astrid, kau tinggal sini ke?" soalan pertama diajukan kepada aku oleh Kai.
Aku pandang Zach kerana tidak pasti untuk memberi jawapan yang sepatutnya. Adakah aku perlu berbohong atau jujur? Sebenarnya aku pun tak tahu apa permainan yang Zach sedang bermain sekarang.
"Astrid datang untuk ambil stok darah, tu aje. Sebab tulah aku tak jemput dia untuk sertai dinner kita." Zach menjadi pengganti bagi menjawab soalan aku. Aku risau ingin memberi sebarang jawapan. Manalah tahu Zach ada muslihat lain dengan keluarga Lowell.
Kai hanya mengangguk-angguk dengan muka ketatnya. Malas bertikam lidah dengan Zach di hadapan aku agaknya.
"Kau tahu tentang kehilangan Eleonora Lowell, kakak aku?" soal lelaki berambut coklat keperangan yang duduk bertentang denganku.
"Oh come on, Lucien! Kenapa kau tanya soalan peribadi keluarga kita?" lelaki di sebelahnya pula mencelah.
"Tak semestinya budak Astrid ni tahu. Tengok muka dia pun macam pandai tak pandai aje tentang vampire."
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampir[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...