Astrid
Selepas pergi memburu bersama Isaac, aku mengajaknya ke rumah Pack Gerald. Banyak jugalah rusa yang dapat aku ratah bila memburu bersama Isaac. Serigala aku dah kenyang tak terkira. Vampire aku pulaklah yang mengada.
Penatnya jadi Hybrid! Kena puaskan dua-dua baru boleh hidup tenteram.
Setibanya kami di hadapan rumah, kelihatan ayah sedang mengasah sebatang anak panah di atas tangga anjung. Rajin betul ayah aku ni.
Ayah terus mengangkat wajahnya apabila menyedari kehadiran aku dan Isaac di hadapannya.
"Isaac!" panggil ayah dengan teruja seraya mengangkat punggung untuk berjabat tangan dengan Isaac. Anak panah dan pisau di tangannya tadi diletakkan di atas lantai anjung.
"Ya, saya lagi." Isaac berbisik hambar kepadaku. Kami berdua mempercepatkan langkah mendekati ayah. Aku sengaja melingkari tanganku dengan Isaac untuk buat nampak mesra.
"Kamu berdua dah jumpa. Baguslah!" kata ayah sambil menepuk-nepuk bahu Isaac. Matanya tertancap pada pegangan tanganku pada Isaac.
Isaac memberi senyuman plastik kepada aku. Mesti ayah fikir Isaac ni mate aku. Apalah reaksi dia kalau dia tahu semua ini satu penipuan sahaja
"Isaac nak join dinner kami?" soal ayah kepada Isaac. Baiklah, aku bersedia untuk dipalau.
Aku membiarkan mereka berdua di luar manakala aku masuk ke dalam rumah. Aku mencampakkan beg aku di atas sofa.
Tekak aku menelan air liur menangkap bau darah. Gila tak lapar. Dari pagi tadi kot aku tahan daripada tak minum darah sesiapa.
Jap, kalau minum darah sendiri, agaknya hilang tak rasa dahaga tu?
Nak cubalah. Kalau tak menjadi, boleh masukkan aku ke dalam sekolah kebodohan.
Aku masuk ke dalam bilik air berdekatan dan mengunci pintunya. Aku mengeluarkan taring aku dan mengigit kulitku sehingga saluran darah aku bocor di pergelangan tangan. Aku menekupkan mulutku pada pergelangan tanganku yang mengalirkan darah tanpa henti. Aku menghisapnya rakus.Namun, aku masih terasa dahaga.Tak berfungsi ke cara aku ni?
"Apa yang kau tengah buat?" tanya Audrey yang baru sahaja keluar daripada tab mandi di sebalik tirai plastik. Aik, aku tak dengan bunyi air pancuran pun tadi.
Aku segera menyorokkan tangan aku di belakang.
"Mana...mana ada aku buat apa-apa.." aku menggelengkan kepalaku sambil wajahku cuba mengawal kegemuruhan. Bibir aku dibasahkan, takut jika ada sisa darah melekat di sekeliling mulutku.
"Kau dah jadi Hybrid, betul tak?" Audrey semakin merapati aku.
Memang tak boleh nak nafikan lagi yang dia dah nampak aku hisap darah tadi. Otak aku terus kosong nak fikir alasan lain.
Aku menggelengkan kepala aku berulang kali untuk menafikan tanggapannya. Terkumat-kamit mulut aku buka tutup, tidak tahu ingin mengeluarkan sebarang perkataan.
Audrey menepuk tangan sekali.
"Betul..kau memang Hybrid!" katanya dengan teruja bercampur terkejut sambil mengundur diri daripadaku.
Aku berhenti menggeleng dan mengeluh apabila menyedari diri ini tidak mampu untuk menutup kebenaran. Lambat-laun nanti dia tahu jugak.
Tapi, ada satu cara yang aku boleh buat supaya dia lupa yang situasi ini pernah berlaku.
"Sumpahan tu betul!" katanya lagi sambil berjalan ke hulu ke hilir.
"Sumpahan apa?" Kening aku hampir bersambung. Audrey berhenti berjalan dan memandang aku.
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampiros[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...