Astrid
"Tasha, aku tak expect kau akan datang sini." Tiba-tiba suara Zach didengari dari belakang aku. Dia berjalan dengan kelajuan vampirenya ke arah wanita yang digelar olehnya sebagai Tasha.
"Well, aku tak perlukan kad jemputan untuk datang sini," ejek Tasha sebelum wajahnya berubah serious dan mencekik Zach dengan satu tangannya.
"MANA ADIK AKU?"
Aku melangkah ke hadapan untuk menghampiri Zach namun ada aliran magis yang menyakitkan kepala aku.
"AH!!" desahku dalam kesakitan. Tanganku spontan naik, memegang kepala aku yang berdenyut-denyut.
"Lepaskan perempuan tu!" suara Zach tegas memberi arahan kepada Tasha. Kepala aku bertambah dengan tekanan dan kali ini aku terasa cecair suam mengalir keluar daripada hidungku.
Darah. Dasar ahli sihir jahanam.
"Aww, sayang girlfriend rupanya!" Mengilai Tasha ketawa mengejek. Dari ekor mataku, Tasha masih mencengkam leher Zach kuat, tiada isyarat yang dia akan lepaskan lelaki itu tanpa jawapan yang dia mahu.
"Kalau kau nak perempuan tu hidup, baik kau bagitahu mana adik aku!"
"SEKARANG!" jerit ahli sihir itu bergema. Tekanan dalam kepalaku makin ditambahnya menyebabkan aku suntuk untuk mencari jalan penyelesaian. Nak bergerak apatah lagi, tak mampu.
"Aku... ttt... tak... ad... da... dia..." nafas Zach tersekat-sekat. Kerongkong pasti sempit tanpa oksigen melaluinya. Aku merangkak ke arah mereka dengan lebih dekat apabila kesakitan di kepala sedikit berkurangan
Tasha pun tak perasan apabila sibuk menghamburkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan Zach. Dia boleh buat lawak tentang mak Zach yang telah mati. Tapi aku nampak Zach tak menjawab apa-apa.
Yelah, nak jawab apa bila kau dah kena cekik. Nak keluarkan suara pun tergagap.
Aku mengambil pasu kaca yang berada di atas meja di tepi sofa dan mencampakkannya ke arah Tasha.
"AHHHHHH!" Tangannya terlolos daripada memegang leher Zach. Telapak tangan Tasha meraba wajahnya yang ditusuk cebisan kaca yang aku baling tadi.
Ambil kau! Macam itulah rasa sakitnya bila kau sakitkan hati Zach.
Dengan menggunakan kelajuan vampire, aku menolaknya sehingga dia terbaring ke atas lantai. Aku mengambil peluang itu untuk menyengetkan kepalanya lalu membenam taring aku ke lehernya.
Bila aku marah, aku memang lapar.
AKU bangun daripada tubuh Tasha selepas menikmati darahnya yang lazat.
Aku menoleh ke belakang dan melihat Zach sedang mengusap-usap lehernya yang berbekas cengkaman Tasha tadi.
Langkah aku diatur ke arahnya tetapi dia semakin menapak jauh daripadaku. Dia nampak marah tetapi dia tak nak hamburkan kemarahan dia terhadapku.
"Pasu tu bernilai 16 juta," ujarnya.
Serious ke dia nak marah aku sebab pasu kaca tu? Macam bodoh aje.
"Aku dah selamatkan nyawa kau dan kau masih fikir tentang pasu 16 juta tu? Tak ada ke 'terima kasih' untuk aku?"
Zach mengeluh dan menoleh ke belakang untuk memandangku.
"Terima kasih, Astrid." Maafnya berbunyi terpaksa tapi aku tidak mengendahkannya sahaja. Faham sangat dengan ego Zach. dengan terpaksa.
YOU ARE READING
Hybrid Yang Hilang ✔
Vampiros[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ia...