Episode 1

502 15 0
                                    

Xelion, sebuah bandar yang terletak di bahagian utara negara Betholpe, antara bandar yang terkenal dengan sejarah silamnya, ramai adventurers dan bangsawan termasyhur menetap di situ.

Hal ini adalah kerana di situ terdapat banyak Dungeons dan sumber pendapatan yang besar boleh diperolehi oleh mereka.

Ramai adventurers dari negara luar datang ke Xelion untuk mencari kekuatan mahupun kemewahan kerana Xelion dikenali sebagai bandar The Mother of Dungeons.

Xelion juga mempunyai pemandangan yang indah dan cantik membuatkan ramai pengunjung singgah ke bandar itu.

Hal ini juga menjadikan bandar Xelion tempat strategik untuk membuka perniagaan.

Di kawasan perniagaan bandar Xelion, terdapat pelbagai jenis kedai yang boleh dikunjungi antaranya, kedai makan, kedai pakaian, kedai kecantikan, kedai aksesori dan yang paling ramai kedai dikunjungi adalah kedai menjual senjata dan perisai.

Laluan jalan ke kedai-kedai tersebut sungguh sesak dengan orang yang sedang sibuk membeli dan bunyi riuh rendah yang datang dari penjual yang sedang menarik perhatian pelanggan.

Pelbagai jenis senjata, baju perisai, ubat - ubatan(potions) yang tergantung atau dipamer sepanjang laluan itu.

Setiap harga dan pembuat(blacksmith/maker) equipment adalah berbeza mengikut spefikasi dan materials yang digunakan.

Kedai yang terkenal di situ antaranya The Old Geezer Shop, The Beauty of Maslin dan The Dwarf. Ramai pelanggan keluar masuk dari kedai - kedai tersebut untuk melihat dan membeli barangan.

*Sigh* "Ah..." Kelihatan seorang Nun/Sister sedang mencari sesuatu tetapi setiap kali keluar dari kedai reaksi mukanya berubah hampa kerana barang yang dicarinya tidak dijumpai.

Hampir kesemua kedai yang terdapat di situ telah dia singgah namun hasilnya tetap sama sehinggalah gadis itu berada di hadapan kedai yang paling hujung laluan tersebut.

Kedai yang baru sahaja buka tetapi di hadapannya telah dipenuhi dengan ramai pelanggan.

*Observe* "...." Gadis tersebut melihat seorang lelaki tampan, berambut putih paras bahu, berbadan kurus dan berpakaian sederhana sedang memanggil pelanggan sambil mengukirkan senyuman.

Senyumannya yang manis dan kata-katanya yang menarik membuatkan ramai gadis perhatikannya dan ramai pelanggan terpaut dengannya.

Gadis itu menyisip di celah - celah pelanggan lalu berdiri di hadapan lelaki itu.

"Haaaaaaa.....yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat yang rapat mari beli. Barang baik sudah sampai. Datangnya dari dungeon level atasan, level bawahan, penjuru dunia, nyatakan tempat anda semua pasti ada di kedai saya. Abang-abang, kakak-kakak, jangan malu jangan segan, mari singgah. Haaa....yang tengok dari jauh tu..takkan tengok je bang. Marilah sini survey barang buatan saya. Kalau taknak saya punya, ex-adventure pun ada, tapi ini barang secondhandlah. Equipment yang dipakai oleh the 5 heroes pun saya ada. Bukan barang tipu abang-abang, ini semua barang original. Jangan panggil saya Haru The Greatest Merchant kalau saya jual barang tipu."

"Kedai ni mesti jual barang tu." Kata gadis itu sambil berjalan ke arah pintu masuk kedai namun belum sempat kakinya melangkah dia telah ditolak dan diasak oleh para pelanggan sehingga dia berada di belakang.

"Yaaah..." Gadis itu cuba untuk masuk tetapi gagal kerana terlalu ramai orang dan juga tubuhnya yang kecil.

"Yaaaaaah..." Berkali - kali dia cuba untuk masuk ke dalam kedai tersebut namun hasilnya tetap sama.

*Sigh* "Ah..." Gadis itu mengeluh, dia membuat keputusan untuk menunggu keadaan reda.

2 hours later.

Keadaan semakin reda, ramai pelanggan telah keluar dari kedai tersebut sambil membawa barangan yang dibeli seperti pedang, baju perisai, kapak, dan macam - macam lagi.

"Murahlah kedai sini. Barang dia semua barang baik - baik. Mana nak dapat kat tempat lain."

"Itulah aku cakap, nasib baik kau sempat beli. Kedai ni tak selalu buka tapi sekali buka, berduyun - duyun orang datang beli. Nanti kita datang lagi."

"Murah harga pedang dia, 150 Gals, berkualiti pula tu."

"Betul lah kata isteri aku, carpets second pun dia ada jual."

Kedengaran suara pelanggan - pelanggan memuji kedai itu.

Tanpa membuang masa lagi gadis menuju ke pintu masuk kedai tersebut untuk membeli barang yang dicarinya, dia berasa yakin bahwa kedai itu ada menjualnya namun belum sempat dia masuk pintu telah ditutup dan tanda CLOSE digantung.

"Haaa?" Malang buat gadis itu kerana kedai tersebut telah tutup. Dia mengintai dari luar melalui cermin yang tertulis Haru The Greatest Merchant.

Dia melihat tiada apa - apa lagi barangan di dalam kedai tersebut yang tadinya penuh dengan pelbagai jenis equipment dan items yang tersusun di dalam rak dan almari.

*Sigh* Dia kemudian melihat laluan kanan dan kirinya, semua kedai telah dia kunjungi. Dia meneruskan perjalanan menuju ke tempat berehat yang berdekatan lalu duduk bersebelahan dengan air pancut.

Dia melihat beberapa buah keluarga sedang berehat di bawah pokok, adventurers yang lalu lalang dan pelanggan yang sedang makan di kedai makan tepi jalan lantas perutnya berbunyi.

"Lapar, tapi barang tak jumpa lagi."

Niat di hatinya ingin meneruskan pencarian tetapi apakan daya, dia kelaparan.

Gadis itu membuat keputusan menuju ke kedai makan di dalam bangunan Guilds.

Sesampainya disitu, dia menuju ke meja makan yang berdekatan dengan tingkap dan duduk berhadapan dengan seorang gadis muda sambil memesan makanan.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now