༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
BAB 1
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
Pagi yang tenang di Mirae High School. Namun mulai riuh apabila pengumuman tentang keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah dikeluarkan.
Semua pelajar terburu- buru menuju ke papan notis untuk melihat kedudukan mereka didalam tingkatan.
Namun tidak dengan seorang gadis bernama Kang Nia. Dia hanya mengemam lolipop berperisa strawberry miliknya dan berjalan perlahan ke arah papan kenyataan.
Pelajar-pelajar lelaki yang melihat Nia, mulai ketepi, memberi laluan untuk gadis itu.
Pelajar-pelajar perempuan pula hanya menjeling dan buat tidak endah.
Nia melihat senarai nama mulai dari atas, iaitu nombor satu dan mulai turun,
Turun ㅡ
Dan turun lagi ㅡ
Sampailah muncul namanya dan dia meloncat gembira. Dia nyaris terpeluk seorang budak lelaki yang bernama Kim Mingyu akibat rasa gembira yang membuncah.
Dia menepuk pipi Mingyu tanda minta maaf dan bergegas meninggalkan kawasan itu, menuju ke kelasnya.
Mingyu yang dipeluk oleh Nia nyaris pengsan namun dengan segera di sambut oleh rakannya, Minghao.
"Sumpah untung duh kau kena peluk dengan princess Nia! Memang confirm kau takkan basuh baju ni!"
Pelajar lelaki mulai berkerumun mengelilingi Mingyu yang masih lemas akibat kejadian tadi.
Sementara Nia, yeoja itu dengan gembira masuk kedalam kelasnya dan memeluk rakan karibnya, Eun bi.
"Waaah beruk ! Gembira nampak ! Kau dah tahu keputusan kau ke?"
Dengan gembira dan teruja, Nia mengangguk. Dia tidak memperdulikan nama panggilan rakannya itu.
"Ahhhh ! Aku gembira gila ! Kedudukan aku meningkat!"
Eunbi membalas pelukan Nia. Pelajar lelaki didalam kelas diam-diam memerhatikan Nia, dan ada yang terang- terangan menangkap gambarnya yang tersenyum.
"Baguslah! Balik nanti kita celebrate dekat KFC nak?"
Nia mengangguk. Dia membelai rambut perangnya yang panjang dan sekali-sekala membalas senyuman pelajar lelaki yang dari tadi menatapnya.
"Eh tapikan.. kau dapat nombor berapa?"
Nia menoleh ke arah Eunbi yang mengeluarkan buku dari begnya.
"Hehe aku dapat nombor 267 dari 270 ! Wah ! Aku tak sangka kedudukan aku naik ! Tak apa, nanti aku belanja kau puas-puas dekat KFC nanti okay?"
Eunbi nyaris tersedak air liurnya sendiri apabila mendengar kata-kata polos Nia.
Eunbi tak tahu nak ucap tahniah ke atau menangis meratapi betapa bodoh dan naifnya rakannya itu.
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
Kang Nia, gadis yang ada segalanya,
Kecantikan,
Kebaikan hati,
Dan
Kekayaan,
Namun Tuhan menciptakan setiap manusia mempunyai kekurangan,
Dan Nia hanya kurang satu,
Kekurangan kebijaksanaan.
ATAU lebih tepatnya, kebodohan yang melampau dan naif.
Dia tidak tahu ramai yang berkawan dengannya hanya kerana rupa dan kekayaannya.
Dia tidak tahu lelaki di sekolahnya menatapnya dengan pandangan menembus, memimpikan Nia dimalam hari.
Dia tidak tahu apa itu pengkhianatan, kepura-puraan,
Dan bagaimana keras dan kejamnya dunia luar.
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
"Kau nampak lelaki yang tengah baca buku tu?"
Eunbi menoleh ke belakang dan matanya melihat seorang lelaki yang sebaya mereka sedang membaca buku sambil memakan mee segera.
Pakaian lelaki itu amatlah menyakitkan mata,
Dengan cermin mata tebal yang nyaris menutupi separuh dari wajahnya,
Rambut warna hitam yang dibelah tengah dan menutupi dahinya.
Dan Eunbi boleh melihat pendakap gigi yang dipakai lelaki itu ketika lelaki itu mengunyah ramen.
Dengan pantas Eunbi memandang ke depan kembali, mengerutkan dahi ke arah Nia.
"Ha kenapa?"
Dengan wajah penuh sinar dan senyuman lebar penuh pujaan, Nia berkata,
"Aku rasa aku suka dia lah!"
"HA?! "
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
TBC / END
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Huwaaa banyak kali dah aku cari idea untuk cerita hobi tapi tu lah memang susah! Borahae 💜✨]
YOU ARE READING
INSINCERITY [S1&2] | 정호석
FanfictionHanya kisah seseorang yang jatuh cinta pada orang yang salah. [JUNG HOSEOK BTS FANFICTION] Inspired by ; HANN ㅡ G ( IDLE) Publish : 10 September 2018 Tamat : 30 November 2018 ☆ Warn : Drama PERINGATAN PENTING : 1. Baca apabila ada waktu lapang saha...