I ; Thirty ✍

1.6K 306 82
                                    

Nia tersenyum,

Senyuman yang teramat sinis.

Yeoja itu mengelengkan kepalanya lalu berjalan meninggalkan Hoseok yang masih terdiam.

Nia bertembung dengan Jessi yang menanyakan jika dia sudah menghantar pesanan ke meja 1007 dan Nia hanya mengangguk.

Keadaan kelab menjadi lebih riuh dan padat kerana hari yang sudah memasuki waktu pagi. Nia menghampiri Sungjae yang sedang berbincang dengan seorang pelayan lelaki. Yeoja itu dengan selamba duduk di pangkuan Sungjae, mahu lelaki itu memberikannya perhatian.

Dan berjaya. Sungjae menghentikan perbualannya dan menatap Nia dengan kening terangkat, pelik namun memahami Nia yang memang manja. Lelaki itu membelai rambut yeoja itu sementara Nia hanya bermain dengan cawan kecil yang berada di meja.

Pelayan lelaki yang tadinya berbual dengan Sungjae sudah lama angkat kaki, tahu yang dia akan menganggu privasi pasangan itu

Sungjae memeluk pinggang Nia dari belakang, menyembunyikan wajahnya ke leher jenjang Nia. Nia hanya membiarkan. Fikirannya mulai serabut.

Tanpa berfikir panjang, Nia menuangkan air dari botol wain ke dalam cawan kecil dan meneguknya rakus.

Tidak, Nia harus mengalihkan fikirannya dari kejadian tadi.

Nia bangun dari pangkuan Sungjae yang sepertinya tertidur, buat lelaki itu terkejut. Nia menarik lembut tangan Sungjae.

" Let's dance! "

Sungjae mengerutkan dahinya lalu matanya tidak sengaja melihat botol wain yang terbuka dengan sebuah gelas kecil di atas meja.

" Are you drunk? Nia! What I told you about drinking? Nia tak boleh minum! Nia bawah umur! "

Nia terdiam namun mata tajamnya melihat seseorang yang menatapnya dari jauh. Nia mengangkat sudut bibirnya,

" Now, I will get you mineral water-"

CUP!

Nia menarik tengkuk Sungjae dan menyatukan bibir keduanya. Mata Sungjae terbeliak, menatap mata tidak Nia yang perlahan tertutup. Lelaki itu tidak percaya dengan aksi tiba-tiba Nia.

Nia melingkarkan kedua tangannya ke leher Sungjae, semakin memperdalamkan ciuman mereka.

Sungjae tersenyum, bangkit dari duduknya dan melingkarkan kedua tangannya ke pinggang Nia. Gembira melihat Nia yang semakin terbuka kepadanya.

Sepasang mata yang melihat dari jauh, melarikan pandangannya dari kejadian itu. Jemari lelaki itu tergenggam kuat, dengan hati yang berdenyut sakit.

Dia melangkah ke mejanya, mencapai telefon bimbitnya dan berjalan keluar dari kelab itu, tidak peduli dengan air yang dipesannya.

🔽🔽🔽

" Kenapa lampu HIK jalan ada 4? hehe! "

Sunjae mengelengkan kepalanya, tersenyum melihat tingkah Nia yang tidak reti duduk diam di gendongannya. Yeoja itu mulai merapu tentang kucing yang mempunyai dua ekor dan bintang yang seakan mahu jatuh dari langit malam.

" Duduk diam-diam Nia. Nanti jatuh!"

Nia mencebikkan bibirnya, lengannya mencekik leher Sungjae dari belakang, tidak puas hati apabila disuruh duduk diam.

" UHUK! UHUK!"

Nia tergelak dan melepaskan leher Sungjae, menghentakkan pipinya ke bahu lebar lelaki itu dengan kuat dan mulai merengek kesakitan dan menampar perlahan bahu lelaki itu, menyalahkan bahu itu yang terlampau keras.

INSINCERITY [S1&2]  | 정호석Where stories live. Discover now