.
.
.
.
.
.One day, but it's change 360°
.
.
." Degil. "
" Hehe.. "
Sungjae berdengus, tidak puas hati bila Nia tetap keras hati ingin menjejakkan kaki ke kelab malamnya, merindukan suasananya.
Nia hanya menatap Sungjae yang ke hulu ke hilir melayan pelanggan VVIP.
Sungjae seorang yang tidak suka duduk saja dan menyuruh pelayannya seperti mereka hambanya.
Dan Nia kagum dengan sikap lelaki itu.
Sungjae baik, walaupun dia tahu dari mula Sungjae bukannya ikhlas menyatakan perasaannya.
Namun kini lelaki itu tetap disisinya walaupun dia telah berikan segala yang lelaki itu ingin dapatkan ; tujuan utama lelaki itu menyatakan perasaannya.
Lelaki itu selalu melayannya seperti puteri, menghujani dirinya dengan kata-kata sayang dan cinta.
Nia tersenyum sinis.
Dunia memang pelik.
Lelaki yang dia jumpai di kelab malam lebih baik dari lelaki yang dia jumpai di sekolah.
Nia bangun, ingin ke tandas untuk membasuh wajahnya kerana rasa mengantuk mulai menguasai tubuhnya.
Dia tidak mahu balik, lebih baik dia menemani Sungjae di kelab, melihat lelaki itu kelam-kabut melayan pelanggan.
Ketika yeoja itu melalui satu lorong koridor yang gelap, ingin menuju ke tandas, seseorang menarik lembut lengannya.
Lorong yang gelap buat Nia tidak dapat melihat wajah lelaki itu.
Baru saja Nia ingin menendang tubuh lelaki itu, dia merasai satu aroma tubuh yang begitu dia kenali.
Lelaki itu memeluknya, erat seakan jika dia melonggarkan pelukannya, Nia akan lari dan tidak akan menjumpainya lagi.
" Jebal, Jebal bagi aku satu peluang, Nia. "
Nia terdiam. Dia cuba menolak tubuh lelaki itu namun tidak berjaya
" Aku dah kata, jumpa aku kalau kau dah ada alasan. "
Lelaki itu melepaskan pelukannya, namun tidak menjarakkan tubuh mereka. Hembusan nafas hangat lelaki itu menyapa lembut wajah Nia.
Nia rindu,
Nia ingin,
Tapi dia tidak mahu dipermainkan lagi.
" Bagi aku satu peluang. Aku janji, kalau aku sudah bersedia, aku akan beritahu kau segalanya tapi tak sekarang. Tak ketika kita baru berjumpa selepas kejadian tu. "
" Tak, Hoseok. Aku tak boleh tunggu kau. "
Nia mengenggam erat baju kemeja lelaki itu, tidak kuat ketika lelaki itu semakin merapatkan dirinya.
YOU ARE READING
INSINCERITY [S1&2] | 정호석
FanfictionHanya kisah seseorang yang jatuh cinta pada orang yang salah. [JUNG HOSEOK BTS FANFICTION] Inspired by ; HANN ㅡ G ( IDLE) Publish : 10 September 2018 Tamat : 30 November 2018 ☆ Warn : Drama PERINGATAN PENTING : 1. Baca apabila ada waktu lapang saha...