I | S2 ; Eleven

1.5K 261 112
                                    

∽ Insincerity Season 2  ∽

♡♡♡

NIA POV

" Sampai bila Nia tak nak maafkan dia orang ? Nia marah dekat Joohyun ? Cuba bayangkan kalau Nia berada di tempat dia , Nia mesti pilih ibu Nia daripada kawan Nia kan ? Hoseok pula , ya memang dia terlibat sekali dalam rancangan balas dendam kepada ibubapa Nia tapi bukan dia yang rancang untuk bunuh mereka , malah dia sempat halang Eunbi. "

" T-Tapi dia tipu Nia. Dia rapat dengan Nia hanya sebab dia nak balas dendam. D-Dia - "

" Dia perkosa Nia ? Cuba ingat balik , dia ada kata apa-apa tak masa dia buat macam tu ? "

Dahi aku berkerut , mata aku merenung wajah dewasa Sungjae. Lelaki itu tersenyum lembut.

Bibir aku seakan berat untuk di buka namun Sungjae teguh menanti jawapan.

" D-Dia kata dia akan kembali dan tebus balik kesalahan dia.. "

" Jadi , dia tunaikan janji dia tak ? "

Aku mengangguk perlahan, terpaksa menerima fakta bahawa Hoseok tidak mungkir janji.

Lelaki itu kembali , malah mereka menjalani hari sebagai suami isteri dengan baik.

Hoseok melayan semua karenahnya , ketika dia lumpuh dan masih keliru dengan semuanya , Hoseok memimpin tangannya , melewati hari-hari selanjutnya bersama tanpa keluhan

" Kalau Nia fikir dia kembali dan jaga Nia masa lumpuh hanya kerana rasa bersalah , cuba Nia fikir balik , ada Nia nampak Hoseok beralah dan melepaskan Nia masa Nia minta dia pergi ? "

INSINCERITY [S1&2]  | 정호석Where stories live. Discover now