Bunyi pintu yang diketuk berkali-kali, buat lena Nia terganggu. Yeoja itu membuka mata, perlahan.
Hal pertama yang dia lihat ialah siling bilik. Berikutnya dahi dia berkerut.
Yeoja itu bangun, memicit dahinya akibat rasa pening yang tiba-tiba menyerang isi kepalanya. Yeoja itu berdehem, merasakan tekaknya kering dengan suara yang sudah habis
Ketika dia ingin menjejakkan kaki ke lantai bilik, secara mengejut rasa ngilu dan pedih menyerang seluruh tubuhnya buat dia kembali terbaring dengan nafas terengah.
Dia cuba mengingati apa yang sudah terjadi namun semuanya kabur, namun satu hal yang dia ingat sampai sekarang, dia mendengar bisikan suara berat milik Hoseok di telinga.
Memanggil namanya berulang kali.
Dan selebihnya, gelap. Memori selepas dia meneguk minuman alkohol itu, semuanya kabur.
Yeoja itu berusaha bangun kerana pintu yang diketuk dengan kuat dari luar. Dengan cara jalan yang sedikit kesusahan dia sampai ke hadapan pintu dan membukanya.
Muncul seorang yeoja yang memakai pakaian pelayan yang terlampau terdedah yang memasang wajah tanpa senyum. Pelayan itu tampak marah.
" Cik kena keluar dari bilik ni. Pelanggan yang lain nak gunakan bilik ni. Jangan lupa kutio baju-baju yang dekat lantai sebelum pergi. Terima kasih. "
Nia mengedipkan matanya berulang kali dan menoleh ke belakang, nafasnya tertahan apabila melihat baju yang dipakainya semalam berterabur di atas lantai.
Yeoja itu melihat baju yang dipakainya, hanya sebuah kemeja putih.
Tangannya mengigil. Satu-persatu memori tentang semalam kembali ke ingatannya.
Dia berlari, mencari Hoseok di dalam bilik air, dan di balkoni namun tiada.
Hoseok telah pergi.
Dia mencapai baju-bajunya, berjalan keluar dari bilik tidur itu dengan fikiran yang keliru.
Ditengah perjalanannya menuju ke pintu keluar hotel itu, telefonnya berdering dengan nyaring, mengejutkannya dari lamunan.
Dia berhenti di depan pintu masuk hotel, mengundang perhatian orang lain yang menatapnya pelik.
Pelik dengan seorang yeoja yang hanya memakai sebuah baju kemeja separas paha yang membawa beberapa helaian pakaian dengan rambut yang sedikit kusut.
Namun Nia hanya fokus pada telefonnya, menjawab panggilan.
Mommy calling..
Dengan pantas dia menekan simbol angkat.
" M-Mommy? M-Maafkan Nia sebab semalam tak beritahu mommy-"
" Cik Kang Nia? Anak kepada Kang Jonghyu dan Kang Yura? "
" N-Ne. Nuguseyo? M-Mana mommy?"
Orang itu sedikit berdehem, dan ketika orang itu kembali berkata-kata, dunia Nia seakan runtuh.
" Maafkan saya, Cik Nia. Saya mewakili pihak Hospital Seoul perlu memberitahu Cik yang kedua orang tua Cik telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya, petang semalam. Sudah berkali-kali saya call semalam tapi Cik tak angkat."
🔽🔽🔽
Nia berlari, walaupun satu tubuhnya sakit dan lenguh, walaupun kakinya hanya berkaki ayam, walaupun dia hanya memakai sebuah kemeja.
Namun yeoja itu tetap berlari, menghiraukan tatapan orang lain, terus berlari menuju ke tempat yang diberitahu oleh pihak hospital.
Namun dia ternampak sebuah teksi Dan dengan segera dia menahan teksi itu dan menaikinya.
YOU ARE READING
INSINCERITY [S1&2] | 정호석
FanficHanya kisah seseorang yang jatuh cinta pada orang yang salah. [JUNG HOSEOK BTS FANFICTION] Inspired by ; HANN ㅡ G ( IDLE) Publish : 10 September 2018 Tamat : 30 November 2018 ☆ Warn : Drama PERINGATAN PENTING : 1. Baca apabila ada waktu lapang saha...