I ; SEVENTEEN ✍

1.5K 327 139
                                    

Malam itu, selepas kejadian ' Ular nyaris membelit manja kepala Hoseok' , kumpulan Nia diperintah oleh guru untuk mencari kayu untuk membuat unggun api kerana hari yang semakin gelap.

" Nak cari dekat mana, cikgu? "

" Kamu berempat cari saja di sekitar sini. Jangan masuk jauh dalam hutan sebab sekeliling tempat ni masih tak di jelajah oleh jabatan perhutanan "

Seulgi mengangguk, mencapai lampu suluh dan satu sapu tangan. Nia hanya mengikuti langkah yeoja itu kerana dia memang buta arah jika menyangkut hal mencari kayu api ini.

Seketika kemudian, muncul Hoseok dengan wajah masih pucat, mungkin masih trauma dengan kejadian tadi.

Dibelakakang Hoseok, seorang yeoja yang Nia kenali mengekori langkah Hoseok.

Yeoja itu menatapnya dengan matanya yang tajam, seakan tidak puas hati bila tahu Nia sekumpulan dengannya.

Nia menghiraukan tatapan yeoja itu dan menghampiri Hoseok dengan wajah risau.

" Gwaenchana, Hoseokie? "

Hoseok hanya mengangguk, menyelak helaian rambut yang jatuh kedahinya.

" Jom gerak. Aku dengan Joohyun pergi ke arah sana, kau dengan Nia pergi arah sana "

Hoseok dan Nia mengikuti arahan Seulgi dan mula berjalan ke arah kiri.

Nia hanya mengekori langkah Hoseok dan apabila Hoseok menjumpai ranting-ranting kayu, lelaki itu akan hulurkan kepada Nia.

Nia yang rasa seperti tidak membantu apa-apa , mulai rasa bersalah. Yeoja itu mulai melihat sekeliling, turut mencari kayu api.

Dan matanya bersinar melihat ranting kayu yang begitu banyak yang berada tidak jauh dari kedudukan mereka berdua.

Nia menghampiri tempat itu dan menunduk ingin mengutip kayu-kayu itu namun tiba-tiba kakinya terjerumus masuk ke dalam sebuah lubang.

" AAH! "

Nia menutup matanya, merasa tubuhnya terseret beberapa ranting kayu hingga luka. Selepas beberapa gulingan, akhirnya Nia membuka matanya, melihat dia kini berada didalam sebuah lubang yang dalam.

Nia mendongak, panik apabila tahu yang ranting-ranting kayu yang ingin dikutipnya tadi merupakan perangkap untuk menutupi sebuah lubang yang besar.

Mesti untuk mengumpan haiwan buas.

Nia cuba memijak sebuah batu besar dan mencapai permukaan atas tanah namun tidak berjaya kerana tanah yang basah.

Nia melihat sekeliling, lubang ini begitu dalam dan gelap.

" H-HOSEOKIE?! HIKS! TOLONG NIA! "

Sunyi .

Nia memeluk tubuh, cuba menghalau rasa sejuk yang mulai mencengkam. Bunyi cengkerik dan beberapa auman haiwan buas.

Tubuh Nia mengigil, ketakutan. Yeoja itu mengesat pipinya yang kini basah dengan air mata.

" H-HOSEOKIE! C-CIKGU! "

🔽🔽🔽

" Nah.. "

Hoseok mengerutkan dahinya bila hulurannya tidak disambut. Lelaki itu menoleh ke belakang, terdiam bila melihat tiada kehadiran Nia di kawasan sekelilingnya.

Matanya terbeliak, panik mula menguasai diri.

Tergopoh-gopoh dia berlari, mencari Nia di kawasan sekitar.

" Nia?! Nia?! Kau dekat mana?! "

Hoseok mencampakkan ranting yang dipegangnya, dan mulai mencari di kawasan yang lebih jauh.

INSINCERITY [S1&2]  | 정호석Where stories live. Discover now