I ; TWENTY FIVE✍

1.6K 311 81
                                    

" Kau duduk rumah diam-diam. Aku nak keluar. Kalau ada yang ketuk pintu, buat saja macam kau tiada dirumah. Aku pergi dulu. "

Joohyun tahu yang Nia tidak akan membalas kata-katanya dan dia terus meninggalkan kawasan perumahannya selepas mengunci pintu hadapan.

Nia masih diam, duduk disofa dengan matanya yang terarah ke television yang menyala.

Walaupun matanya menatap ke arah television namun sebenarnya yeoja itu langsung tidak menonton rancangan yang terpapar di skrin.

Dia menaikkan kakinya ke atas sofa, memeluk kedua lututnya dan menyembunyikan wajahnya.

Dia dah penat menangis.

Air matanya terasa kering dan jika dia memaksanya untuk tetap mengalir, mungkin bukan air mata yang keluar namun darah.

Sudah 3 minggu kejadian itu berlalu. Dan lagi seminggu sahaja lagi, akan bermula tahun baharu.

Kali ini , tahun baharu akan terasa sangat berbeza pada Nia.

Tiadalah ibunya yang akan mengejutkannya bangun dari tidur dengan suaranya yang lembut.

Tiada lagi aroma kopi ayahnya yang sedang duduk di meja dapur, membaca surat khabar.

Tiada lagi masakan ibunya yang selalu terasa lazat walaupun ketika dia diserang demam dan hanya merasa tawar kerana flu yang dihidapinya kesan dari salji yang turun.

Salji..

Nia menoleh kearah tingkap, melihat ketulan-ketulan kecil salji yang turun dari langit, memenuhi balkoni rumah Joohyun.

Krismas akan tiba dan kali ini dia harus menyambutnya seorang diri,

Tanpa keluarga.

🔽🔽🔽

Kaki yeoja itu melangkah menuju ke rumah bekas rakan sekelasnya.

Dia bersyukur guru kelasnya masih menyimpan data-data murid didalam kelasnya.

Dia mengerutkan dahi, melihat tumpukan salji yang memenuhi kawasan rumah itu, seakan rumah itu sudah ditinggalkan.

Dia berjengket, sedikit terkejut apabila tangannya menyentuh pagar yang terasa sangat sejuk.

Tiba-tiba satu suara menegurnya dari belakang.

" Cik? Nak apa ya?"

Seorang wanita berusia menatapnya curiga.

Yeoja itu tersenyum kekok. Dia mengaru lehernya yang tidak gatal.

" Kalau boleh tahu, pemilik rumah ini ke mana ya? "

" Oh! Pemilik rumah ini dah lama keluar. Ahjumma pun tak pasti ke mana sebab dia pergi secara tiba-tiba tanpa beritahu. "

Jemari yeoja itu tergenggam kuat, darahnya naik kerana terlampau geram dia tetap mengucapkan terima kasih kepada yeoja tua itu lalu meminta diri.

' Kau memang tak guna.. '

🔽🔽🔽🔽

" Jomlah. Cikgu dah tunggu. "

Yeoja itu mengelengkan kepalanya, masih tidak mahu berganjak dari baringnya.

" Nanti kena marah lah. "

Masih, yeoja itu kembali mengelengkan kepalanya. Bibirnya tercebik dengan tangan bersilang didada.

" Kau jadi malas lepas aku kiss kau eh? "

Mata yeoja itu terbeliak, dia memukul lengan lelaki itu, wajahnya memerah.

Lelaki itu terkekeh dan memeluk yeoja itu dari tepi, mengusap lembut rambutnya.

INSINCERITY [S1&2]  | 정호석Where stories live. Discover now