I | S2 ; Twelve

1.7K 243 218
                                    

☆ INSINCERITY SEASON 2 ☆

.
.
.

" Sungjae hyung - "

" Hyung ? "

Terkedip-kedip mata Hoseok bila Nia menatapnya dengan senyuman menyakat.

" Yes , Hyung. Kenapa ? Tak boleh panggil dia hyung ke ? Dia lagi tua beberapa tahun dari kita kan ? "

Nia mengangkat bahu , tangan memeluk erat HosieBearnya , buat Hoseok rasa nak buang teddy bear itu ke luar tingkap sebab Nia seakan melebih-lebihkan teddy bear itu daripadanya.

Apa guna dia sebagai suami jika isterinya lebih memilih makhluk tak bernyawa yang di sumbat dengan kapas putih ?

" Tak boleh lepas eh teddy bear tu ? "

Nia mengerutkan dahinya , menunduk menatap teddy bearnya yang separuh penyek kerana di peluk erat.

" Mana boleh ! Nia sayang Hosiebear ! "

Hoseok berdengus , ingin menarik teddy bear itu dari Nia namun yeoja itu lagi pantas , dia meniarap dan menyorok teddy bear itu di bawah badannya ,  menindih teddy bear itu.

" Oh ! Nia lagi sayang teddy bear tu dari Hoseokie ? Kenapa tak kahwin saja dengan teddy bear tu ? "

Anggap sajalah Hoseok berperangai seperti budak-budak kerana sungguh dia geram bila Nia melebihkan teddy bear itu darinya.

Smirk muncul di bibir pink Nia. Yeoja itu mengangkat keningnya , menatap Hoseok atas bawah.

" Kalau macam tu , Hoseokie pergilah kahwin dengan helmet baby Hoseokie tu ! Ha sekarang baru Hoseokie rasa perasaan Nia bila Hoseokie lebihkan benda huduh tu ! "

" Hey ! Se-huduh-huduh dia pun , dia yang merapatkan hubungan kita tau ! "

" Tengoklah tu ! Bela lagi benda hijau huduh tu ! "

" Okay , jangan mulakan. Sambung balik yang tadi. Sungjae hyung beritahu yang Eunbi dah tak ada . "

Nia yang tadinya berdengus bila Hoseok dengan licik menukar topik perbualan , terbuntang luas matanya bila mendengar kata-kata Hoseok.

" Ha ? "

" Eunbi kena tembak dengan polis masa dia nak larikan diri. Sebab dia kan err - "

" Dia yang bunuh parents Nia kan ?"

Hoseok memghembuskan nafasnya berat lalu mengangguk. Nia tersenyum tipis namun dia mencubit pipi Hoseok lembut.

" Nia okay ? "

" Gwaenchana. Cuma terkilan. Nanti kita lawat kubur dia tau ? "

Dahi Hoseok berkerut , tidak sangka dengan permintaan Nia yang tiba-tiba.

" Eh wae ? "

Nia tersenyum , menghembuskan nafas kecil ,

" Walaupun dia dah buat hal yang buruk , tapi dia tetap kawan Nia. Lagipun waktu dan memori dengan dia selama lima tahun bukanlah hal singkat untuk di lupakan. Dan Nia yakin , semua yang Nia lalui dengan dia , dia lakukan dengan ikhlas. "

INSINCERITY [S1&2]  | 정호석Where stories live. Discover now