Mata Nia menatap satu-persatu wajah orang yang melangkah keluar dari kelas depan itu. Nia berdengus bila tidak menemukan orang yang ingin dia jumpa.
Yeoja itu mencebikkan bibirnya, merasa kakinya lenguh kerana berdiri terlalu lama.
Berkali-kali pelajar biologi yang baru keluar dari pintu kelas, menoleh ke arah Nia, menatap yeoja itu dengan pandangan kagum bercampur keliru.
Ya.. keliru mengapa yeoja yang dari kelas belakang berada dihadapan kelas mereka.
Nia mengeluh, kepalanya menjenguk ke dalam kelas dan hampir terlanggar seorang perempuan yang berkaca mata.
Yeoja itu menjeling Nia, senyuman sinis terulas di bibirnya. Dia berhenti dihadapann Nia, menghadang pemandangan Nia yang ingin melihat kedalam kelas.
" Oh! Kang Nia? Apa yang Kang Nia, budak cantik tapi bodoh buat dekat sini? Teringin nak masuk kelas biologi ke? Teringin nak jadi budak pandai? "
Nia menunduk, tidak mahu bertatapan dengan mata yang menatapnya dengan sinis.
" S-Saya cuma nak- "
Belum sempat Nia ingin menghabiskan ayatnya, yeoja itu mendekatkan dirinya pada Nia dengan tatapan menusuk.
" Kau tak layak duduk sini. Jangan gunakan muka dengan tubuh kau untuk buat semua tunduk pada kau, Nia. Itu cara rendah. Sesuai untuk perempuan macam kau. Pemuas nafsu lelaki. "
Mata Nia membulat, jemarinya meremas skirt uniform sekolahnya, merasa sesuatu menghentam dadanya bila mendengar kata-kata kasar yeoja dihadapannnya.
" Cikgu hanya sayang dekat kau sebab kau kaya, Nia. Banyak manfaat yang dia orang boleh dapat kalau dia orang berbaik dengan kau. Bapa kau akan selalu sumbangkan dana untuk sekolah ini. Gaji mereka akan naik. "
Yeoja itu menolak bahu Nia berkali-kali dengan jari telunjuknya, hingga Nia yang lemah itu hampir jatuh ke belakang.
" Ingat, Nia. Dunia tak selamanya berpihak pada kau. Kau akan tahu macam mana realiti dunia, tak lama saja lagi. So belajar lah Nia, belajar hingga kau menangis air mata darah. "
Yeoja itu mengundurkan langkahnya, wajah tanpa emosinya menunjukkan yang dia sudah puas menyudutkan Nia.
Yeoja itu memusingkan tubuhnya, berjalan meninggalkan Nia yang masih terdiam.
Kata-kata yeoja itu bermain di fikirannya.
Seseorang keluar dari kelas yang sudah kosong, hampir melanggar Nia yang terdiam dihadapan pintu kelas .
" Nia? Kau buat apa dekat sini? "
Yeoja itu tersentak dan menoleh ke arah sumber suara, yang rupanya milik Hoseok.
" Nia- Nia cuma nak pastikan petang ni jadi ke tidak study group kita? "
Hoseok mengeluh, memicit batang hidungnya. Beg sandang yang ingin meleret jatuh dari bahunya, dibetulkan.
" Aduh! Lupa pula! Jadi mestilah jadi. Kau nak aku ambil kau ke apa? "
Nia tersenyum melihat wajah Hoseok yang dekat dengannya, kejadian tadi lesap dari fikirannya.
Seakan Hoseok mampu menghilangkan segala perkara yang pahit dari hidupnya hanya dengan melihat wajah lelaki itu.
" Apa kata kita pergi terus? "
" Kau taknak balik ke? "
" Tak. Kalau Nia balik, Mommy takkan benarkan Nia keluar lagi. "
Hoseok hanya mengangguk, melihat keadaan sekitar yang sudah sunyi lalu mengajak yeoja itu mengikuti langkahnya.
YOU ARE READING
INSINCERITY [S1&2] | 정호석
FanfictionHanya kisah seseorang yang jatuh cinta pada orang yang salah. [JUNG HOSEOK BTS FANFICTION] Inspired by ; HANN ㅡ G ( IDLE) Publish : 10 September 2018 Tamat : 30 November 2018 ☆ Warn : Drama PERINGATAN PENTING : 1. Baca apabila ada waktu lapang saha...