I ; THIRTY ✍

1.7K 312 63
                                    

[ Okay semalam nad kata yg Nia dah kerja dekat tempat tu sebulan kan? Jadi now, nad tukar, jadikan Nia kerja situ dah 3 bulan. Means Nia ngan Sungjae dah couple 1 bulan 😘]

.
.
.
.

" Kau berubah. "

" Hmm.. "

" Kau berubah, Nia. "

Nia memusingkan tubuhnya, memandang Joohyun yang sekarang menatapnya dengan pandangan tajam. Nia mengerutkan dahinya, tidak faham mengapa yeoja itu memberikan pandangan seperti itu.

" K??? "

" Cakap dengan aku. Kau berubah mesti sebab kau terikut perangai pelanggan dekat kelab hanat tu kan? "

Nia menghembuskan nafasnya, kembali memusingkan tubuhnya menghadap secawan air nescafe panas yang baru dibancuhnya. Dia mengacau perlahan air itu, malas mahu melayan Joohyun.

" Jangan palaukan aku. "

" Habistu?! Kau nak aku buat apa? Merengek kata yang 'yaaa memang kelab tu yang buat aku macam ni bla bla bla'? "

Joohyun bangun dari duduknya, dihempuk meja makan dengan perasaan marah yang melampau.

" Kau tahu, Nia? Kau dah tak macam dulu! Kau berubah! Jadi lagi murah! Lagi bodoh! Kau couple dengan Sungjae? Lelaki kasanova dari kelab malam tu! Kau kerja dengan merisikokan maruah kau sendiri! Kau.. kau jadi lebih tak bermaruah! "

Nia menatap Joohyun tajam. Dia menghampiri Joohyun, menghempas meja, kuat. Jari telunjuknya dihalakan ke wajah Joohyun.

" Kalau ya, kenapa?! Aku tak minta kau sibuk-sibuk ambil tahu pasal aku, Bae Joohyun. Uruskan hal hidup kau. Jangan semak dalam hidup aku! "

" KAU-"

" Kau tak ada hak, Bae Joohyun. Aku dah bayar semua kos rawatan dan perbelanjaan aku yang kau tanggung. Aku siap bayar sewa bilik sebab aku tahu kau akan mengungkit! Jangan risau. Lepas aku dapat rumah bulan ni, aku akan berambus. Tak adalah kau susah payah dah ambil tahu pasal hidup aku kan? "

PLLAKK!

Joohyun menampar pipi Nia, sekuat hati. Keduanya terengah-engah menghembuskan nafas, Joohyun yang marah dan Nia yang geram.

" Aku ambil tahu pasal kau, sebab takut hati kau terluka lagi Nia! Lelaki-lelaki tu-"

Nia mengangkat sudut bibirnya, menatap Joohyun dengan mata redupnya yang kini tidak bersinar cerah seperti dulu.

" Hati aku dah lama mati. Maaflah hancurkan harapan kau. "

Nia melangkah keluar dari dapur, meninggalkan Joohyun yang terdiam, menyalahkan dirinya sendiri.

🔽🔽🔽

Bae Joohyun,

Yeoja itu panik bila terdengar perbualan dua orang manusia yang ingin membalas dendam terhadap Nia, pelajar perempuan yang begitu terkenal disekolahnya.

INSINCERITY [S1&2]  | 정호석Where stories live. Discover now