" Huwaaaaa! "
BRUKK!
Nia tersenyum bila tubuhnya jatuh ke atas katilnya yang empuk. Bayangan tentang kejadian yang baru berlaku di sekolahnya tadi buat senyuman dia semakin melebar.
Betapa Hoseok nampak sangat cool dengan tendangan bola sepaknya.
Yeah walaupun pakaiannya sedikit menganggu.
Baginya, Hoseok bagai putera raja yang datang untuk menyelamatkan dia, iaitu tuan puteri dari ahli sihir jahat.
Sama macam kisah yang ibunya selalu cerita sebelum dia masuk tidur.
Nia mengusap lengannya yang masih terasa betapa hangatnya genggaman lembut seorang Jung Hoseok.
Kalau boleh, dia nak kejadian sama berulang supaya Hoseok menyelamatkannnya. Tatapan risau yang diberikan Hoseok buat dia ketagih.
Sedang Nia leka berangan, pintu biliknya diketuk lembut dari luar diikuti suara ibunya.
" Nia? "
Nia bangun dari baringnya Dan mengerutkan dahi.
" Ne, mommy? Ada apa? "
Pinti bilik Nia dibuka dan muncul ibunya yang sudah memakai baju yang kelihatan formal.
Melihat ibunya seakan sudah bersiap hendak keluar, Nia mengangkat keningnya.
" Mommy nak pergi mana? "
Sebuah senyuman tipis dan Puan Kang mengusap lembut kepala anaknya itu.
" Nia lupa? Harini kita ada appointment. "
Senyuman Nia mati. Yeoja itu mendongak dengan cepat menatap ibunya dengan matanya yang membulat.
" A-Appointment? "
" Ya , sayang. Siaplah. Mommy tunggu di luar. "
Nia meremas beg yang berada dipangkuannya, kuat.
🔽🔽🔽
Nia menutup matanya. Nafasnya masih tidak stabil dan bibirnya pucat. Kepalanya tersandar di cermin tingkap dengan mata tertutup, kepenatan.
Puan Kang yang melihat keadaan Nia itu menahan sebak dan maju untuk memakaikan Nia tali pinggang.
Kereta mereka meluncur meninggalkan kawasan hospital.
Keadaan di dalam kereta sunyi yang ada hanya bunyi Nia yang sesekali terbatuk.
Tiba-tiba handphone Nia berdering, muncul nombor yang tidak dikenali.
Nia membiarkan deringan itu berhenti namun handphone itu kembali berdering buat Nia putus asa dan membuka sedikit matanya lalu mencapai phone dari dalam beg sandangnya.
" Hello? "
Nia hanya membiarkan suara lemahnya mengambil alih. Dia menutup matanya apabila tiada balasan. Yang ada hanya deru nafas seseorang.
" Hello? Siapa- "
" Kau free tak harini? "
Dahi Nia berkerut. Cuba mengenalpasti pemilik suara itu.
" Siapa? "
" Series? Kau cakap kau suka dekat aku tapi suara aku pun kau tak kenal? "
Nia terdiam. Matanya terkebil-kebil, cuba memproses ayat lelaki itu.
" Hoseok? "
" Ya, aku. Aku tanya kau free ke tak? "
" F-Free .. "
YOU ARE READING
INSINCERITY [S1&2] | 정호석
FanfictionHanya kisah seseorang yang jatuh cinta pada orang yang salah. [JUNG HOSEOK BTS FANFICTION] Inspired by ; HANN ㅡ G ( IDLE) Publish : 10 September 2018 Tamat : 30 November 2018 ☆ Warn : Drama PERINGATAN PENTING : 1. Baca apabila ada waktu lapang saha...