I ; THIRTEEN ✍

1.7K 330 379
                                    

" Kau pergi mana hah hari jumaat tu? Kau tahu tak mak kau dah bebellllll dekat telinga aku pergh aku rasa taik telinga aku cair dengar! Dahlah tak beritahu- "

" Aku tidur rumah Hoseok "

" -aku.. WHATT?! "

Nia tersengih dengan muka yang memerah. Kejadian pagi sabtu terbayang di fikirannya.

Baru dia sedar, pagi itu mereka berdua seakan barus saja mendirikan rumah tangga.

Dengan Hoseok yang memasak sarapan, dan dia yang terjaga dengan aroma Hoseok di sekitarnya.

" Kau fikir apa hah? Tersengih macam kerang busuk ! "

Nia meletakkan begnya di mejanya lalu duduk, merengut bila suara Eunbi menghancurkan lamunan bahagianya.

" Aku cuma pergi rumah dia sebab nak cari bahan untuk kerja khusus kita nanti. Aku tak sedar aku tertidur hehe "

" TERtidur ke pura-pura tidur? Kau ni bukan boleh percaya sangat. Obses sangat dengan budak nerd tu. Entah apa yang kau nampak dari dia pun aku tak tahulah- UMPH! "

Nia menyumbatkan roti yang diambil didalam begnya ke dalam mulut Eunbi yang tidak berhenti membebel.

" Aku nampak hati dia ecehhh! "

Eunbi buat aksi pura-pura muntah. Rotinya kembali dikunyah. Makanan percuma kena hargai.

" Kau.. tak buat apa-apa dengan dia kan? "

" Buat apa? "

" HALAH HALAH buat.. TU... "

" Buat apa? Apa yang TU? "

" Ehem ehem~ tu lah.. "

" Kau sakit tekak ke? Aku ada bawa strepsils "

" ADUH! KAU TIDUR DENGAN DIA KE?! "

Mata Nia dan Eunbi membulat. Mata mereka menatap sekeliling, melihat seisi kelas seakan kaku, terkejut dengan jeritan Eunbi dan ayatnya itu.

Nia melepuk kepala Eunbi dan tersengih kepada rakan sekelasnya.

" B-Betul ke Nia? A-Awak tidur dengan lelaki lain? "

Seorang lelaki, bernametag Jihoon menghampiri Nia dengan wajahnya yang hampir menangis.

Dengan laju Nia mengeleng. Dia mencebikkan bibirnya, menjeling Eunbi tajam.

Yeoja itu tersengih melihat rakannya yang sudah panas hati, dia berdehem.

" Mana ada! Nia cuma tidur dengan kucing baru dia! Betul tak Nia? "

" B-Betul tu! Nia tak tidur dengan lelaki manapun lah.. "

Jihoon tersenyum lega, air mata yang hampir menitik dikesatnya. Dia berlari ke arah kumpulannya dan sekumpulan lelaki itu bersorak, lega.

Eunbi menepuk dahinya, penat melihat perangai luar tabiat lelaki di sekolahnya.

" Aku tak tidur dengan dia. Sebenarnya e-entahlah aku tak tahu sebab pagi tu aku bangun aku seorang je atas katil. "

Eunbi berdengus. Tangannya kembali mencapai buku yang tadinya terbiar di atas meja.

Tiba-tiba pintu kelas terbuka, muncul ketua kelas mereka, Oh Sehun. Lelaki muka emotionless tu berdiri dihadapan kelas dengan tangan yang memegang kertas tebal.

" Perhatian.. "

Namun suaranya yang kecil itu tenggelam di antara bisingnya keadaan kelas itu. Sehun berdehem.

" SENYAP, BERUK! "

Dan keadaan kelas menjadi sunyi, meninggalkan hanya bunyi cengkerik.

" Cikgu Ji ada beritahu kan yang hujung minggu ni kita ada camping untuk merayakan tahun last kita dekat sekolah ni? "

INSINCERITY [S1&2]  | 정호석Where stories live. Discover now