BAB 1

15.7K 292 8
                                    

"KUTIP betul-betul lah budak harap pakai cermin mata je besar tapi buta!"kata Ameer kawan baik kepada Syed Azrief, mereka bertiga ketawa suka apabila dapat melihat muka budak itu seperti mahu menangis. Dasar cengeng!

"kau ni budak saja je kan nak cari pasal? Orang suruh kutip tu kutip lah betul-betul"balas Hariz pula sambil menunjal kepala budak tingkatan satu yang melanggar bahu Syed Azrief pagi tadi.

Budak itu sudah pun memohon maaf kepada mereka tapi siapa suruh langgar salah seorang dari mereka kan sekarang kan dah mendapat penyakit. Tak pasal-pasal menjadi bahan buli mereka bertiga.

"sekarang ni aku nak kau nyanyi lagu twinkle little star kalau tak kau memang akan jadi mangsa tetap kitorang lah budak"kata Syed Azrief sambil mengeluarkan rokok dari poket seluar sekolahnya lalu dia menyalakan putung rokok dengan lighter.

Asap yang keluar dari hidung dihembus tepat pada wajah budak itu. Terbatuk-batuk budak itu apabila asap itu terkena wajahnya.

"nyanyi lah bodoh kan Azrief suruh kau nyanyi tu kau pekak ke apa?"kata Ameer lalu dia menunjal kepala budak itu. Geram pula dia melihat budak berkaca mata besar itu.

"sakit lah bang kepala saya. Okay saya nyanyi"kata budak lelaki bernama Azri itu.

Agak malu sebenarnya mahu bernyanyi sudah lah ramai yang menonton wayang percuma sekarang ini. Kena nyanyi pula lagu yang tengah viral pada waktu ini. Memang malu lah mukanya tapi apakan daya dia mangsa buli terpaksalah turutkan juga.

"dah tuh takkan keras je? mana pergi suara kau?"kata Hariz pula.

"semalam bobo di mana"

"kuat lagi!"jerit Syed Azrief dengan kuat.

"bobo sama siapa ngapain aja"

Semua orang disitu ketawa dengan kuat termasuklah tiga jejaka kacak itu. Budak itu menunduk kepala tanda malu. Siapa sahaja tak malu ramai yang menonton dirinya sekarang ini. Sikit lagi air matanya mahu berjurai turun.

"hoi apa ni buli orang? tak ada hati perut ka? suka hati ja buli anak orang"kata perempuan itu sambil menyilang tangan ke dada dan memandang tepat kearah ketiga-tiga lelaki itu.

"siapa pula minah heroin ni tiba-tiba nak masuk campur urusan kami? kau kakak dia ke?"kata Syed Azrief lalu bangun dari duduk. Melangkah mendekati gadis acah heroin itu.

Mata Syed Azrief dan mata gadis itu bertentangan. Wajah gadis itu sungguh berlagak dimata Syed Azrief.

"memang aku bukan kakak dia tapi apa hak hampa semua nak buli dia sampai macam tu? Dia adik hang ke? Dia ada buat salah apa dengan hampa?"

Membuntang mata Syed Azrief mendengar. Hatinya kian membara saat ini. Ikutkan hati mahu sahaja dia melayang penumbuk ke arah wanita itu nasib baik dihadapannya ini perempuan kalau lelaki memang selamat dah kena penumbuk serdas dua.

"jangan nak masuk campur dengan urusan orang lain kalau kau sendiri tak tahu puncanya"

Gadis itu hanya ketawa kecil. Dia tidak takut berhadapan dengan tiga jejaka itu. Benda dah salah memang patut pun kena tegur. Yang peliknya yang lain ni semua buta ke tengok saja taknak tolong ke? Itulah perangai manusia lebih suka melihat orang dibuli daripada menolong.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now