SAMPAI sahaja dirumah Syed Azrief terkejut apbila melihat Ayra Amani di ruang tamu sambil mengunyah keropok. Dia memandang jam dinding sudah menunjukkan pukul 8:30 malam lalu dia meletakkan kunci kereta di dalam kotak dan dia menuju ke arah Ayra Amani yang sedang bersantai itu.
Syed Azrief meletakkan bungkusan plastik di atas meja. Ayra Amani terus mengalih wajah ke arah lelaki itu. Bila dia balik? kena dia langsung tak sedar pun. Dia kalau tengok cerita memang jarang lah sedar orang lain dah maklum lah beri tumpuan sepenuhnya dekat cerita.Mana lah sedar.
"tu makanan yang kau nak"kata Syed Azrief lalu dia membuka denim jaket dan diletakkan disebelahnya hanya tinggal tshirt putih sahaja dibadan.
"sebenarnya aku dah makan"kata Ayra Amani tersenguh macam kerang busuk.
"habistu kenapa suruh aku beli kalau dah makan buat penat aku beli je"kata Syed Azrief sambil menjeling ke arah Ayra Amani. Remote tv dicapai dan menukar ke siaran lain. Bosan sangat ke hidup sampai hari-hari nak layan drama korea sahaja. Lempar ke Korea baru tahu.
"ish lepas kau keluar mama tanya aku nak makan tak dia nak masak. Aku pun on jelah sebab aku tak tahu kau nak balik pukul berapa"balas Ayra Amani lalu dia bangun ke dapur untuk mengambil pinggan sebelum dia kembali semula ke ruang tamu.
"macam mana tak gemuk kerja makan je duduk rumah"perli Syed Azrief. Sengaja dia mahu menyakitkan hati Ayra Amani padahal Ayra Amani tak adalah gemuk mana pun makan banyak pun tetap kurus tak gemuk-gemuk.Dia pun pelik nak kata pergi bersenam memang tidak lah bangun pagi makan tengok netflix. Petang pula kalau ada masa lapang tidur sampai maghrib. Malam pula makan benada yang tidak sihat.
"biar lah ada kacau kau ke?"kata Ayra Amani. Malas dia mahu bertekak lidah dengan Syed Azrief dia mengeluarkan makan ke dalam pinggan.
Syed Azrief hanya menggeleng kepala. Jarang perempuan nak kalah asyik nak menang sahaja. Akhirnya lelaki juga yang terpaksa kalah dah perempuan tidak mahu kalah.
"weh makan lah sekali dengan aku"ajak Ayra Amani. Selamba sahaja dia menarik tangan Syed Azrief.
"tak nak lah aku kau jelah makan aku tak suka makan benda macam tu"kata Syed Azrief sambil menggeleng kepala tidak mahu.
"banyak ni weh makan lah sekali"kata Ayra Amani sambil membuat muka comel.
Syed Azrief menghelah nafas sebelum dia bangun mendekati Ayra Amani. Ayra Amani pula hanya tersenyum melihat Syed Azrief menurut perintahnya lalu dia menyuap makanan ke arah Syed Azrief.
"cepat lah nganga mulut tu kereta api nak masuk"kata Ayra Amani sambil membuat gaya terbang. Dia hanya menggeleng kepala.
"kau fikir aku budak-budak ribena ke nak umpan guna cara tu?"kata Syed Azrief sambil ketawa perlahan. Terhibur dengan dia Ayra Amani. Dah kalau nama budak-budak tetap perangai budak takkan pernah matang punya.
"ish cepat lah lenguh tangan aku buat gaya kapal terbang ni"kata Ayra Amani lalu dia mencengkam dagu Syed Azrief dan menyuap makanan masuk ke dalam mulut Syed Azrief. Dia tersenyum puas.
Membulat mata Syed Azrief apabila diperlakukan begitu. Nak suruh orang makan paksa-paksa pula. Geram je dia tengok Ayra Amani di depannya ini.
"sedap tak?"tanya Ayra Amani lalu dia menyuap ke dalam mulutnya pula.
"dah nama pun makanan mesti lah sedap apa punya soalan lah kau ni tapi makanan ni sedap lagi kalau nak dibandingkan dengan masakkan kau tu eh lupa kau mana pandai masak"kata Syed Azrief sambil ketawa. Puas hati dia melihat muka Ayra Amani mencebik apabila dia berkata begitu.
"nanti aku belajar masak dengan Che Nom dekat YouTube lah!"kata Ayra Amani geram. Boleh pula kata begitu. Dia tahu lah dia tak pandai masak tapi tak payah lah nak perli macam tu sakit hati dia mendengar.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...