BAB 36

4.2K 158 6
                                    

SELEPAS sahaja pulang koperasi Syed Azrief hanya berdiam diri. Ameer dan Hariz juga bertanya kepada Syed Azrief tetapi Syed Azrief hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Ayra Amani juga perasan dengan Syed Azrief. Padahal tadi dia okay je balik je dari koperasi Syed Azrief berlakon jadi bisu pula. Dia nak tanya nanti nampak sangat yang dia ni penyibuk. Dia menunggu soalan dari Ameer atau Hariz.

"Rief cuba kau bagitahu aku kau ni kenapa? Tadi okay je tiba-tiba je jadi patung baju dekat mall"kata Ameer.

Ayra Amani tersenyum. Akhirnya soalan yang ditunggu oleh Ayra Amani sudah tiba. Dia yang berada di meja sebelah membetulkan kerusinya untuk mendengar.

"tak ada apa"jawab Syed Azrief mendatar. Dia membetulkan rambutnya yang jatuh.

"kau biar betul Rief kau tak ada masalah apa-apa?"tanya Hariz pula.

"nak kata kau gaduh dengan Ayra macam bukan tadi kau okay je. Ke kau cemburu Hakeem nak mengorat bini kau?"tanya Ameer perlahan sambil ketawa.

Terus Syed Azrief mengetuk kepala Ameer. Bukan sebab itu. Dia tahu Ayra Amani tidak akan sesekali mencuranginya walaupun hatinya bukan sepenuhnya untuk gadis itu.

"habistu apa?"tanya Ameer sambil menjongket kening ingin tahu.

Syed Azrief memandang ke arah Ayra Amani. Ayra Amani juga melihat ke arah Syed Azrief. Dengan pantas Ayra Amani buat-buat membaca buku teks sejarah. Syed Azrief mengamit Hariz dan Ameer supaya datang dekat dengannya.

"tadi aku macam ternampak Mia"kata Syed Azrief perlahan.

"kau biar betul?"tanya Ameer dan Hariz kuat.

Seisi kelas memandang ke arah mereka bertiga. Ayra Amani mengerut dahi. Dia tidak dengar apa satu pun yang di katakan oleh Syed Azrief. Bisik punya lah perlahan mana lah dia nak dengar. Bisik macam semut pun tak boleh dengar.

"ish diam lah bongok"kata Syed Azrief kepada mereka berdua.

"tapi yeke dia? Ke kau salah tengok Rief?"tanya Hariz.

"tak aku betul-betul nampak dia lalu tadi"kata Syed Azrief sambil menggigit jarinya.

"dia dah tinggal sekolah ni setahun tau Rief. Asal dia datang sekolah ni balik? Dah tak ada ke sekolah lain ke dia nak pergi"kata Ameer sambil menggeleng kepala.

"aku tak tahu"kata Syed Azrief sambil memegang rambutnya. Sungguh dia serabut ketika ini.

"kau rilek dulu Rief. Kau jangan nak gelabah sangat nanti bini kau perasan pula. Kau buat macam biasa je"kata Hariz perlahan.

Syed Azrief hanya mengangguk kepala. Dia tidak boleh tunjuk sangat perasaan yang dia rasa sekarang ini nanti apa pula yang Ayra Amani fikiran.

MEREKA berdua tiba di rumah pada pukul 3:30 kerana mereka harus menghadiri kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah. Kalau mahu pulang juga harus memberi alasan yang munasabah kerana ramai pelajar sengaja mengambil kesempatan pulang ke rumah kerana tidak mahu menghadiri kelas tambahan.

"harini Mak Mah tak balik lagi ke?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani yang sedang membuka pintu rumah.

"rasanya tak lagi kot. Nanti aku cuba telefon dia"kata Ayra Amani sebaik sahaja pintu dibuka mereka terus masuk ke dalam rumah.

"kau nak makan apa?"tanya Ayra Amani lalu dia mencabut tudung dikepala dan diletak di atas kerusi.

"macam lah kau tu pandai masak"perli Syed Azrief lalu dia merebahkan badan ke atas sofa.

"ish aku tahu lah aku tak pandai masak. Ni ada lagi biskut ringan alas perut sebelum aku order foodpanda"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief. Dia mencapai beberapa makanan ringan dan dibawa ke ruang tamu.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now