HARI yang tidak ditunggui telah pun tiba. Dimana hari ini mereka akan pergi perkhemahan di Kedah selama 3 hari 2 malam. Nampak sekejap tapi sungguh menyeksa tahu tak. Sudah lah tak boleh nak excuse semua wajib pergi pula tu.
"kau bawa banyak barang tak?"tanya Melissa yang berada disamping Ayra Amani.
"tak banyak mana pun yang penting ja"balas Ayra Amani perlahan.
Entah mengapa dia tidak bersemangat hari ini. Rasa pening kepala pun ada padahal tadi pagi dia elok je sekarang ni rasa pening pula. Itulah masalahnya nak kemana-mana mesti adalah benda menganggu.
"tapi kau okay tak ni nampak macam tak okay je"kata Rania pula yang sedari wajah Ayra Amani nampak berlain dari biasa.
"pening kepala sikit"kata Ayra Amani perlahan.
Tangannya naik mengurut dahi yang terasa pening itu. Mungkin dia banyak berfikir sampai berpening kepala. Bermacam benda yang dia fikir sekarang ini.
"ada ubat tak?"
Ayra Amani hanya mengangguk sebagai balasan.
"nanti naik bas kau makan lepastu telan ubat dan tidur Kedah dengan KL jauh juga tu perjalanan dia"kata Rania kepada Ayra Amani.
Risau dia melihat wajah tidak berapa sihat Ayra Amani itu. Kalau tak sihat tak payah lah datang tapi tak boleh sebab semua batch mereka wajib pergi kalau tidak kena berhadapan dengan Tuan Tajul siapa je berani berhadapan dengan pengetua kecuali 3 orang jejaka itu sahaja berkali-kali keluar masuk bilik pengetua macam rumah kedua dah.
"pelajar-pelajar mari sini berkumpul kita dah nak bergerak"kata cikgu Aisya kuat.
Semua pelajar yang sedang duduk dan bersembang itu mula bangun dan mendekati cikgu Aisya. Melissa memegang lengan Ayra Amani risau kalau tumbang sebelum naik bas nanti.
"memandangkan batch kamu ada 5 kelas sahaja jadi setiap bas satu kelas faham? Jangan pandai-pandai nak naik bas kelas orang lain kejap lagi guru kelas kamu akan ambil kehadiran. Faham ke tidak?"
"faham"
"bagus kalau faham sekarang pergi naik bas kelas masing-masing"arah cikgu Aisya.
Semua pelajar mula bergerak ke bas kelas masing-masing. Betul-betul mewah eh tahun ni dapat bas yang naik satu kelas sahaja tidak perlu berkongsi dengan kelas lain. Kalau dulu kadang naik bas macam tin sardin punya penuh. Boleh pengsan lama-lama dengan bau yang bermacam.
Rania membantu meletakkan barang Ayra Amani ke dalam bonet bas kesian melihat kawannya itu tidak bermaya. Melissa memimpin Ayra Amani ke tempat duduk disebelah kiri.
"kau duduk sini eh"kata Melissa kepada Ayra Amani.
"thanks Mel"balas Ayra Amani ikhlas.
Melissa hanya mengangguk kepala lalu dia mengambil tempat di tempat duduk disebelah kanan. Dia akan duduk bersama Rania. Dekat sahaja dengan Ayra Amani kalau ada apa-apa senang lah boleh tengok.
Syed Azrief, Hariz dan Ameer melangkah naik ke dalam bas. Bas kelas mereka hampir penuh tempat duduk. Maklumlah satu kelas 30 orang lebih kalau 40 memang jadi tin sardin lah mereka sementara nak sampai Kedah nanti.
Mata Syed Azrief terhenti ke arah Ayra Amani yang terlentok di cermin tingkap bas. Kening berkerut kenapa pula ni? Tadi pagi elok je dia tengok. Memang lah mereka pergi asing-asing dia pergi naik kereta seorang diri manakala gadis itu dihantar oleh Faleeq tapi tadi okay je sekarang ni apasal nampak lemah semacam je.
"kawan kau asal?"tanya Ameer bagi pihak Syed Azrief. Ameer seakan-akan tahu soalan yang berlegar dikepalanya.
"Ayra kata dia pening kepala"balas Melissa lalu memandang ke arah Ayra Amani.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...