BAB 21

4.8K 165 9
                                        

TERSENGGUK-sengguk Ayra Amani di dalam surau menunggu subuh. Sudah lah semalam tak boleh tidur baru nak tidur nyamuk gigit, baru nak pejam mata terdengar perbualan khemah sebelah iaitu khemah Syed Azrief, elok dah terlelap sikit Marissa pula mengejut katanya nak membuang air besar lah terpaksa lah dia dan Melissa menemani gadis itu. Kesian takut membuang dalam seluar pula.

Akhirnya kepala dengan Melissa bertembung. Dua-dua mereka masih dalam mood mengantuk lagi. Marissa juga tersengguk-sengguk disebelah. Nak dengar ceramah pagi tapi mereka mengantuk pula. Memang tak boleh fokus langsung.

"weh mengantuk sangat kita ni"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala untuk menghilangkan rasa kantuk itu.

"mau tak mengantuk pukul 1 lebih baru kita nak tidur macam-macam hal"kata Melissa pula.

Boleh katakan semua mata pejam celik. Tak biasa bangun seawal ini. Yang lelaki lagi advance bersandar di tepi dinding terus tidur. Nasib baik ustaz pun tak kata apa diam kan je. Mungkin faham akan mereka yang mengantuk lagi.

"sapa yang tidur saya denda satgi"kata ustaz kepada mereka semua.

Terus semua badan menegak mendengarkan itu. Yang mengantuk terus jadi segar akibat amaran ustaz. Tak sanggup nak kena denda pagi-pagi buta ini.

"kat sini sapa yang bercita-cita nak kahwin awal?"

Mata Syed Azrief yang redup itu kini mencelik luas mendengar. Ameer dan Hariz sudah menyiku lengannya. Apa kahwin awal? Patutkah dia angkat tangan sekarang?

"kahwin awal ni bagus untuk mengelakkan dari buat maksiat. Couple ni memang haram tapi hat haram tu lah orang kita suka buat kan. Ada yang couple tu boleh bawa ke pelamin ada yang couple jaga jodoh orang pun ada dia mai dalam bentuk pelbagai"kata ustaz itu.

Ayra Amani yang mengantuk itu tadi juga turut fokus mendengar. Bagus? Bukan baginya. Tak seronok langsung kahwin awal ni banyak gaduh dari baik. Biasalah masing-masing masih muda kan memang suka bergaduh lah.

"yang kahwin awal boleh lah bangga dengan kawan ada isteri kat rumah. Balik ja rumah dah ada makanan siap terhidang atas meja. Nak pergi kerja baju pun dah siap gosok sekali pakej bagi ada line lagi. Siapa yang dah kahwin tu tau lah rasa dia tu macam mana"

Tak pun bagi mereka. Makan minum gosok pakaian sekolah semua bibik yang buat. Mereka hanya makan dan pakai sahaja hal lain mereka tak ambil tahu. Nama pun masih budak mana pandai memasak macam chef lagipun Syed Azrief itu tak pernah pula menyuruhnya masak itu ini mungkin tahu kalau dia masak memang tak sedap boleh buat sakit perut je.

"seronok ke kahwin?"tanya Ameer disebelah Syed Azrief.

"gila tak seronok kalau penat ada yang melayan"

"haih layan macam je aku dengar ni"sampuk Hariz disebelah.

"otak kau yang kuning"balas Syed Azrief lalu menjeling.

"aku pun nak kahwin awal lah"kata Ameer mengejutkan Syed Azrief dan Hariz.

"dengan siapa pula dah"

"dengan cinta hati aku"kata Ameer dengan mata bersinar matanya memandang ke arah seseorang di belakang.

Automatik kepala Syed Azrief dan Hariz memandang belakang. Rania memakai telekung kelabu itu dipandang sambil mengerut dahi. Jadi ini maksud Ameer?

"kau ni ye ye declare dengan Rania entah-entah kau bertepuk sebelah tangan"kata Hariz lalu ketawa.

"eh aku dah confess dekat Rania lah"

"huh?!"kata mereka berdua terkejut.

"shh diam lah! Nak kena denda ke apa"kata Ameer menyuruh mereka merendahkan suara.

Psycho Itu Aku Punya Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang