"NI menantu aku Syed Azrief"Puan Marina memperkenalkan Syed Azrief kepada adiknya sekeluarga sebaik sahaja Syed Azrief melangkah masuk ke dalam rumah.
Membulat mata Mia Adriana mendengar kata-kata Puan Marina. Menantu? Terus matanya beralih kepada Ayra Amani yang tenang ditepi Puan Marina. Tak mungkin katakan lah dia hanya bermimpi sekarang ini.
"amboi baru 17 tahun dah gatal nak kahwin kenapa perut dah ada isi ke?"perli Puan Mardiah sinis.
"mulut kau cakap baik-baik sikit eh dik. Ada sebab kenapa diorang berkahwin awal kalau kau tak tahu cerita sebenarnya kau duduk diam-diam"kata Puan Marina tegas. Dia tidak suka adiknya membuat kesimpulan sendiri sedangkan adiknya sendiri tidak tahu kenapa mereka berdua boleh berkahwin.
Puan Mardiah mencebikkan bibirnya. Apa yang melibatkan Ayra Amani semua kakaknya akan sokong. Tak boleh nak kata sikit nanti dia juga yang kena marah.
"sudah-sudah jangan gaduh malu sikit dekat Azrief ni. Ayra ajak Azrief naik atas letak barang"kata Tok kepada Ayra Amani. Anak bongsunya itu ada saja yang tidak kena dimatanya. Lagi-lagi berkenaan dengan Ayra Amani.
"jom"ajak Ayra Amani lalu beg galasnya diambil dan dibawa. Syed Azrief hanya mengikut dari belakang.
Mata Mia Adriana mengikut langkah Syed Azrief. Macam mana diorang boleh berkahwin? Dan kenapa Syed Azrief? Dia boleh terima dengan siapa Syed Azrief mahu bercinta dan berkahwin tapi bukan dengan sepupunya sendiri. Dia tidak boleh terima. Jadi selama ini buat orang tertanya-tanya apa hubungan mereka berdua dan sekarang dia telah menemui jawapan yang sangat jelas malah dia sendiri nampak dengan matanya sendiri bahawa mereka adalah sepasangan suami isteri.
Faleeq dan Fareez juga mengikut melangkah untuk naik ke tingkat atas. Malas mereka mahu hadap perangai maksu mereka ini. Sebab ini juga mereka berdua malas mahu pulang ke kampung jika maksu mereka pulang juga. Tapi mereka ingat pada Tok dan Mak Long sahaja kalau tidak jangan harap mereka akan mengikut.
"bang saya minta maaf lah dengan kata-kata Diah tadi tu"kata Encik Faizal kepada Encik Faruk. Malu dia dengan perangai isterinya itu.
"tak apa. Dah lama ke sampai?"tanya Encik Faruk ramah. Dia turut terasa hati apabila adik iparnya kata begitu kepada Ayra Amani.
"dah 1 jam yang lepas dah sampai. Kalau tidak nak balik esok tapi saya ambil cuti sehari nak balik kampung"kata Encik Faizal.
Encik Faruk mengangguk tanda faham. Dia melihat adik iparnya. Puan Mardiah masih tidak puas hati apabila semua menyokong Ayra Amani. Bila cakap sikit pasal Ayra Amani semua akan marah.
Mia Adriana melabuhkan duduk disebelah Haziq dengan kasar. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka adalah suami isteri. Tidak sanggup Syed Azrief bersama Ayra Amani. Dia mahukan hubungan mereka yang dulu. Tapi bagaimanakah caranya untuk dia bersama Syed Azrief seperti dulu?
Syed Azrief meletakkan bagasi miliknya di dalam bilik. Di rumah Tok Ayra Amani hanya mempunyai satu bilik sahaja iaitu bilik Tok dan Mak Long. Sewaktu mereka datang berdua mereka tidur diluar.
"letak je beg dekat situ kejap lagi aku bawa keluar baju"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief.
Syed Azrief menjenguk kepalanya ke luar memandang kiri dan kanan sebelum dia menutup pintu bilik. Dia pandang ke arah Ayra Amani yang sibuk mengeluarkan baju-bajunya.
"eh kenapa tutup pintu?"tanya Ayra Amani pelik. Dia memandang ke arah Syed Azrief yang berada di depan pintu.
"saja lah"kata Syed Azrief selamba lalu dia terus duduk bersila ditepi Ayra Amani.
"aku sebenarnya risau lah"luah Ayra Amani sambil melipat baju-bajunya.
"risau apa?"tanya Syed Azrief tenang. Padahal dia sudah tahu pasti Ayra Amani berasa tidak senang lagi-lagi keluarga maksu Ayra Amani sudah tahu tentang status mereka berdua.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...