BAB 47

3.9K 177 28
                                    

AYRA Amani mencium Aireen berkali-kali kerana Aireen sudah mahu pulang harini. Walaupun baru sahaja mereka ketemu Ayra Amani sudah rasa sayang terhadap Aireen. Kalau lah dia ada adik kecil dah lama dia gomol sampai merah muka nasib baik Aireen ni anak orang tak berani nak gomol lebih-lebih.

Syed Azrief hanya menggeleng kepala lalu dia mengambil Aireen di dalam dukungan Ayra Amani. Perempuan itu kalau jumpa budak tak nak lepas terbuktinya adik Hariz dibuat seperti adiknya sendiri.

"ish kau ni aku tak puas lagi nak cium dia"rengus Ayra Amani tidak puas hati. Boleh pula main rampas-rampas macam itu sudah lah dia ni sukakan budak.

"kesian dia kau gomol sampai penyet muka dia"kata Syed Azrief selamba lalu dia turut mencium pipi Aireen yang sudah merah itu. Ini semua sebab Ayra Amani yang suka sangat cium pipi pau Aireen sampai merah muka budak ini.

"aku geram lah tengok pipi dia macam nak kunyah-kunyah je"kata Ayra Amani sambil tersenyum. Tangan montel Aireen diusap dengan lembut.

"kalau kau baby macam Aireen ni aku boleh bagi kau nak bila?"usik Syed Azrief sambil ketawa.

"eee taknak aku"kata Ayra Amani menyampah. Suka sangat mengusik begitu dia tidak suka.

"eleh lambat laun ada juga baby dalam perut kau tu"kata Syed Azrief lagi.

"ish tak payah cakap pasal tu lagi dah lah shh"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief. Entah mengapa dia pula rasa tidak selesa apabila Syed Azrief bercerita tentang anak. Mereka berdua muda lagi kot tak ada apa-apa pengalaman tunggu lah nanti-nanti itu pun kalau jodoh mereka masih bersama lah.

"alaa topik tu je best nak sembang dengan isteri kan. Kau nak baby lelaki ke baby perempuan?"usik Syed Azrief lagi. Suka sangat melihat wajah Ayra Amani bertukar jadi merah. Malu tapi mahu.

"jangan nak bawa cerita tak senonoh eh bagi Aireen dengar tampar kot"kata Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Syed Azrief. Agak-agak lah nak cakap pun depan budak kecil pun jadi.

"Azrief Ayra mari sini"panggil Dato Syed Adham kepada anak dan menantunya. Mereka berdua melangkah ke arah Dato Syed Adham yang sedang bersembang dengan adik beradiknya.

"kenapa abah?"tanya Syed Azrief kepada Dato Syed Adham.

"esok kamu last sekolah kan? mama dengan abah dah booking hotel untuk kamu berdua ke Cameron Highland esok"kata Dato Syed Adham sambil senyum.

"bila abah?"

"esok lah korang tak payah pergi sekolah esok keluar lepas subuh kalau taknak sesak"

"berapa hari abah?"

"tiga hari dua malam je tak lama pun sempat lah korang cuci mata dekat sana"

Mereka berdua hanya mengangguk. Nasib baik lah esok sudah hari Jumaat tak adalah cuti lama sangat. Pergi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Isnin sudah boleh pergi ke sekolah macam biasa.

Ayra Amani pula rasa tidak sabar mahu ke sana esok. Dia tidak pernah ke sana lagi selama 17 tahun dia hidup. Otaknya mula berfikir mahu membawa baju yang mana untuk pergi bercuti.

"amboi seronok lah korang pergi honeymoon"usik Paksu sambil ketawa.

Syed Azrief hanya tersenyum lalu dia memegang tengkuk belakangnya. Dia sendiri tidak tahu tentang ini yang dia tahu abahnya kata nanti tidak tahu pula secepat ini abahnya mahu sponsor mereka ke sana.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now