"ASSALAMMUALAIKUM"
"waalaikummusalam"jawab mereka berlima serentak.
Encik Rosli terus bangun dan menyalami tangan lelaki sebaya dengan dirinya yang menegur mereka tadi.
"dah lama ke menunggu?"tanya lelaki itu sambil senyum.
Puan Maisarah turut bangun menyalami tangan si isteri lelaki itu. Mereka bertiga mengangkat kening sesama sendiri? Ini reunion sekolah ke apa?
"kami pun baru je sampai tengah belek-belek menu"
"eh mari sini salam aunty dengan uncle ni"tegur Puan Maisarah kepada anak-anaknya yang terkebil-kebil melihat mereka.
Terus mereka bertiga langsung bangun menyalami tangan wanita dan lelaki itu. Semasa Ayra Amani menyalami tangan wanita itu wanita itu seperti gembira melihatnya lalu wanita itu memeluknya dengan erat. Ayra Amani terkebil-kebil di dalam pelukan wanita itu. Kenapa pula ni?
"dah besar panjang kan Ayra ni sekarang dulu aunty jumpa Ayra masa tu Ayra baru dalam 2-3 tahun dan tengok balik sekarang Ya Allah dah besar dah"kata wanita itu sambil memegang tangan Ayra Amani erat.
Ayra Amani hanya tersenyum. Dia langsung tidak mengenali wanita itu mungkin kawan arwah ibubapanya dahulu kerana terang-terang lagi wanita itu kata dia pernah melihat Ayra Amani sewaktu kecil.
"eh jemputlah duduk"kata Encik Rosli kepada wanita dan lelaki itu.
Mereka berdua hanya mengangguk dan lelaki itu mengambil tempat di sebelah Encik Rosli manakala wanita itu pula mengambil tempat di sebelah Puan Maisarah. Senang lah mahu berbual nanti.
"mananya anak-anak kau tak bawa sekali ke?"tanya Encik Rosli kepada lelaki itu.
"anak aku ikut diorang masih dalam kereta lagi kejap lagi diorang datang lah sini"kata lelaki itu sambil senyum.
Ayra Amani yang duduk di tengah-tengah Fareez dan Faleeq menyiku lengan abang-abangnya. Fareez memberi isyarat 'apa' kepada Ayra Amani.
"kenapa Ayra tak tahu pun yang kita ada tetamu sekali malam ni"tanya Ayra Amani bisik kepada abang-abangnya mana lah tahu kalau abang-abangnya tahu tentang hal ini.
"abang pun tak tahu"jawab Faleeq perlahan.
"haah lah kenapa abang tak tahu pun?"kata Fareez dengan menampung dagunya menggunakan tangan.
Ayra Amani mengeluh perlahan. Kenapa lah Encik Rosli dan Puan Maisarah tidak memberitahunya tentang kehadiran sepasang suami isteri ini kalau dia tahu pasti dia malas mahu ikut. Dia ikut ini pun sebab mahu meraikan kepulangan Faleeq, dia lebih suka tinggal di rumah berbanding keluar dari rumah. Dia kan puteri lilin.
"ish kau ni kak jalan lah cepat sikit nanti mama bising lah kita lambat"kata satu suara lelaki dari belakang mereka.
"ha itu dia anak-anak aku"kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah belakang mereka bertiga.
Terus kepala Ayra Amani pusing ke belakang dan dia terkejut, tergamam, terkedu apabila melihat gerangan tersebut. Perlahan-lahan Ayra Amani memusing kembali kepalanya ke hadapan dan dia mengangkat tinggi buku menu makanan supaya melindungi wajahnya.
Aduh macam mana boleh jumpa dekat sini pula? Ini jodoh ke bodoh ni? Tak cukup kotorkan baju dia disekolah sekarang ini boleh terjumpa dekat sini? Dan lelaki itu anak pasangan suami isteri ini? Wah sungguh kecilnya dunia.
"lambatnya korang ni pergi mana?"tanya wanita itu kepada dua orang anaknya itu.
"Scha singgah tandas sekejap tadi itu yang lambat sikit"jelas suara wanita itu tetapi Ayra Amani langsung tidak memandang ke belakang lagi kerana dia rasa jantung dia seperti mahu tercabut.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...