BAB 59

3.9K 201 21
                                    

"AYRA!"jerit Melissa dan Rania sebaik sahaja mereka berempat tiba di bilik yang menempatkan Ayra Amani.

Syed Azrief yang sedang menyuap bubur mcd kepada Ayra Amani terkejut apabila disergah begitu oleh dua perempuan itu. Nyaring suara mereka sehingga mereka berdua terkejut. Dengan pantas Syed Azrief menyua air kepada Ayra Amani.

"woi terkejut aku"kata Ayra Amani kepada Melissa dan Rania. Nasib baik tak terlekat bubur mcd yang disuap oleh Syed Azrief daripada kepala sahaja yang sakit terus dia mati terkejut di hospital.

Melissa dan Rania tersenyum tidak bersalah. Mereka begitu teruja apabila melihat Ayra Amani tidak apa-apa lagi-lagi Ayra Amani suap oleh Encik Suami tersayang.

"kau macam mana okay?"tanya Melissa kepada Ayra Amani.

Syed Azrief bangun dari kerusi dan menyuruh Rania untuk duduk. Dia menapak ke arah Hariz dan Ameer dibelakang. Bila perempuan berjumpa 'geng' tak ingat dah yang lelaki dibelakang.

"alhamdulilah aku okay je. Kalau tak okay aku takdalah makan bubur mcd tu sampai habis"kata Ayra Amani sambil ketawa.

"kau sakit-sakit pun masih sempat nak buat lawak kan"kata Rania kepada Ayra Amani. Lega hatinya mendengar Ayra Amani sudah baik.

"eh korang bukan ke baru balik sekolah? Harini ada kelas tambahan sampai pukul 3:30 petang?"tanya Ayra Amani pelik.

"betul lah habis sekolah kitorang terus balik mandi bersiap dan terus datang sini jenguk kau"jawab Melissa yang berada di atas katil Ayra Amani.

"susah-susahkan korang je kena datang jenguk aku kat sini. Thank you korang"kata Ayra Amani dengan nada terharu. Mana pernah lagi dia jumpa kawan yang begini dan sanggup bersusah payah demi seorang kawan. Sungguh dia terharu dengan mereka semua.

"tak ada benda lah Ayra. Kau kan kawan kitorang mesti lah kitorang akan lawat kau"kata Ameer dari belakang dan disetujui oleh Hariz begitu juga dengan dua orang perempuan itu.

"thank you korang semua aku terharu"kata Ayra Amani mencebik lalu dia memeluk dua orang kawannya itu. Air matanya mengalir terharu.

"korang ni suka buat bini aku menangis kan. Nanti dia menangis teresak-esak aku juga yang kena pujuk dia bukan korang"kata Syed Azrief kepada mereka. Ayra Amani ni sudah lah cepat tersentuh lagi-lagi kalau bab kawan ni lagi lah.

"Allah lupa yang Ayra ni dah kahwin"kata Melissa lalu dia ketawa.

"aku dengan Ayra cuti dua hari tau minggu depan baru kitorang datang sekolah semula"kata Syed Azrief kepada mereka semua.

"yang aku tahu yang kena tahan wad sekarang ni bini kau yang kau melebih nak cuti sekali sampai dua hari tu kenapa?"kata Hariz sambil menjongket kening kepada Syed Azrief. Isteri yang sakit suami pula yang melampau nak cuti juga.

"tak aku nak bawa Ayra balik kampung dia dekat Penang. Alang-alang tu boleh lah berpuasa sekali dekat sana"jawab Syed Azrief dengan nada tenang.

Pejam celik pejam celik sudah ramadhan sudah tiba. Mereka akan menunaikan puasa pada hari Sabtu ini. Alang-alang itu boleh lah mereka berpuasa di kampung mesti Ayra Amani rindu akan berpuasa bersama Tok dengan Mak ngahnya.

"okay faham. Kau nak jadi suami mithali lah ni bergilir-gilir balik ke rumah parents masing-masing"kata Ameer lalu dia ketawa. Nampak sahaja Syed Azrief ni nakal tapi hatinya sungguh baik dan nampak sangat sifat penyayang dan perihatinnya itu.

"mesti lah korang tak jadi suami lagi korang tak tahu lah. Aku dah rasa dah semua benda ni jadi aku tahu lah"kata Syed Azrief bangga.

"eee meluat aku dengan suami kau ni Ayra"kata Hariz sambil menggeleng kepala.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now