SELEPAS kejadian Ayra Amani lari masuk bilik. Syed Azrief pun masuk ke dalam untuk membersihkan diri selesai itu dia merebahkan badan di atas katil.
Hampir 1 jam dia melelapkan mata handphonenya yang dicharge di atas meja lampu berbunyi kuat. Dengan malas dia bangun dan mencapai handphone.
Pejam celik matanya memandang ke arah nama dihandphonenya terus dia membetulkan suaranya tidak mahu lah orang dengar suaranya seperti baru bangun tidur.
"assalammualaikum mama, ada apa call Azrief petang-petang ni?"tanya Syed Azrief kepada Datin Suraya.
"waailaikummusalam. Tak ni mama dengan abah on the way nak pergi rumah kamu. Kami nak bermalam dekat sana dua tiga hari boleh kan?"kata Datin Suraya.
Terus mata Syed Azrief membulat tinggal sini beberapa hari? benda itulah yang membuatkannya jadi tidak senang hati.
"Rief mama tengah cakap dengan kamu ni. Boleh ke tidak mama nak tidur sana?"tanya Datin Suraya sekali lagi.
"eh boleh sangat mama datang lah tapi pukul berapa mama nak datang ni?"tanya Syed Azrief pula.
"lepas maghrib lah kami datang sana"kata Datin Suraya.
Terangguk-angguk kepala Syed Azrief lalu dia memandang ke arah jam dinding. Kini menunjukkan pukul 5:30 masih ada banyak waktu lagi sebelum mama dan abahnya kesini.
"takpalah macam tu. Nanti apa-apa mama call Rief ye"kata Syed Azrief lalu dia terus mematikan talian.
Dia membaling handphone di atas katil dan terus keluar dari bilik dengan kalut. Memang lah banyak waktu lagi tapi mahu tunggu Ayra Amani kemas barang mesti lambat punya.
Sampai sahaja dihadapan bilik Ayra Amani dia terus mengetuk bilik gadis itu bertalu-talu sehingga dia terasa tangannya sudah kebas.
"tidur mati ke perempuan ni"bebel Syed Azrief diluar. Tangannya tidak berhenti mengetuk.
"redah jelah aku ketuk tak ada orang menyahut kan"kata Syed Azrief lalu dia terus masuk ke dalam bilik Ayra Amani.
Dia memandang sekeliling bilik. Mana perginya Ayra Amani. Katil elok kemas dan bilik mandi tidak kedengaran seperti orang mandi.
"mana pergi pula perempuan ni. Ada juga yang nak kena sekeh kepala dengan aku"kata Syed Azrief sambil mencekak pinggang.
"bila kita mencintai yang lain, mungkinkah hati ini akan tegar, sebisa mungkin tak akan pernah sayangku akan hilang..."nyanyi Ayra Amani dengan kuat lalu pintu bilik mandi dibuka.
Syed Azrief yang sedang membelek buku-buku Ayra Amani tersentak apabila melihat sesuatu yang indah dihadapan matanya. Buku ditangannya terus terlepas dari pegangannya.
"Rief tutup mata kau!"jerit Ayra Amani kuat dengan pantas dia terus berlari masuk ke dalam bilik mandi kembali.
Dia hanya terpaku disitu seperti patung. Dadanya sudah bergetar hebat akibat permandangan dihadapannya itu lalu buku yang jatuh itu dikutip dan diletakkan kembali di atas meja.
"eee apasal kau masuk tak ketuk pintu dulu?"tanya Ayra Amani di dalam bilik air.
"helo aku dah ketuk berkali-kali kot sampai tangan aku nak patah dah rasanya"kata Syed Azrief kuat.
"lain kali kalau aku tak sahut tu kau tak payah lah masuk!"marah Ayra Amani. Mana dia dengar Syed Azrief mengetuk pintunya berkali-kali lagipun dia sedang bernyanyi didalam bilik air mana lah dia nak dengar keluar-keluar saja tengok muka Syed Azrief dihadapan mukanya mana tak dia terkejut.
"masalahnya kita ada masalah besar sekarang ni daripada masalah yang ni!"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.
Terus Ayra Amani mengeluarkan kepalanya di pintu dan badannya di dalam.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...